Long Sulaiman bin Long Bahar

Long Sulaiman bin Long Bahar merupakan pemerintah kerajaan di Kelantan pada abad ke-18M. Baginda merupakan putera Tuan Besar Long Bahar dengan Raja Mas Jayam, Patani dan dilantik menggantikan ayahandanya pada 1734. Dengan pelantikan Baginda sebagai Raja Kelantan timur (Kota Jembal) dan Kelantan Barat (Kota Kubang Labu). maka berakhirlah Dinasti D'Raja Jembal yang selama ini memerintah Kelantan dan bermulalah pula Dinasti baru yang memerintah Kelantan hingga kini.

Baginda mati dibunuh oleh menantu baginda, Long Deraman pada tahun 1756 di Kota Kubang Labu kerana perebutan kuasa.

Beliau dimakamkan di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan, kira-kira dua batu dari Kota Bharu.

Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan/Raja Kelantan Timur
1734 – 1756
Penyandang Kemudian
Long Bahar Long Yunus