Loji Kuasa Nuklear Higashidōri

Loji Kuasa Nuklear Higashidōri (Jepun: 東通原子力発電所, Hepburn: Higashidōri genshiryoku hatsudensho, Higashidōri NPP) ialah sebuah loji janakuasa nuklear yang terletak di pekan Higashidōri di timur Wilayah Aomori, di atas Semenanjung Shimokita, menghadap Lautan Pasifik. Loji ini unik di Jepun kerana di tapak empat unit ini, dua unit dikendalikan oleh Tōhoku Denryoku dan dua lagi oleh Tokyo Electric Power Company. Keempat-empat reaktor direka oleh Toshiba.

Loji Kuasa Nuklear Higashidōri
Loji Kuasa Nuklear Higashidōri is located in Bumi
Loji Kuasa Nuklear Higashidōri
Loji Kuasa Nuklear Higashidōri (Bumi)
Lokasi Loji Kuasa Nuklear Higashidōri
NegaraJepun
Koordinat41°11′17″N 141°23′25″E / 41.18806°N 141.39028°E / 41.18806; 141.39028Koordinat: 41°11′17″N 141°23′25″E / 41.18806°N 141.39028°E / 41.18806; 141.39028
StatusOperational
Pembinaan bermula07 November 2000 (2000-11-07)
Tarikh tauliah08 Disember 2005 (2005-12-08)
PengendaliTōhoku Denryoku
Tokyo Electric Power Company
Maklumat reaktor
Reactors operational1 x 1100 MW
Reactors planned3 x 1385 MW
Maklumat janaan kuasa
Janaan tahunan9,269 GW·h
Jumlah janaan12,197 GW·h
As of 14 Mac 2011

Kejadian sunting

Walaupun loji ini ditutup untuk penyelenggaraan sewaktu gempa bumi dan tsunam Tohoku 2011, namun gempa susulan pada 7 April menyebabkan terputusnya segala kuasa luaran, maka loji ini terpaksa beralih ke kuasa sandaran untuk membekalkan pendinginan kepada kolam bahan api terpakai di mana tersimpannya rod-rod bahan api reaktor.[1][2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting