Long Jenal

(Dilencongkan dari Long Zainal)

Long Jenal merupakan putera ke-5 Long Yunus dan abang kepada Sultan Muhammad I dan memakai gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan. Baginda menjadi Raja Bendahara Banggol pada tahun 17 November 1801. Raja Siam, Raja Rama I menganugerahkan gelaran Phaya Banggul (Raja Banggul) pada tahun 1812 dan Phra Bidaksha pada tahun 1842. Terlibat dalam pergolakan takhta Kelantan pada tahun 1835, dan sempat menerajui Kelantan selepas kemangkatan adindanya Sultan Muhammad I, digantikan oleh anak saudaranya Long Senik Mulut Merah selepas perang saudara dan campurtangan Siam pada tahun 1837. Selepas itu Baginda menjadi menteri di wilayah Nongchik, Patani dari tahun 1842 hingga 1845. Mangkat di Nongchik, Patani pada tahun 1845[1].

KeluargaSunting

Mempunyai lima zuriat iaitu:

  • Y.M. Tuan Long 'Abdu'l Rahman bin Tengku Long Jenal.
  • Y.M. Tengku Kling bin Tengku Long Jenal.
  • Y.B.M. Tengku Tengah bin Tengku Long Jenal [Tuan Tango]. Dianugerhkan gelaran Phra Bidaksha in 1847, dan kemudian gelaran Phra Visit Bakdiya oleh Raja Siam. Penasihat dan meteri kepada Raja Patani. Mangkat 1890.
  • Y.M. Tengku Chik bin Tengku Long Jenal. Berkahwin dengan Y.A.M. Tengku Labuh binti al-Marhum Sultan Phaya Long Muhammad, puteri bongsu kepada DYMM Sultan Phaya Long Muhammad bin Raja Muda Kelantan Tengku Long Ismail, Raja Negeri Patani.
  • Y.M. Tuan Long Idris bin Tengku Long Jenal.
  • Y.M. Engku Lebai binti Tengku Long Jenal.
Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1835 – 1837
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad I Sultan Muhammad II

Lihat jugaSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ Di Makam Diraja langgar terdapat makam Long Zainal, kemungkinan juga baginda mangkat di Kelantan

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.