Lockheed Hudson merupakan pengebom ringan dan pesawat peninjau persisiran yang pada asalnya dibina untuk (Royal Air Force) sejurus sebelum bermulanya Perang Dunia II.

Lockheed Hudson Mk V

Lockheed Hudson merupakan kontrak pembinaan kapal terbang yang besar pertama bagi Lockheed Aircraft Corporation—tempahan awal RAF bagi 200 Hudson jauh melebihi tempahan-tempahan yang diterima oleh Lockheed sebelum ini. Hudson berkhidmat sepanjang perperangan, terutamanya dengan Coastal Command tetapi juga dalam peranan pengangkutan dan latihan dan juga dalam penghantaran agen ke Perancis terjajah. Hudson juga digunakan oleh USAAF, US Navy, RAAF, RCAF dan RNZAF.

Pada tahun 1938 British mencari kapal terbang peronda laut Amerika Syarikat bagi menyokong Avro Anson. Pada 10 Disember 1938, Lockheed mempamerkan versi diubah suai kapal terbang penumpang perdagangan Lockheed Model 14 Super Electra sebagai Hudson Mk I yang dihasilkan dengan cepat. Pada Februari 1939 Hudson mulai dihantar, pada awalnya dibekalkan kepada No. 224 Squadron RAF di Leuchars, Scotland pada May 1939. Pada permulaan perperangan pada September, 78 Hudson dalam perkhidmatan.

Sejumlah 350 Mk I dan 20 Mk II Hudsons dibekalkan (Mk II mempunyai kipas berlainan). Ia dilengkapi dengan dua mesingan Browning kekal pada muncung hadapan dan dua lagi pada menara kecil dorsal Boulton Paul. Hudson Mk III menambahkan satu mesingan tengah dan dua di ventral dan menggantikan Wright Cyclone 9-cylinder radials 1,100 hp dengan versi 1,200 hp (428 dihasilkan).

Hudson Mk V (309 dihasilkan) dan Mk VI (450 dihasilkan) menggunakan enjin 1,200 hp Pratt & Whitney Twin Wasp 14-silinder dua baris radial. RAF turut mendapatkan 380 Mk IIIA dan 30 Mk IV Hudsons di bawah program Sewa-Pinjam (Lend-Lease).

Pada 1941 USAAF mulai menggunakan Hudson; variasi berenjin Twin Wasp dinamakan sebagai A-28 (82 dihasilkan) dan varisai berenjin Cyclone dinamakan A-29 (418 dihasilkan). Tentera Laut US menggunakan 20 A-28s, dinamakan semula sebagai PBO-1. Tambahan 300 dibina sebagai pelatih kaki-tangan udara, dinamakan sebagai AT-18.

Hudson mencapai achieved some significant feats during the war. On 8 October, 1939, over Jutland, a Hudson became the first RAF aircraft to shoot down a German aircraft. (The accolade of the first British aircraft to shoot down a German plane went to the Blackburn Skua of the Fleet Air Arm on 26 September, 1939.) They operated as fighters during the Battle of Dunkirk. A PBO-1 Hudson of USN squadron VP-82 became the first US aircraft to sink a German submarine when it sank U-656 southwest of Newfoundland on 1 March, 1942. Hudsons were operated by RAF Special Duties squadrons for clandestine operations; No. 161 Squadron in Europe and No. 357 Squadron in Burma. They were used as patrol bombers in the Pacific war by the USN and also the RNZAF and RAAF.

Sejumlah 2,584 Hudson dibina. Ia mulai dikeluarkan daripada perkhidmatan baris hadapan pada 1944.

Bentuk ini merupakan asas bagi Lockheed Ventura.

Yang masih selamat sunting

 
versi penumpang

Hudson bekas milik Tentera Udara DiRaja New Zealand yang berkhidmat dalam Perang Dunia II di Pasifik Selatan dipamerkan di Muzium Tentera Udara DiRaja New Zealand dan Taman Warisan Ferrymead (Ferrymead Heritage Park) di Christchurch dan Muzium Pengangkutan dan Teknologi di Auckland. Hudson dalam warna asal Tentera Udara DiRaja Australia boleh dilihat di Muzium Tentera Udara DiRaja di Hendon. RAAF Hudson boleh didapati dalam koleksi penerbangan Temora, Australian War Memorial, dan Muzium RAAF. Mesin bekas RNZAF dan RAAF machines terdapat di tangan pemilik perseorangan. Satu Hudson yang lengkap dan separuh lengkap juga terdapat di Kanada. Satu kapal terbang di Australia, diubah-suai bagi kegunaan penumpang dan diterbangkan oleh Syarikat Penerbangan Timur Barat (East West Airlines).

Spesifikasi (Mk I) sunting

 

Ciri-ciri umum sunting

  • Kakitangan: six
  • Panjang: 44 ft 4 in (13.51 m)
  • Lebar sayap: 65 ft 6 in (19.96 m)
  • Tinggi: 11 ft 10 in (3.62 m)
  • Luas sayap: 551 ft² (51.2 m²)
  • Kosong: 12,000 lb (5,443 kg)
  • Berisi: 17,500 lb (7,930 kg)
  • Maksima berlepas: 18,500 lb (8,393 kg)
  • Enjin: 2 x Wright Cyclone 9-cylinder radial engines, 1,100 hp (820 kW)

Prestasi sunting

  • Laju Maksima: 246 mph (397 km/h)
  • Jarak: 1,960 miles (3,150 km)
  • Siling Perkhidmatan: 24,500 ft (7,468 m)
  • Kadar memanjat: 1,200 ft/min (366 m/min)
  • Beban Sayap: lb/ft² ( kg/m²)
  • Kuasa/Berat:

Persenjataan sunting

Related content sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan