Loga Bala Mohan Jaganathan

Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan Jaganathan adalah merupakan Senator di Dewan Negara Malaysia[1] sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia yang dilantik pada 2013 hingga 2018 lalu.[2]

Senator Dato' Dr.

Loga Bala Mohan Jaganathan

DSSA (Selangor); DSPN (PP)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
2013–2019
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehM. Saravanan
Digantikan olehShahruddin Md Salleh
Naib Presiden
Parti Progresif Penduduk
Dalam jawatan
2018–2019
Berkhidmat dengan
Dato' Elayppen Muthusamy
Ong Chee Keng
Dato' Siva Kumar
Butiran peribadi
Parti politikParti Progresif Penduduk (myPPP)
PendidikanDoktor Falsafah
Pacific Western University Amerika Syarikat
PekerjaanAhli politik, ahli perniagaan

Kerjaya korporat sunting

Sebelum beliau melibatkan diri dalam bidang politik, Loga merupakan seorang ahli korporat yang menjawat pelbagai jawatan seperti Pengarah Urusan Sanatan Holdings Sdn Bhd pada 1993, Pengarah Eksekutif Tenco Berhad pada 1996, Pengarah Eksekutif Westmont Lands Sdn Bhd dan Pengarah Wing Teik Holdings Berhad pada 1999, Pengarah Eksekutif Associated Kaolin Industries Berhad pada 2000, Ahli Lembaga Pengarah Comintel Corporation Berhad dan beberapa buah syarikat lain.[3]

Pilihan raya sunting

Beliau telah tewas pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 kepada calon dari Pakatan Harapan, Hannah Yeoh (DAP).[4]

Rujukan sunting