Loona

kumpulan muzik wanita Korea Selatan

Loona (biasanya digayakan sebagai LOONA atau LOOΠΔ; Hangul이달의 소녀; RRIdarui Sonyeo; Jepun: 今月の少女, rumi: Kongetsu no Shōjo, lit.'Girl of the Month', makna harfiah: 'Gadis Bulan Ini') adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Blockberry Creative. Kumpulan ini diperkenalkan kepada orang ramai melalui projek pra-debut yang bermula pada bulan Oktober 2016, di mana masing-masing dari 12 orang ahli diumumkan secara berkala dengan mengeluarkan single promosi selama 18 bulan berikutnya.[2] Mereka debut sebagai kumpulan penuh dengan album mini pertama mereka [+ +] (2018), disokong oleh single utama "Favorite" dan tajuk lagu "Hi High".

Loona
Loona pada bulan Ogos 2018
Atas, kiri ke kanan: HyunJin, HaSeul, ViVi, Heejin.
Tengah, kiri ke kanan: Yves, YeoJin, Chuu, Kim Lip.
Bawah, kiri ke kanan: Go Won, Olivia Hye, JinSoul,
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2016 (2016)–sekarang
Syarikat rakaman
  • Blockberry Creative
  • Universal Music Japan[1]
Pengkarya berkait
  • Loona 1/3
  • Loona Odd Eye Circle
  • Loona yyxy
Laman sesawang
loonatheworld.com
Ahli
  • Yves
  • HyunJin
  • HaSeul
  • YeoJin
  • ViVi
  • Olivia Hye
  • Go won
  • Chuu
  • Choerry
  • Heejin
  • Chuu
  • Kim lip
  • Jinsoul
Korean name
Hangul
이달 소녀
Hanja
本月少女
Makna literalGirl of the Month
Perumian SemakanIdarui Sonyeo
McCune–ReischauerIdarŭi Sonyŏ
Kanji今月の少女
Hiraganaこんげつのしょうじょ

Nama sunting

Nama Inggeris Loona berasal dari huruf Hangul ㅇㄷㅇㅅㄴ, masing-masing terdapat konsonan awal dalam blok suku kata yang membentuk 이달의 소녀 (Idarui Sonyeo). Apabila disusun semula menjadi ㄴㅇㅇㄷㅅ, ia menyerupai LOONA dalam abjad Latin.[3]

Sejarah sunting

2016–2018: Pra-debut sub-unit dan Mix Nine sunting

 
Loona 1/3 pada bulan Mac 2017

Pada 2 Oktober 2016, Blockberry Creative mengumumkan melalui Naver bahawa mereka akan mendebutkan kumpulan wanita pertama mereka melalui projek pra-debut selama 18 bulan.[4] Jaden Jeong berkhidmat sebagai pengarah kreatif kumpulan ini sehingga bulan Ogos 2019, apabila dia berpisah kerana perbezaan kreatif dengan syarikat itu.[5] Antara bulan Oktober 2016 dan Januari 2017, empat orang ahli (HeeJin, HyunJin, HaSeul, dan YeoJin) telah didedahkan; setiap ahli mengeluarkan satu album yang biasanya terdiri daripada lagu solo dan trek lain yang dipersembahkan bersama ahli lain yang diungkapkan, di bawah nama Korea kumpulan Idarui Sonyeo (Hangul이달의 소녀; lit. Gadis Bulan Ini, Girl of the Month)[6] Pada bulan Mac 2017, sub-unit pertama kumpulan, Loona 1/3, diperkenalkan, yang terdiri daripada ahli HeeJin, HyunJin, HaSeul dan ahli baru, ViVi.[7] Loona 1/3 mengeluarkan album mini pertama Love & Live dan single dengan nama yang sama pada 13 Mac 2017,[8] dengan promosi di televisyen SBS Inkigayo.[9] Pada 27 April, mereka mengeluarkan versi semula album mini pertama mereka Love & Evil bersama dengan single "Sonatine".[10] Love & Live dan versi semula album masing-masing mencapai nombor 10 dan 24 di Gaon Album Chart Korea Selatan.[11][12]

 
Loona Odd Eye Circle pada bulan November 2017

Antara bulan April 2017 dan Julai 2017, ahli ViVi, Kim Lip, JinSoul dan Choerry mengeluarkan album single mereka, meneruskan corak Girl of the Month yang sama.[13] Pada bulan September 2017, tiga orang ahli, HeeJin, HyunJin dan HaSeul, mengikuti uji bakat untuk rancangan realiti JTBC Mix Nine; HeeJin dan HyunJin melepasi pentas uji bakat sehingga ke rancangan,[14] di mana HyunJin menduduki tempat ke-18 dan HeeJin menduduki tempat keempat di episod akhir.[15] Sub-unit kedua kumpulan ini, Loona Odd Eye Circle, yang terdiri daripada JinSoul, Kim Lip dan Choerry, mengeluarkan album mini pertama Mix & Match pada 21 September 2017 dan memulakan promosi di Mnet M Countdown..[16] Versi Bahasa Inggeris dari lagu mereka "Loonatic" dikeluarkan pada 23 Oktober.[17] Pada 31 Oktober, mereka mengeluarkan versi semula album mini pertama mereka Max & Match dengan menyertakan tiga buah lagu baru termasuk single "Sweet Crazy Love".[18] Mix & Match dan versi semula album semula masing-masing memuncak pada nombor 16 dan 7 di Gaon Album Chart.[19][20]

 
Loona yyxy pada bulan September 2018

Antara bulan November 2017 dan Januari 2018, mereka mengeluarkan album single solo untuk ahli baru Yves, Chuu, dan Go Won, meneruskan corak bulanan bersama dengan single digital "The Carol 2.0" yang dinyanyikan oleh Yves, Vivi, dan Choerry.[21] Pada bulan Mac 2018, mereka mengeluarkan album single solo untuk ahli terakhir, Olivia Hye.[22] Pada 30 Mei 2018, sub-unit ketiga kumpulan, Loona yyxy, membuat debut mereka dengan album mini pertama mereka Beauty & the Beat dengan single utama "love4eva" yang menampilkan penyanyi dari Kanada Grimes dikeluarkan pada hari yang sama dengan video muzik.[23] Album mini ini mencapai nombor 4 di Gaon Album Gaon Chart.[24]

Pada 7 Ogos 2018, Loona mengeluarkan single digital pra-debut bertajuk "favOriTe", lagu pertama kumpulan yang menampilkan kesemua dua belas orang ahli,[25] diiringi dengan video muzik yang memfokuskan pada koreografi kumpulan. Single pra-debut ini kemudiannya diturunkan sebagai single utama album mini pertama Loona [+ +].[26]

2018–2019: Debut dengan [+ +] dan [X X] sunting

 
Loona pada showcase debut mereka pada bulan Ogos 2018

Pada 20 Ogos, Loona secara rasmi debut sebagai kumpulan penuh dengan perilisan Album mini pertama mereka [+ +] (dibaca sebagai plus plus).[27] Album mini ini termasuk lagu "Favorite" sebagai single utama manakala "Hi High" berkhidmat sebagai lagu tajuknya.[28] Ia debut di nombor 2 di Gaon Album Chart Korea Selatan dan merupakan album pertama terlaris kedua oleh kumpulan wanita pada tahun 2018.[29] Edisi semula album [+ +], bertajuk [XX] (dibaca sebagai multiple multiple) telah dikeluarkan pada 19 Februari 2019, dengan enam trek tambahan, termasuk single baru, "Butterfly".[30] Pada 17 Ogos 2019, Loona membuat penampilan pertama mereka di Amerika Syarikat, membuat persembahan di KCON 2019 di Los Angeles.[31] Pada 13 Disember 2019, Loona telah mengeluarkan single yang bertajuk "365" sebagai lagu penghargaan untuk peminat mereka.[32]

2020–sekarang: [#], [12:00], [&], debut Jepun, Queendom 2 dan Flip That sunting

Pada 7 Januari 2020, Blockberry Creative mengumumkan bahawa ketua kumpulan HaSeul tidak dapat mengambil bahagian dalam promosi album yang akan datang kerana masalah kesihatan. Dia dikatakan disahkan menghidap "intermittent anxiety symptoms (simptom kegelisahan sekejap)" dan akan mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada kesihatannya.[33] Pada 5 Februari 2020, Loona mengeluarkan album mini kedua mereka yang bertajuk [#] (dibaca sebagai hash), bersama dengan single utama "So What".[34] Walaupun HaSeul tidak muncul di tajuk lagu, vokalnya ditampilkan pada tiga buah lagu lain di album, termasuk "365". Setelah memuncak pada nombor 1 pada daily Gaon Retail Album Chart,[35] album mini ini memulakan debut di nombor 2 di Gaon Album Chart. Pada 12 Mac 2020, Loona telah memenangi trofi program muzik pertama dengan lagu "So What" di Mnet M Countdown.[36]

Pada 19 Oktober 2020, Loona megeluarkan album mini ketiga mereka yang bertajuk [12:00] (dibaca sebagai midnight).[37] disertai dengan single utamanya "Why Not". HaSeul sekali lagi tidak terlibat dalam album kali ini, kerana keputusannya sendiri untuk memfokuskan pada pemulihan kesihatannya.[38] Album mini ini kemudiannya menjadi album pertama mereka yang memasuki Billboard 200, memulakan debut di nombor 112.[39] Pada 23 Oktober, ahli kumpulan Choerry telah ditampilkan dalam lagu A-FLOW bertajuk "You".[40] Pada 18 November, Loona mengeluarkan video muzik untuk "Star", lagu lain yang termasuk dalam album mini [12:00].[41] Memuncak di nombor 40, "Star" adalah entri pertama Loona di Billboard Mainstream Top 40, menjadikan mereka kumpulan wanita K-pop kedua yang memasuki carta.[42]

Pada 1 Jun 2021, Loona mengumumkan bahawa mereka akan comeback pada 28 Jun, dengan album mini keempat mereka [&] (dibaca sebagai and).[43] Keesokan harinya, pada 2 Jun, teaser telah diposkan ke akaun media sosial rasmi Loona yang menunjukkan dua belas pasang mata, yang mengesahkan kembalinya ahli Haseul yang telah berehat sejak awal tahun 2020.[44] Pada 12 Jun, ahli kumpulan YeoJin, Kim Lip, Choerry dan Go Won mengeluarkan lagu "Yum-Yum" sebagai kerjasama dengan Cocomong.[45]

Pada 27 Jun, Loona mengumumkan pada penghujung klip istimewa mereka bahawa mereka akan membuat debut Jepun mereka pada 15 September di bawah sub-label Universal Music Japan EMI Records.[46] Pada 27 Ogos, telah diumumkan bahawa Loona akan mengeluarkan single double A-side, "Hula Hoop / Star Seed" pada 15 September, dengan perilisan CD fizikal pada 20 Oktober.[47]

Pada 11 dan 12 Februari 2022, Loonaverse: From telah diadakan di Jangchung Arena. Bagaimanapun, Chuu tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.[48]

Pada 21 Februari, Mnet mengumumkan bahawa Loona akan menyertai Queendom 2.[49] Pada 28 Februari, diumumkan bahawa Loona tidak akan mengambil bahagian dalam rakaman untuk pusingan pertama yang diadakan pada hari yang sama kerana HaSeul, YeoJin dan ViVi telah didiagnosis dengan COVID-19 beberapa hari sebelum rakaman.[50] Pada 2 Jun, Loona menamatkan saingan sebagai naib juara dalam persembahan akhir secara langsung.[51]

Pada 20 Jun 2022, Loona mengeluarkan album mini musim panas istimewa mereka Flip That dengan single utama dengan nama yang sama.[52]

Ahli sunting

  • HyunJin (현진)
  • HaSeul (하슬) – Ketua[53]
  • YeoJin (여진)
  • ViVi (비비)
  • Yves (이브)
  • Go Won (고원)
  • Olivia Hye (올리비아 혜)

Bekas ahli sunting

  • Chuu (츄)
  • Jeon HeeJin (희진)
  • Choerry (최리)
  • JinSoul (진솔)
  • Kim Lip (김립)

Sub-unit sunting

  • Loona 1/3 (이달의 소녀 1/3) – HaSeul (ketua sub-unit[54]), ViVi, HeeJin, HyunJin[55]
  • Loona Odd Eye Circle (이달의 소녀 오드아이써클) – Kim Lip (ketua sub-unit[56]), JinSoul, Choerry[57]
  • Loona yyxy (이달의 소녀 yyxy, youth youth by young) – Yves (ketua sub-unit), Chuu, Go Won, Olivia Hye[58]

Diskografi sunting

Album mini sunting

  • [+ +] (2018)
  • [#] (2020)
  • [12:00] (2020)
  • [&] (2021)
  • Flip That (2022)

Filemografi sunting

Rancangan televisyen sunting

Tahun Tajuj Saluran Peranan Ref.
2022 Queendom 2 Mnet Peserta [59]

Konsert dan jelajah sunting

  • Loonabirth – Debut Concert (++) in Seoul (2018)[60]
  • Loonaverse: From (2022)[61]
  • Loonatheworld Tour (2022)

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Tahun Kategori Penerima Keputusan Ref.
APAN Music Awards 2020 Global Female Group (Popularity Award) Loona Tercalon
Asia Artist Awards 2019 Focus Award (Singer) Menang
STARNEWS Popularity Award (Girl group) Menang
Asia Model Awards 2020 Popularity Award Menang [62][63]
Brand Customer Loyalty Awards 2020 Female Idol Rising Star Award Menang [64][65]
2021 Hot Trend Female Idol Group Tercalon [66]
BreakTudo Awards 2019 K-pop Female Group Tercalon [67]
2020 Tercalon
Genie Music Awards 2018 Genie Music Popularity Award Tercalon [68]
The Female New Artist Tercalon
The Top Artist Tercalon
2019 Genie Music Popularity Award Tercalon [69]
Global Popularity Award Tercalon
The Female New Artist Tercalon
The Top Artist Tercalon
Golden Disc Awards 2019 Popularity Award Tercalon
Rookie Artist Award Tercalon
2020 Next Generation Award Menang [70]
Korea First Brand Awards 2019 Female Rookie Idol Award Menang [71]
2021 Hot Female Trend Tercalon [72]
Melon Music Awards 2018 Best New Artist Award (Female) Tercalon
Mnet Asian Music Awards 2018 Artist of the Year Tercalon
Best New Female Artist Tercalon
MTN Ad Festival Awards 2019 Commercial Star Rookie Menang [73]
MTV Europe Music Awards 2018 Best Korean Act Menang [74]
Seoul Music Awards 2019 Hallyu Special Award Tercalon
New Artist Award Tercalon
Popularity Award Tercalon
2021 Fan PD Artist Award Tercalon
Soribada Best K-Music Awards 2019 Performance Award Menang
2020 New K-Wave Rising Artist Award Menang [75]

Nota sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "LOONA (UNIVERSAL MUSIC JAPAN/EMI Records)". Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2021. Dicapai pada July 1, 2021.
  2. ^ Park, Ji-hye (November 13, 2016). "'이달의 소녀' 앞으로 기대되는 이유" (dalam bahasa Korea). Oh My Star. Diarkibkan daripada yang asal pada December 21, 2016. Dicapai pada December 20, 2016.
  3. ^ Lee, Ji-yoon. "LOONA: The Debut Project". Studio XXX (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 1, 2019. Dicapai pada August 27, 2018.
  4. ^ Cho, Young-joon. "[기획]"사전 검증받겠다" 걸그룹의 이색 데뷔·컴백 '눈길'" (dalam bahasa Korea). Segye Ilbo. Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2020. Dicapai pada August 27, 2018.
  5. ^ Bell, Crystal. "Jaden Jeong Made You Stan LOONA, And Now He'll Do The Same With OnlyOneOf". MTV News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 9, 2021. Dicapai pada 2021-07-05.
  6. ^ * Son, Ye-ji (October 3, 2016). "'이달의 소녀' 희진, 서울 이어 파리 티저 공개 '역대급 스케일'" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2019. Dicapai pada January 15, 2017.
  7. ^ Son, Ye-ji (March 6, 2017). "'데뷔 임박' 이달의 소녀 1/3, 지상파 광고 돌입… "이례적"" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada March 6, 2017. Dicapai pada July 2, 2017.
  8. ^ Son, Ye-ji (March 13, 2017). "이달의 소녀 1/3, 오늘(13일) 베일 벗는다" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2017. Dicapai pada April 5, 2017.
  9. ^ Yang, Jin-young (February 16, 2017). "'이달의 소녀 1/3', 3월 10일 유닛 앨범 발표…비비 포함 4인조로 첫 활동" (dalam bahasa Korea). News Pim. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2020. Dicapai pada February 18, 2017.
  10. ^ Park, Seul-gi (April 27, 2017). "이달의 소녀 1/3, 리패키지 앨범 'love&Evil' 오늘(27일) 발매" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada August 21, 2017. Dicapai pada August 20, 2017.
  11. ^ "2017년 11주차 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada March 23, 2017. Dicapai pada March 30, 2017.
  12. ^ "2017년 17주차 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2017. Dicapai pada May 5, 2017.
  13. ^ * Yoon, Joon-pil (April 5, 2017). "이달의 소녀 비비, 5번째 솔로 앨범 주인공 낙점…MV 촬영지 '궁금증 UP'" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2019. Dicapai pada April 5, 2017.
  14. ^ Choi, Ji-ye. "양현석X한동철 '믹스나인' 첫 주자, 드디어 베일 벗었다". Naver (dalam bahasa Korea). My Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada September 30, 2017.
  15. ^ Choi, So-young. "'믹스나인' 女신류진·男우진영 1등, 데뷔는 소년팀". Star News (dalam bahasa Korea). My Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada January 27, 2018. Dicapai pada January 26, 2018.
  16. ^ Han, Je-hoon (September 18, 2017). "'이달의 소녀 2nd 유닛' 오드아이써클, 21일 '믹스 앤 매치' 발매" (dalam bahasa Korea). Lunar Global Star. Diarkibkan daripada yang asal pada September 21, 2017. Dicapai pada September 19, 2017.
  17. ^ Geum, Bit-na (October 19, 2017). "이달의 소녀 두 번째 유닛 오드아이써클, 'LOONATIC' 영어 버전 앨범 발매" (dalam bahasa Korea). Seoul Economy. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2017. Dicapai pada October 20, 2017.
  18. ^ Choi, Ji-ye. "이달소 오드아이써클, 신곡 추가해 31일 리패키지 앨범 발매" (dalam bahasa Korea). My Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2017. Dicapai pada October 20, 2017.
  19. ^ "Gaon Album Chart – Week 38, 2017". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2017. Dicapai pada September 28, 2017.
  20. ^ "Gaon Album Chart – Week 44, 2017". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2018. Dicapai pada January 16, 2020.
  21. ^ * Choi, Jeong-min (November 30, 2017). "이달의 소녀 이브, 솔로 앨범 공개… "변화 이끌 것"" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2020. Dicapai pada November 29, 2020.
  22. ^ Kim, Su-kyeong (March 28, 2018). "이달의 소녀 올리비아 혜, 솔로 싱글 티저 공개...자아를 말한다" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2018. Dicapai pada August 27, 2018.
  23. ^ Kim, Ji-won (May 30, 2018). "이달의 소녀 yyxy, 30일 데뷔…내달 팬미팅서 신곡 무대" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada June 7, 2018. Dicapai pada May 30, 2018.
  24. ^ "Gaon Album Chart – Week 22, 2018". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 10, 2019. Dicapai pada June 8, 2018.
  25. ^ favOriTe – Single by LOOΠΔ (dalam bahasa Inggeris), August 7, 2018, diarkibkan daripada yang asal pada August 8, 2018, dicapai pada August 8, 2018
  26. ^ Herman, Tamar. "K-Pop Girl Group Loona Releases First Single as Full Act: Watch 'favOriTe' Music Video". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada June 6, 2019. Dicapai pada August 8, 2018.
  27. ^ "이달의 소녀(LOOΠΔ) on Twitter". Twitter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2021. Dicapai pada August 16, 2018.
  28. ^ Herman, Tamar. "Loona Announces First Formal Single 'Hi High': Watch a Teaser". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada August 18, 2018. Dicapai pada August 18, 2018.
  29. ^ "2018 – Gaon Album Chart". Gaon Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2017. Dicapai pada 2019-01-13.
  30. ^ Herman, Tamar. "LOONA Share Inspiring 'Butterfly' Music Video: Watch". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada September 14, 2020. Dicapai pada February 23, 2019.
  31. ^ Kim, Eun-ae (August 21, 2019). 美 빌보드 "이달의 소녀, KCON 미국 공연서 큰 인기" 글로벌 루키 입증 [US Billboard, "Loona is very popular at KCON's US concert." Global rookie proof.]. OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2021. Dicapai pada July 26, 2021.
  32. ^ Herman, Tamar (December 16, 2019). "LOONA Release '365' Single & Hint At Something New". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada December 17, 2019. Dicapai pada December 16, 2019.
  33. ^ Oh, Ba-ram (January 8, 2020). 이달의소녀 하슬, 불안 증상으로 활동 중단 [LOONA's Haseul, suspended activities due to anxiety symptoms.]. Yonhap News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2021. Dicapai pada July 26, 2021.
  34. ^ Song, Chi-hoon (February 5, 2020). 이달의 소녀, 오늘 신곡 '쏘왓' 공개…글로벌 걸그룹 입지 굳힌다 [LOONA's new song "So What" will be released today. Global girl group's position is firm.]. Sports Donga (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2021. Dicapai pada July 26, 2021.
  35. ^ Ji, Min-kyoung (February 18, 2020). 이달의 소녀, 아이튠즈 56개국 1위+한터차트 글로벌 차트 점령 [LOONA, topped the global chart in 56 countries on iTunes and the Hanteo Global Chart.]. OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2021. Dicapai pada July 26, 2021.
  36. ^ Choi, Hee-jae (2020-03-12). "'첫 1위' 이달의 소녀, 'So What' 트로피 들고 '눈물'…빅톤· ITZY 컴백 (엠카) [종합]". X Sports News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 11, 2020. Dicapai pada 2020-03-12.
  37. ^ Herman, Tamar (2020-10-22). "K-Pop Girl Group Loona Talks '[12:00]' Album & Creating Music To Help Girls Find Their Voices". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2020. Dicapai pada 2020-10-29.
  38. ^ Jang, Woo-young (September 17, 2020). "이달의 소녀 측 "하슬, 건강 상 이유로 활동 불참…11인 체제 활동" [공식입장]". OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2020. Dicapai pada September 17, 2020.
  39. ^ Oh, Ba-ram (November 3, 2020). 이달의소녀, 빌보드 메인 앨범 차트 112위…데뷔 후 첫 진입 [LOONA ranked 112 on Billboard's main albums chart. First entry since debut.]. Yonhap News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2021. Dicapai pada July 26, 2021.
  40. ^ Kim, Ye-na (October 23, 2020). "'이달소 최리 피처링' 에이플로우, 새 싱글 'YOU' 오늘(23일) 발매" ["Pairing with LOONA's Choerry, A-FLOW's new single "YOU" will be released today (23rd)] (dalam bahasa Korea). X Sports News. Diarkibkan daripada yang asal pada June 28, 2021. Dicapai pada February 24, 2021.
  41. ^ Park, Seo-yeon (November 18, 2020). 이달의 소녀, 수록곡 '목소리' 영어 버전 'Star' MV 공개..글로벌 흥행 잇는다 [LOONA, the MV for the English version of the b-side song 'Voice', 'Star', released. It's a global hit.]. Herald Pop (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2021. Dicapai pada July 26, 2021.
  42. ^ "LOONA Just Hit a Major Milestone on U.S. Radio". Teen Vogue. 2021-01-26. Diarkibkan daripada yang asal pada January 28, 2021. Dicapai pada February 3, 2021.
  43. ^ Yoon, Sang-geun (2021-06-01). "이달의 소녀, 28일 '&' 컴백 확정..'미드나잇' 이후 8개월만[공식]". Star News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 1, 2021. Dicapai pada 2021-06-01.
  44. ^ Hong, Hye-min (June 2, 2021). 이달의 소녀 하슬, 활동 재개...1년 6개월 만 완전체 컴백 [LOONA's Haseul to resume her activities. Full comeback after a year and six months.]. Hankook Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2021. Dicapai pada July 26, 2021.
  45. ^ Kim, Won-hee (June 12, 2021). 이달의 소녀X코코몽 귀여움 한도초과 '얌얌' 발매 [LOONA X Cocomong's cuteness exceeded the limit with the release of 'Yum Yum'.]. Sports Kyunghyang (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2021. Dicapai pada July 26, 2021.
  46. ^ Lau, Elly (June 28, 2021). "LOONA return with 4th mini-album '[&]', announce Japanese debut in September". Bandwagon (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 28, 2021. Dicapai pada June 28, 2021.
  47. ^ 世界が注目する韓国12人組ガールズグループ LOONA(今月の少女)、9月15日(水)に日本デビューシングル「HULA HOOP/ StarSeed 〜カクセイ〜」デジタル先行配信スタート!10月20日(水)CDリリース決定. Universal Music Japan (dalam bahasa Jepun). August 27, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2021. Dicapai pada August 27, 2021.
  48. ^ "LOONA's Chuu to sit out of upcoming concert due to health issues". February 8, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada February 9, 2022. Dicapai pada February 17, 2022.
  49. ^ 수정: 2022.02.21 11:35, 입력: 2022 02 21 11:33 (2022-02-21). "퀸덤2, 브레이브 걸스→효린 라인업 6팀 공개". sports.khan.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-02-21.
  50. ^ Jeon, Hyo-jin (February 28, 2022). "이달소 하슬·여진·비비, 코로나 확진...오늘(28일) '퀸덤2' 녹화 불참 [공식입장]" [Loona Haseul·Yeojin·Vivi, confirmed with Corona...Today (28th) 'Queendom 2' recording absent [Official Position]] (dalam bahasa Korea). Sports Donga. Dicapai pada April 2, 2022 – melalui Naver.
  51. ^ Yoon, Seong-yeol (June 3, 2022). "우주소녀 '퀸덤2' 최종 우승 '감격의 눈물'..이달소 준우승 [★밤TV]" [Cosmic Girls 'Queendom 2' Final Winner 'Tears of Emotion'.. Loona Runner-up [★Night TV]] (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada June 3, 2022 – melalui Naver.
  52. ^ Park, Seo-yeon (2021-06-03). "이달의 소녀, 1년만 완전체 컴백..20일 서머 스페셜 미니 앨범 'Flip That' 발표(공식)". Herald Pop (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-06-03.
  53. ^ Byeon, Jin-hee (November 7, 2017). "오드아이써클 "완전체 이달의 소녀 기대해주세요"" (dalam bahasa Korea). Zenith News. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2018. Dicapai pada January 23, 2018.
  54. ^ ""과즙美 팡팡"…이달의 소녀 최리의 착한 미모" (dalam bahasa Korea). MK News.
  55. ^ "이달의 소녀 1/3 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver.
  56. ^ "오드아이써클 Max&Match 사인회 현장&선물처럼 찾아온 깜짝 소녀는?!" (dalam bahasa Korea). Naver.
  57. ^ "이달의 소녀 오드아이써클 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver.
  58. ^ "이달의 소녀 yyxy 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver.
  59. ^ Jeong, Hee-yeon (February 21, 2022). "'퀸덤2' 출연자 공개...브브걸-비비지-이달소-우소-효린-케플러" ['Queendom 2' cast revealed... Brave Girls - Viviz - Loona - WJSN - Hyorin - Kep1er] (dalam bahasa Korea). Sports Donga. Diarkibkan daripada yang asal pada February 21, 2022. Dicapai pada February 21, 2022 – melalui Naver.
  60. ^ Fasanella, Allie (August 7, 2018). "Why the Internet is Buzzing About K-Pop Group Loona's New Music Video With Matching Outfits". Foot Wear News. Diarkibkan daripada yang asal pada January 3, 2019. Dicapai pada January 2, 2019.
  61. ^ "LOONA to hold their first live streamed in-person concert in February". Bandwagon Asia. January 18, 2022. Dicapai pada January 22, 2022.
  62. ^ Park, Seo-yeon (December 4, 2020). "이달의 소녀, '2020 아시아 모델 어워즈' 인기 스타상 수상 영예(공식)". Naver (dalam bahasa Korea). Dicapai pada December 4, 2020.
  63. ^ Gwak, Hyeon-su (December 4, 2020). "이달의 소녀, '2020 아시아 모델 어워즈' 인기 스타상 수상 영예 [공식]". Sports Donga (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 24, 2021. Dicapai pada December 4, 2020.
  64. ^ Yang, Moon-suk (June 8, 2020). "이달의 소녀, '2020 브랜드 고객충성도 대상' 참석". Seoul Economy (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2020. Dicapai pada November 29, 2020.
  65. ^ Kang, Young-guk (June 8, 2020). "이달의 소녀, 라이징 스타 부문 수상해요". MK News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 9, 2020. Dicapai pada November 29, 2020.
  66. ^ "2021 Brand Customer Loyalty Awards Voting". bcli.kcforum.co.kr (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 27, 2021. Dicapai pada April 27, 2021.
  67. ^ Redação (August 22, 2019). "BreakTudo Awards 2019: Veja a lista completa de indicados". BreakTudo (dalam bahasa Portugis). Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2019. Dicapai pada August 27, 2019.
  68. ^ Kim, Young-rok (October 1, 2018). ""BTS·워너원·트와이스·볼빨간"…'2018 MGA' 후보 공개, 투표 시작". Naver (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada February 11, 2020. Dicapai pada November 29, 2020.
  69. ^ Lee, Jeong-beom (June 21, 2019). "[뮤직토픽] '2019 MGMA', 여자 신인상 후보에 아이즈원이 없는 것에 대한 의구심". Top Star News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 25, 2019. Dicapai pada November 29, 2020.
  70. ^ Jeon, Ah-ram (January 9, 2021). "이달의 소녀·더보이즈, 넥스트 제너레이션 영예 "큰 상 영광" [2021 골든디스크]". X Sports News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2021. Dicapai pada January 10, 2021.
  71. ^ Woo, Bin (December 20, 2018). "이달의 소녀, ' 2019 퍼스트 브랜드 대상' 여자 신인 아이돌 부문 수상". Ten Asia (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2020. Dicapai pada November 29, 2020.
  72. ^ Kang, Geun-ju (December 29, 2020). "임영웅, 2021년 퍼스트브랜드 대상 선정". FNN News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 24, 2021.
  73. ^ Yoon, Sang-geun (July 18, 2019). "소이현·이시언·헨리·이달소·배정남 MTN 방송광고 빛낸★[종합]". Naver (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2019. Dicapai pada July 26, 2019.
  74. ^ Russell, Erica (November 5, 2018). "K-Pop Girl Group LOONA Conquer 2018 EMAs With Best Korean Act Win". PopCrush. Diarkibkan daripada yang asal pada August 6, 2020. Dicapai pada December 6, 2020.
  75. ^ Lee, Ji-sook (August 17, 2020). "이달의 소녀 '당찬 소녀들'(2020 소리바다 어워즈)". Munhwa News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2020. Dicapai pada November 29, 2020.