SEJARAH PENEMPATAN KAMPUNG

Nama kampung Long Tanid ini diambil sempena dengan sebatang anak sungai yang mengalir dari puncak Gunung Buduk Balud ke Sungai Trusan yang berdekatan dengan hilir tapak lapangan kapal terbang di Long Semadoh.

Penempatan awal tapak asal atau asli kampung Long Tanid ialah di 'Ruma Tican Nanud' yang bermaksud 'Rumah yang ditinggalkan kerana banjir'. Penduduk pertama kampung Long Tanid semasa di 'Ruma Tican Nanud' ialah : Ganang Liau, Ukab Liau, Baru liun, Achang Balang, Langub Pengiran, Pur Tuie, Sakai Luun dan Sigar Lalung. Oleh kerana kampung mereka selalu banjir maka mereka pun berpindah ke 'Pun Apir', iaitu berdekatan dengan jambatan gantung yang menyeberangi sungai Trusan menghala ke lapangan padang kapal terbang.

Keluarga besar semasa di'Pun Apir' ialah Ganang Liau, Ukab Liau, Baru Liun, Achang Balang, Pur Tuie, Sigar Lalung, Riong Lalung dan Lakai Balang.Sementara Langub Pengiran berpindah ke 'Bang Menangang' dekat dengan kampung Long Semadoh Naseb dan Sakai Luun pula ke Long Beluyu. Mereka berkampung di'Pun Apir' selama lebih kurang 5 tahun, sebelum berpindah ke tapak kampung yang ada sekarang ini.

Tapak kampung yang ada sekarang ini mula-mula diterokai oleh Sinawat Tadem dan menantunya Berauk Taie. Pada masa itu, tempat ini adalah hutan belukar. Mereka telah membina sebuah 'Barar'(Pondok kecil) ditapak rumah mendiang Lizeh Sigar yang ada sekarang ini. Sekitar tahun 1959, Penduduk kampung 'Pun Apir' bergabung dengan keluarga Sinawat Tadem dan menantunya Berauk Tai. keluarga Buayeh Tadem juga berpindah dari kampung Long Beluyu menyertai kelompok ini.

Gabungan antara Sinawat Tadem, Buayeh Tadem, Baru Liun, Ganang Liau, Ukab Liau, Pur Tuie, Sigar Lalung, Riong Lalung dan Achang Balang telah membina sederet rumah panjang. Tapak rumah mereka pada masa itu adalah sama tempat saat ini, iaitu dari tapak rumah Balang Sigar sampai rumah Dari Agung yang ada pada saat ini.

Dalam tempoh berdekatan, Besar Paru, Rugu Batun juga telah berhijrah dari kampung Long Beluyu dan Tebari Balang berhijrah dari kampung Long Kerabangan. Mereka bergabung membina sederet rumah panjang yang berasingan. Seterusnya, Padan Batun dan Taie Batun juga berhijrah dari Indonesia membina rumah mereka di kampung ini.

Nama-nama inilah yang telah memulakan penempatan tapak kampung dan terlibat dalam sejarah penempatan tapak asal kampung Long Tanid yang ada sekarang ini. Jasa mereka ini akan dikenang oleh seluruh warga kampung Long Tanid.

Ketua Kampung Long Tanid yang pertama ialah Ganang Liau yang juga merangkap Penghulu bagi seluruh kawasan Trusan Ulu. Beliau diganti oleh Baru Liun dan timbalannya pada masa itu ialah Sakai Ukab. Selepas Baru Liun bersara, Padan Ukab pula menjadi ketua kampung sehingga kesaat ini.

SEJARAH GEREJA

Sejarah Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) bermula pada bulan oktober 1928, dimana 3 mubaligh Kristen warga Australia telah mula belayar ke kepulauan Borneo dan sampai sebulan kemudian, serta mulakan pelayanan Borneo Evangelical Mission (BEM). Mereka ini adalah; Hudson Southwell (Pndeta Padan @ Tuan Tapu), Frank Davidson (Tuan Lisin) dan Carey Tolly.

Bagi masyarakat Lun Bawang pula, Alan Beltcher (Pendeta Meripa) dan Madge Hill (Pendeta Ganit) juga warga Australia amat popular kerana telah menetap bersama masyarakat Lun Bawang di Kampung Long Semadoh A, serta telah menterjemah Alkitab ke bahasa Lun Bawang (Alkitab Bala Luk Do).

Bagi ahli Gereja Sidang Injil Borneo secara umum, nama mubaligh Kristen seperti; Hudson Southwell (Pendeta Padan @ Tuan Tapu), Frank Davidson (Tuan Lisin), Enid Davidson (Pendeta Litad), Winsome Southwell (Pendeta Gadung), Alan Beltcher (Pendeta Meripa), Madge Hill (Pendeta Ganit), Cain Copper (Pendeta Mutang), Bruce Morton (Pendeta Panai), Alf Thorrat (Pendeta Balang), Joan Copper (Pendeta Supang), Trevor White (Pendeta Asang, Bill Hawes (Pendeta Kawas), Bryan Mukem (Pendeta Mitun), Bob Burton (Pendeta Gaing), Bill Lees (Pendeta Gisar), Kith Napper (Pendeta Lasan), D.Robinson (Pendeta Riung), Winston Usher (Pendeta Kalang), Dennis Barry (Pendeta Paren), Keith (Pendeta Lian), Ray Cunningham (Pendeta Sigar), Evelyn Cunninghan (Pendeta Tunung). Mereka ini adalah antara mubaligh Kristen yang telah berjasa dalam menyebarkan ajaran Kristen dikalangan penduduk kepulauan Borneo khasnya bagi kaum Lun Bawang.

Penduduk Kampung Long Tanid mula menganut agama Kristen sekitar tahun 1930an-1940an. Pusat pengajaran agama Kristian pada awalnya adalah di kampung Long Beluyu yang menjadi 'kota Yerusalem' bagi Daerah Trusan Hulu. Pada masa itu penduduk sekitaran kawasan Long Semadoh datang ke kampung Long Beluyu untuk mempelajari ajaran Kristian.

Sekitar tahun 1965, penduduk kampung Long Tanid mula membangun bangunan sebuah Gereja yang kecil. Gembala Sigar Lupung dan keluarganya adalah Gembala pertama bagi Gereja Sidang Injil Borneo Long Tanid.

PELAYAN DAN GEMBALA

Tahun1961-1972 Gembala : Gembala Sigar Lupung Ketua Sidang : Besar Paru Wakil Ketua : Berauk Taie Setiausaha : Padan Batun Bendahari : Tebari Balang Pelayan : Balang Sigar Lakung Achang Ganang Liau

Tahun 1973-1976 Gembala : Labo Lasung Ketua sidang : Berauk Taie Wakil Ketua : Pengiran Kapung Setiausaha : Baru Sigar Bendahari : Rugu Batun Pelayan : Besar Paru Tebari Balang Taie Batun Lakung Achang Padan Riong

Tahun 1977-1980 Gembala : Siuk Selutan dan Liung Padan Ketua Sidang : Baru Sigar Wakil Ketua : Besar Paru Setiausaha : Padan Riong Bendahari : Balang Pur Pelayan : Pengiran Kapung Rugu Batun Lakung Achang Sakai Ukab Taie Batun Tebari Balang

Tahun 1981 Gembala : Radang Lupung Ketua Sidang : Pengiran Kapung Setiausaha : Padan Ukab Bendahari : Taie Batun Pelayan : Balang Pur Sia Tebari Padan Riong Marten Besar Likas Riong Sakai Ukab

Tahun 1982-8.12.1984 Gembala : Martha Balang dan Sinang Ampadau Ketua Sidang : Baru Sigar Wakil Ketua : Pengiran Kapung Setiausaha : Lukas Riong Bendahari : Padan Ukab Pelayan : Padan Riong Pelipus Sinawat Balang Pur Sia Tebari Sakai Ukab Taie Batun

Tahun 6.5.1985 Gembala : Makson Lakai Ketua Sidang : Berauk Taie Wakil Ketua ; Padan Riong Setiausaha : Padan Ukab Bendahari : Pengiran Kapung Pelayan : Baru Sigar Sia Tebari Pelipus Sinawat

Tahun 6.5.1987-1990 Gembala : Busak Sigar dan Ruran Agong Ketua Sidang : Musa Kapung Wakil Ketua : Pengiran Kapung Setiausaha : Sigar Berauk Bendahari : Taie Batun Pelayan : Balang Pur Sia Tebari Padan Ukab Lukas Riong Berauk Taie Pelipus Sinawat

Tahun 1991-1993 Gembala : Baru Gaing Ketua Sideng : Berauk Taie Wakil Ketua : Marten Besar Setiausaha : Lukas Riong Bendahari : Pengiran Kapung Pelayan : Padan Ukab Taie Batun Sia Tebari Balang Pur Musa Kapung Padan Riong Pelipus Sinawat(Meninggal pada 6.11.90)

Tahun 1994-1995 Gembala : Baru Gaing Ketua Sidang : Lukas Riong Setiausaha : Padan Ukab Bendahari : Marten Besar Pelayan : Baru Sigar(Meninggal pada 11.11.1995) Balang Sigar Sia Tebari Padan Riong Taie Batun Musa Kapung Sigar Berauk Pengiran Kapung Balang Pur Berauk Taie Gr Dungang Bantin

Gembala Busak Upai menjadi Gembala Praktikal selama 7 Bulan. Selepas itu meneruskan pengajian di STT TENGGARONG Indonesia pada 32.12.1996

ketua Sidang : Musa Kapung Wakil Ketua : Pngiran Kapung Setiusaha : Aris Pelipus Bendahari : Balang Pur Pelayan : Berauk Taie Balang Sigar Lukas Riong Gr Marten Paul

Tahun 1.7. 1997- 1999 Gembala : Meripa Dawat Ketua Sidang : Musa Kapung Wakil Ketua : Pengiran Kapung Setiausaha : Aris Pelipus Bendahari : Balang Pur dan Berauk Taie Pelayan : Lukas Riong Gr Marten Paul

Pastor Meripa mulai penggal ke-2 pada 1.1.2001

Penatua : Lukas Riong Ketua Sidang : Musa Kapung Wakil Ketua : Aris Pelipus Setiusaha : Gr Marten Paul Pelayan : Padan Riong Balang Pur Taie Baru Balang Tebari Mutang Lakung Padan Ukab Sigar Berauk Berauk Taie

Tahun 2003 Gembala : Pr Yahya Ating Penatua : Lukas Riong Ketua Sidang : Musa Kapung Setiausaha : Sia Tebari Bendahari : Balang Pur Wakil Bendahari : Pengiran Kapung Pelayan : Padan Ukab Berauk Taie Padan Riong

Tahun 2005 Gembala : Pr Baru Sakai Penatua : Lukas Riong Ketua Sidang : Pe3ngiran Kapung Setiausaha : Padan Ukab Bendahari : Marten Besar Pelayan : Berauk Taie Sakai Ukab Laban Padan Balang Pelipus Mutang Lakung Padan Riong Balang Baru