Loji Kuasa Nuklear Tōkai

Loji Kuasa Nuklear Tōkai (Jepun: 東海原子力発電所, Hepburn: Tōkai genshi-ryoku hatsuden-sho, Tōkai NPP) merupakan loji janakuasa nuklear yang pertama di Jepun. Ia dibina pada awal 1960-an berdasarkan rekabentuk Magnox dari UK, dan menjana kuasa mulai tahun 1966 sehingga ia ditamatkan khidmatnya pada tahun 1998. Sebuah lagi loji nuklear yang dibina di tapak pada 1970-an merupakan loji pertama yang menjana kuasa elektrik melebihi 1000 MW di Jepun, dan hingga kini masih beroperasi. Tapaknya bertapak di Tokai di Daerah Naka, Wilayah Ibaraki, Jepun dan dikendalikan oleh syarikat Nihon Genshiryoku Hatsuden (Syarikat Kuasa Atom Jepun). Jumlah keluasan tapaknya adalah 0.76 km2 (188 ekar), yang mana 0.33 km2 atau 43% daripadanya dijadikan kawasan hijau yang dipelihara oleh syarikat.[1]

Loji Kuasa Nuklear Tōkai
Tōkai I (kanan) dan Tōkai II (kiri)
Tōkai I (kanan) dan Tōkai II (kiri)
NegaraJepun
Koordinat36°27′59″N 140°36′24″E / 36.46639°N 140.60667°E / 36.46639; 140.60667Koordinat: 36°27′59″N 140°36′24″E / 36.46639°N 140.60667°E / 36.46639; 140.60667
Pembinaan bermula01 Mac 1961 (1961-03-01)
Tarikh tauliah25 Julai 1966 (1966-07-25)
PengendaliNihon Genshiryoku Hatsuden
Maklumat reaktor
Reactors operational1 x 1,100 MW
Reactors decom.1 x 166 MW

Reaktor sunting

Unit Jenis Purata kuasa elektrik Kapasiti Pembinaan bermula Kegentingan pertama Operasi komersil Tutup
Tōkai I Magnox (GCR) 159 MW 166 MW 1 Mac 1961 10 November 1965 25 Julai 1966 31 Mac 1998
Tōkai II BWR/5[2] 1060 MW 1100 MW 3 Oktober 1973 13 Mac 1978 28 November 1978

Kejadian sunting

Ekoran gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011, reaktor nombor 2 adalah salah satu daripada 11 buah reaktor nuklear di seluruh Jepun yang ditutup secara automatik.[3] Dilaporkan pada 14 Mac bahawa pam sistem pendingin reaktor tersebut berhenti berfungsi.[4] Syarikat pemiliknya membuat kenyataan bahawa adanya satu lagi pam yang beroperasi, tetapi dua daripada tiga buah penjana diesel yang digunakan untuk menjana kuasa sistem pendingin sudah rosak.[5]

Selepas bencana di Fukushima, kerajaan Jepun mengarahkan ujian tekanan ke atas loji ini; setelah disiasat, pemasangan elektrik reaktor Tokai II tidak mematuhi piawaian kalis gempa bumi yang ditetapkan oleh kerajaan.[6] Berkat langkah-langkah tambahan yang diambil oleh syarikat pemilik, reaktor ini masih dapat didinginkan dengan selamat, maka terelaklah satu lagi bencana besar.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dokumen Rasmi (bahasa Jepun). Laporan Kegiatan Pemeliharaan Alam Sekitar Loji Janakuasa Elektrik 2010 Diarkibkan 2011-07-21 di Wayback Machine, halaman 20.
  2. ^ "Reactors in operation". IAEA. 31 December 2009. Dicapai pada 12 Mac 2011.
  3. ^ "Japan earthquake: Evacuations ordered as fears grow of radiation leak at nuclear plant; News.com.au". news.com.au. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-23. Dicapai pada 13 March 2011. According to the industry ministry, a total of 11 nuclear reactors automatically shut down at the Onagawa plant, the Fukushima No. 1 and No. 2 plants and the Tokai No. 2 plant after the strongest recorded earthquake in the country's history
  4. ^ "Cooling system pump stops at Tokai No.2 plant-Kyodo; Energy & Oil; Reuters". af.reuters.com. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-18. Dicapai pada 13 March 2011.
  5. ^ "Tokai No.2 nuke plant cooling process working - operator | Reuters". uk.reuters.com. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-18. Dicapai pada 13 March 2011. Japan Atomic Power said Monday that the cooling process was working at its Tokai No.2 nuclear power plant's reactor although two of the three diesel power generators used for cooling were out of order.
  6. ^ NHK-world (8 July 2011)Nuke plant equipment fails quake-resistance check

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Loji Kuasa Nuklear Tōkai di Wikimedia Commons