Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia

Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (Bahasa Ukraine: Запорізька АЕС) di Enerhodar, Ukraine merupakan loji kuasa nuklear terbesar Eropah serta antara 10 yang terbesar di dunia. Loji ini dibina oleh pihak Soviet di tenggara Ukraine berdekatan bandar Enerhodar di pesisir selatan Rizab Kakhovka di Sungai Dnieper. Sebuah stesen janakuasa terma juga terletak berdekatan loji.

Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia
Dua menara penyejuk di kiri dan enam unit loji nuklear dilihat dari pesisir Nikopol. Dua cerobong asap tinggi adalah milik stesen janakuasa terma.
NegaraUkraine
LokasiEnerhodar, Oblast Zaporizhzhia
Koordinat47°30′30″N 34°35′04″E / 47.50833°N 34.58444°E / 47.50833; 34.58444Koordinat: 47°30′30″N 34°35′04″E / 47.50833°N 34.58444°E / 47.50833; 34.58444
StatusBeroperasi (di bawah kawalan Rusia)
Pembinaan bermulaUnit 1: 1 April 1980
Unit 2: 1 Januari 1981
Unit 3: 1 April 1982
Unit 4: 1 April 1983
Unit 5: 1 November 1985
Unit 6: 1 Jun 1986
Tarikh tauliahUnit 1: 25 Disember 1985
Unit 2: 15 Februari 1986
Unit 3: 5 Mac 1987
Unit 4: 14 April 1988
Unit 5: 27 Oktober 1989
Unit 6: 17 September 1996
PemilikEnergoatom
PengendaliEnergoatom
Tapak web
www.npp.zp.ua/en[pautan mati]

Loji ini terdiri daripada enam unit reaktor nuklear air ringan bertekanan VVER-1000, dengan setiap satu unit memiliki bahan api 235U (uranium diperkaya)[1] dan menjana 950 MWe, dengan jumlah kuasa terjana sebanyak 5,700 MWe.[2] Lima unit pertama mula beroperasi dari 1985 ke 1989, dan unit keenam pula beroperasi sejak 1995. Loji ini menghasilkan kira-kira separuh tenaga elektrik nuklear Ukraine,[3] serta lebih seperlima bekalan elektrik negara.[4]

Sejarah sunting

Pada 4 Mac 2022, loji nuklear serta stesen terma berdekatan ditawan pihak Rusia dalam pertempuran Zaporizhzhia dalam operasi pencerobohan Ukraine.[5] Cubaan penawanan menyebabkan suatu kebakaran berlaku di bangunan latihan, dan dipadamkan. Kebakaran itu disahkan tidak mengancam keselamatan loji nuklear serta apa-apa peralatan penting.[6][7] Loji itu kehilangan kapasiti sebanyak 1.3 GW, tetapi diimbangi stesen terma Zaporizhzhia.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Kosourov, E.; Pavlov, V.; Pavlovcev, A.; Spirkin, E. (2003), Improved VVER-1000 fuel cycle (PDF), Moscow, Rusia: RRC Kurchatov Institute, dicapai pada 5 March 2022
  2. ^ "Nuclear Power Plants in Lithuania & Ukraine". Industcards.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2012. Dicapai pada 31 Ogos 2010.
  3. ^ "Zaporozhe 3 enters next 10 years of operation". World Nuclear News. 7 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2017. Dicapai pada 8 November 2017.
  4. ^ "SS "Zaporizhzhia NPP"". www.energoatom.com.ua. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  5. ^ "Russia Seizes Ukraine Nuclear Plant Hours After Attack: 10 Points". NDTV.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2022. Dicapai pada 2022-03-04.
  6. ^ "IAEA appeal after shelling and fire at Zaporozhe : Regulation & Safety - World Nuclear News". www.world-nuclear-news.org. Dicapai pada 2022-03-04.
  7. ^ "IAEA Director General Grossi's Initiative to Travel to Ukraine". www.iaea.org (dalam bahasa Inggeris). 2022-03-04. Dicapai pada 2022-03-04.
  8. ^ "TPP compensates for the shutdown of Zaporizhzhya NPP". www.dtek.com. 2022-03-04. Dicapai pada 4 Mac 2022.

Pautan luar sunting