Lonely Soldier Boy

Lonely Soldier Boy ialah album studio ketiga oleh kumpulan rock Malaysia, Hujan yang dikeluarkan pada 25 November 2010. Ia merupakan album petama Hujan yang diterbitkan oleh Morning Rocket Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Sebanyak lima lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single. Lonely Soldier Boy menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-18.[1][2][3]

Lonely Soldier Boy
Album studio oleh
Dilancarkan pada25 November 2010
Dirakamkan pada2009-2010
GenreAlternative rock, Indie
SyarikatMorning Rocket, Warner Music Malaysia
Kronologi Hujan
Mencari Konklusi
(2009)
Lonely Soldier Boy
(2010)
Sang Enemy
(2012)
Single daripada Lonely Soldier Boy
  1. "Inspektor Remos"
    Dikeluarkan: 2010
  2. "Muda"
    Dikeluarkan: 2011
  3. "Lonely Soldier Boy"
    Dikeluarkan: 2011
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

Berbanding album kedua, Mencari Konklusi yang hanya mengandungi 7 lagu, Lonely Soldier Boy memuatkan sebanyak 14 lagu sepertimana album pertama. Untuk album ini, Hujan masih mengekalkan ciri-ciri muzik alternatif biarpun mereka cuba bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru.[4][5]

Keluaran dan sambutan sunting

Lonely Soldier Boy dikeluarkan pada 25 November 2010. "Muda", "Inspektor Remos" dan "Lonely Soldier Boy" telah dikeluarkan sebagai single untuk album ini. Majlis pelancaran album ini diadakan pada tarikh sama, secara kerjasama dengan Warner Music Malaysia dan Radio Era di Boulevard, pintu depan Berjaya Times Square, Jalan Imbi. Ia turut dihadiri oleh peminat setia Hujan dan para media yang dijemput khas.[4]

Senarai runut sunting

Kesemua runut ditulis dan digubah oleh Hujan.

No.TajukMasa
1."Inspektor Ramos"2:56
3."Bahagia"2:39
4."Bagaikan Matahari"3:49
5."Kasihan"3:32
6."Lonely Soldier Boy"3:04
7."Kotak Hati"4:54
8."Walaupun Jauh"3:50
9."Jangan Kejutkan Dia"4:12
10."Muda"3:09
11."Hampir"3:27
12."Sentiasa Ada"2:54
13."Aku Yang Asing"3:18
14."Di Kala Bulan Bermain Biola"4:13


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 25 November 2010 Muat turun digital[6]
Penstriman digital[7]
Morning Rocket, Warner Music Malaysia

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2011 Anugerah Industri Muzik ke-18 Lonely Soldier Boy Kulit Album Terbaik Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Siti Azira Abd. Aziz (9 November 2010). Hujan lancar album baru 25 November ini mStar Online. Diperoleh pada 10 Mac 2011.
  2. ^ Album review: Hujan - Lonely Soldier Boy The Wknd (25 Disember 2010). Diperoleh pada 10 Mac 2011.
  3. ^ Lonely Soldier Boy, buah tangan terbaru Hujan buat peminat Rotikaya (22 November 2010). Diperoleh pada 10 Mac 2011.
  4. ^ a b Budiey (26 November 2010). Band Hujan lancar album Lonely Soldier Boy Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 10 Mac 2011.
  5. ^ Who dares wins The Star Online (26 November 2010). Diperoleh pada 10 Mac 2011. — melaui Pressreader.
  6. ^ "Lonely Soldier Boy". iTunes Store (MY). Apple. 17 Januari 2011. Dicapai pada 17 April 2018.
  7. ^ "Lonely Soldier Boy - album by Hujan". Spotify. 17 Januari 2011. Dicapai pada 17 April 2018.