Lockheed Martin RQ-170 Sentinel

RQ-170 Sentinel adalah sebuah pesawat udara tanpa pemandu (UAV) yang dibangunkan oleh Lockheed Martin dan digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk Agensi Perisikan Pusat. Meskipun pihak tentera udara telah mendedahkan beberapa perincian berkenaan rekabentuk dan kemampuan pesawat, para penganalisis pertahanan percaya ia merupakan sebuah pesawat halimunan yang dilengkapi dengan peralatan pengawasan.

RQ-170 Sentinel
Gambaran artis
Peranan Pesawat Udara Tanpa Pemandu
Pengeluar Lockheed Martin
Direka oleh Lockheed Martin
Pengenalan 2007
Syarikat penerbangan utama Tentera Udara Amerika Syarikat

RQ-170 telah dilaporkan telah dioperasikan di Afghanistan sebagai sebahagian dari Operasi Mempertahanan Kebebasan. Pesawat ini juga dipastikan telah digunakan di ruang udara Pakistan dan Iran; operasi di ruang udara Pakistan termasuk penerbangan yang dibuat bagi mengumpulkan maklumat perisikan yang mana membawa pada kematian Osama bin Laden pada bulan Mei 2011.[perlu rujukan]

Pada bulan Disember 2011, Angkatan Tentera Iran telah menawan sebuah RQ-170 yang terbang di ruang udaranya. Tentera A.S. mengesahkan akan kehilangan sebuah RQ-170 di kawasan ini. Sebuah pesawat UAV yang dipertontonkan di saluran televisyen Iran menyerupai dron milik Amerika Syarikat yang hilang. Pada 13 Disember 2011, agensi berita Amerika Syarikat melaporkan bahawa satu permohonan rasmi telah dikelaurkan oleh Amerika Syarikat kepada Iran. Iran menafikan menerima akan permohonan ini dan menuntut permohonan maaf.[1]

Pengguna sunting

Amerika Syarikat

Rujukan sunting

Nota

Pautan luar sunting

  • RQ-170 Sentinel Fact Sheet from the U.S. Air Force
  • "Black UAV Performs In Afghanistan". Aviation Week. 11 December 2009.
  • RQ-170 Sentinel Pictures Diarkibkan 2015-11-17 di Wayback Machine from DefenceTalk.com