Lockheed Martin EC-130 terdiri dari beberapa siri versi yang sedikit berbeza dalam keluarga Lockheed C-130 Hercules yangt telah dan masih digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, dan sehingga tahun 1990an oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

EC-130
EC-130J Commando Solo dengan antena ekor yang jelas berbeza
Peranan Penyesak komunikasi udara (EC-130H)
Operasi maklumat dan psikologi (EC-130J)
Pengeluar Lockheed Aircraft Co.
Lockheed Martin
Diperkenalkan 1975
Status Aktif
Syarikat penerbangan utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 14 buah EC-130H
7 buah EC-130J
Kos unit EC-130H: AS$165 juta
EC-130J: AS$110 juta
EC-130SJ: AS$85 juta[1]
Dibangunkan dari Lockheed C-130 Hercules
Lockheed Martin C-130J Super Hercules

EC-130E Airborne Battlefield Command and Control Center (ABCCC) telah dibangunkan berdasarkan pada platform asas C-130E yang menyediakan keupayaan pos arahan udara taktikal 7kepada para komander di darat dan udara dalam persekitaran ancaman udara yang rendah. Pesawat EC-130E ABCCC telah dibersarakan pada tahun 2002 dan misinya telah dipindahkan ke dalam armada pesawat E-8 JSTARS dan E-3 AWACS.

EC-130E Commando Solo adalah versi awal pesawat operasi psikologi (PSYOP) yang digunakan oleh Tentera Udara A.S dan Pengawal Udara Kebangsaan. Pesawat ini juga menggunakan kerangka C-130E yang telah diubahsuai untuk dipasang dengan peralatan elektronik misi yang dibersarakan daripada pesawat EC-121S Coronet Solo. Pesawat ini berkhidmat semasa Perang Teluk Pertama (Operasi Desert Storm), Operasi Uphold Democracy, Perang Teluk Kedua (Operasi Iraqi Freedom) dan Operasi Enduring Freedom. EC-130E akhirnya digantikan oleh EC-130J Commando Solo dan dibersarakan pada tahun 2006.

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EC-130Jfacts tidak disediakan

Pautan luar sunting

Templat:Lockheed Hercules Templat:Lockheed Templat:USAF transports