Longkai
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Longkai ialah filem Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2013. Filem ini merupakan filem aksi kedua arahan Hashim Rejab selepas filem Budak Pailang pada tahun 2012.[1]
Longkai | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Hashim Rejab |
Penerbit | David Teo |
Dibintangi oleh | Faizal Hussein Erra Fazira Niezam Zaidi Wawa Zainal Along Eyzendy Zul Suphian Dira Abu Zahar |
Syarikat penerbitan | |
Mula ditayangkan | 10 Oktober 2013 |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Isi kandungan
SinopsisSunting
Longkai mengisahkan geng longkai (pemandu trak tunda) yang sering berebut untuk mendapatkan pelanggan di jalan raya. Eddie dan Bada adalah adik-beradik yang bekerja sebagai longkai.
Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik ke bengkel Rima, seorang wanita berjiwa kental dan lasak. Dalam diam Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan Rima terhadapnya.
Mojo dan Bayam adalah musuh kepada Eddie dan Bada sejak dulu akibat perebutan bisnes longkai mereka. Mojo lebih rela mati daripada bekerjasama dengan mereka. Namun, adik perempuannya Suraya sengaja menempa bahaya kerana dia dan Eddie menjalinkan hubungan cinta dalam diam.
Selain itu, Zarina yang sering mengunjungi bengkel Rima membuatkan hubungan Eddie dan Bada renggang hingga membuatkan Rima mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul dalam hidup Bada secara tiba-tiba. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rima.
Mojo pula semakin hari semakin berdendam kerana setiap projek jahatnya tergendala disebabkan geng Eddie. Mojo akhirnya meminta bantuan Naga, seorang taiko terkenal di ibu kota untuk membalas dendam kepada geng Eddie dalam masa sama Naga juga pernah mempunyai sejarah hitam dan berdendam dengan Bada. Naga juga mengambil kesempatan untuk membalas dendamnya terhadap Bada.
PelakonSunting
- Faizal Hussein sebagai Bada
- Niezam Zaidi sebagai Eddie
- Erra Fazira sebagai Zarina
- Wawa Zainal sebagai Suraya
- Dira Abu Zahar sebagai Rima
- Along Eyzendy sebagai Mojo
- Mikael Andre sebagai Bayam
- Zul Suphian sebagai Naga
- Black Hanafiah sebagai Ketum
RujukanSunting
- ^ Nina Farzuin Mohd Sharom (12 Januari 2013). "Kisah penarik kereta satukan Faizal, Erra dan Niezam". Sinar Harian. Dicapai 2 April 2014.