London's Trafalgar Square

London's Trafalgar Square merupakan sebuah filem senyap dan pendek yang berlatar belakangkan hitam dan putih dari Britain pada tahun 1890. Filem ini dirakamkan oleh pencipta dan perintis dunia perfileman, Wordsworth Donisthorpe dan William Carr Crofts kira-kira 10 bingkai sesaat dengan bingkai berbentuk bujur atau bulat pada filem seluloid dengan menggunakan kamera mereka iaitu kamera kinesigraph. Filem ini menggambarkan pemandangan trafik di Dataran Trafalgar di London. Sepuluh bingkai yang masih ada telah dikenali sebagai gambar bergerak yang pertama di bandar tersebut.[1]

London's Trafalgar Square
Sepuluh bingkai gambar yang tinggal untuk filem ini
Pengarah
Dihasilkan oleh
Muzik olehTiada
Tarikh tayangan
1890
NegaraUnited Kingdom
BahasaFilem senyap

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Paul Burns. "The History of the Discovery of Cinematography". Dicapai pada 2011-03-24.

Pautan luar sunting