The Lord of the Rings

(Dilencongkan dari Lord Of The Rings)

The Lord of the Rings atau Penguasa Cincin merupakan karya epik fantasi karangan pengarang berbangsa British iaitu J. R. R. Tolkien. Kisahnya bermula dengan sebuah sekuel sebelumnya iaitu buku fantasi The Hobbit, tetapi kemudian dikembangkan menjadi cerita yang lebih panjang. Ia ditulis antara tahun 1937 dan 1949, yang kebanyakannya ditulis ketika Perang Dunia Kedua. Ia diterbitkan dalam tiga jilid pada 1954 dan 1955, dan telah dicetak berkali-kali dan diterjemahkan kepada banyak bahasa. Berkemungkinan, karya tersebut adalah hasil sastera yang paling terkenal dalam abad kedua puluh.

Muka hadapan buku oleh Tolkien

Aksi dalam The Lord of the Rings digambarkan sebagai dunia atau Bumi sebenar dan didiami manusia dengan tambahan rekaan makhluk pada zaman yang direka juga. Tolkien menamakannya dalam Bahasa Inggeris moden, Middle-earth (Bumi-Tengah), merujuk kepada bahasa Inggeris kuno iaitu Midgard/Middangeard. Kisah tersebut berkaitan dengan pelbagai kaum seperti Hobbit, Elf, Manusia, Orang Kerdil dan Ahli Sihir, dan bertumpukan kepada Cincin Kuasa yang dibuat oleh Raja Kegelapan Sauron. Bermula dengan keadaan lengang dan tenang di Shire, cerita berkembang merentasi Bumi-tengah lalu mencetuskan Perang Cincin. Cerita utamanya diikuti enam lampiran tambahan yang menyediakan pengetahuan tentang sejarah dan bahasa tentang cerita tersebut.

Seperti hasil penulisan Tolkien yang lain, The Lord of the Rings telah dijadikan bahan untuk analisis lanjutan tentang tema sastera dan asalnya. Pengaruh yang terdapat di dalamnya termasuklah filologi, mitologi dan keagamaan, begitu juga dengan hasil fantasi dan pengalaman Tolkien ketika berperang. The Lord of the Rings telah dikatakan sebagai genre fantasi moden dan kesan penggunaan perkataan Tolkienian dan Tolkienesque dalam hasil kerjanya membuatkan perkataan tersebut direkodkan dalam Kamus Inggeris Oxford.

Populariti yang hebat dah mampu bertahan oleh cerita ini telah mewujudkan satu budaya yang dipengaruhi oleh hasil kerja Tolkien. The Lord of the Rings telah memberi inspirasi untuk dijadikan permainan, cerpen, hasil seni dan muzik. Banyak hasil adaptasi dari karya Tolkien telah dibuat dan satu daripadanya adalah trilogi filem The Lord of the Rings yang dilancarkan pada 2001-2003 yang menyebabkan pertambahan minat dari kalangan akan The Lord of the Rings dan hasil karya Tolkien yang lain.

Mitologi latar cerita sunting

Templat:Spoiler Cerita di sebaliknya bermula beribu tahun sebelum aksi dalam buku bermula dengan kebangkitan Penguasa Cincin, Raja Kegelapan Sauron, jelmaan roh yang berniat jahat yang menguasai kuasa hebat di negeri yang ditakuti iaitu Mordor. Pada penghujung Zaman Pertama Bumi-tengah, Sauron dapat bertahan dari kekalahan teruk dan pembuangan oleh tuannya, Morgoth. Ketika Zaman Kedua, Sauron merancang untuk menguasai Bumi-tengah. Dengan menyamar sebagai "Annatar", atau Raja Ganjaran, dia membantu Celebrimbor dan tukang Elf yang lain dari Eregion untuk menempa Cincin Kuasa, tetapi kemudian dengan rahsianya menempa Cincin yang Satu yang mana dia bakal memperhambakan pemakai cincin yang lain. Rancangan ini gagal apabila kaum Elf sedar akan hal tersebut dan tidak memakainya. Sauron kemudian melancarkan kempen ketenteraan yang mana dia dapat memperoleh Cincin yang Tujuh dan Cincin yang Sembilan dan mengagihkan kepada raja-raja dan ketua Orang Kerdil dan Manusia. Golongan Kerdil agak sukar untuk dikuasai tetapi Manusia yang memiliki Cincin yang Sembilan beransur-ansur berjaya dirasuk hingga menjadi Nazgûl, pesuruh yang paling ditakuti. Cincin yang Tiga gagal diperoleh dan menjadi simpanan golongan Elf.

Raja Númenor, Ar-Pharazôn, tiba dengan bala tentera yang besar. Sauron menyerah kalah dengan tentera Númenór, dan dibawa ke Númenor sebagai banduan. Valar, raja Valinor, mahukan Sauron pergi kepada mereka, tetapi Sauron sudahpun merancuni pemikiran rakyat Númenór menentang mereka. Maka, Sauron memulakan kerja yang menyebabkan kemusnahan Númenor dengan mempengaruhi minda rajanya dan memulakan cubaan untuk menakluk Valinor serta melepaskan kemarahan Ilúvatar ke atas penduduk Númenór, negaranya dan juga Sauron. Perkara tersebut hampir memusnahkannya dan dia kembali ke Mordor, menerima bentuk baru dan melancarkan serangan ke atas penduduk Númenór yang dibuang (yang Setia), yang melarikan diri ke Bumi-tengah. Walau bagaimanapun, mereka (yang diketuai Elendil dan anaknya Isildur dan Anárion) mempunyai masa untuk bersedia dan membentuk Pakatan Terakhir Elf dan Manusia dengan raja Eldar, Gil-galad, mereka menuju ke Mordor dan mengepung Barad-dûr, iaitu pada ketika Anárion dibunuh. Sauron sendiri berlawan dengan ketua-ketua pasukan lawan. Gil-galad dan Elendil terkorban ketika mereka bertempur dengan Sauron, dan pedang Elendil, Narsil pecah olehnya. Walau bagaimanapun, Sauron dapat di atasi dan Isildur memotong Cincin yang Satu dari tangan Sauron dengan serpihan Narsil, dan roh Sauron melarikan diri dan tidak muncul buat masa yang lama.

Maka, bermulanya Zaman Ketiga di Bumi-tengah. Dua tahun kemudian ketika mengembara ke Rivendell, Isildur diserang hendap oleh sekumpulan Orcs dan dibunuh ketika Kemalangan di Gladden Fields. Cincin tersebut telah terlucut dari jarinya dan hanyut ke dasar Sungai Besar Anduin dan hilang buat beralaf-alaf lamanya. Dalam The Hobbit, prolog bagi kisah yang panjang ini, Tolkien mengaitkan ceritanya seolah-olah sesuatu yang tidak disengajakan apabila Hobbit Bilbi Baggins menjumpai Cincin itu. Walau bagaimanapun, dalam The Hobbit, tidak seorangpun watak, Bilbo mahupun ahli sihir Gandalf (juga pembaca) yang tahu tentang cincin ajaib tersebut adalah Cincin yang Satu yang ditempa oleh Raja Kegelapan.

 
Bumi-tengah ketika Zaman Ketiga

Sinopsis sunting

Rencana utama: The Fellowship of the Ring, The Two Towers, The Return of the King

The Lord of the Rings bermula lebih kurang 60 tahun selepas berakhirnya The Hobbit. Kisahnya bermula dengan jilid pertama, The Fellowship of the Ring, apabila Frodo Baggins mula memiliki cincin ajaib yang ditemui pakciknya Bilbo. Sahabat lama Bilbo, Ahli Sihir Gandalf, yang terlibat bersama Bilbo dalam The Hobbit menemui yang sebenarnya cincin tersebut adalah Cincin yang Satu, benda berkuasa yang telah dicari oleh Sauron sejak berakhirnya Zaman Kedua.

 
Cincin yang satu.

Sauron menghantar pesuruhnya, Ringwraiths (Nazgûl dalam rupa sebagai penunggang hitam) ke Shire untuk mencari cincin tersebut. Frodo, dengan bantuan pembantunya yang setia, Sam Gamgee dan dua sahabat baiknya, Merry dan Pippin, dan kemudian seorang lelaki yang digelar "Strider", membawa Cincin tersebut ke Rivendell atas permintaan Gandalf. Di Rivendell, "Strider" telah didedahkan sebagai Aragorn, waris kerajaan bagi Manusia. Hobbit-hobbit tersebut juga mengetahui yang kuasa Sauron mampu dihalang apabila Aragorn mengambil alih warisan takhtanya dan memenuhi ramalan purba dengan menempa pedang Andúril, dikimpal semula dari serpihan Narsil, pedang yang memotong Cincin tangan Sauron ketika Zaman Kedua. Majlis tertinggi yang diwakili oleh semua kaum utama Bumi-tengah; Elf, Orang Kerdil, dan Manusia, yang dipengerusikan oleh Raja Elrond, memutuskan hanya satu sahaja tindakan yang mampu menyelamatkan Bumi-tengah iaitu dengan memusnahkan Cincin. Cincin itu harus di bawa ke Mordor dan dicampak ke Gunung Doom, di mana ia telah ditempa.

Frodo menawarkan diri untuk melakukan tugas tersebut dan "Persahabatan Cincin" dibentuk untuk membantunya. Perjalanan mereka membawa mereka melalui Terowong Moria, iaitu tempat mereka diikuti oleh makhluk Gollum, iaitu yang ditemui Bilbi dalan gua Goblin di Pergunungan Berkabus beberapa tahun sebelumnya. Gollum telahpun memiliki Cincin tersebut sebelum berpindah milik kepada Bilbo. Gandalf menerangkan bahawa Gollum berasal dari kaum yang "tak berbeza dengan hobbit" sebelum dia memiliki Cincin yang telah merosakkannya. Sebagai hamba kepada kuasa jahat Cincin itu, Gollum terdesak untuk memperolehi semula "Kesayangan". Apabila mereka melalui Terowong tersebut, Pippin tanpa disengajakan telah menunjukkan kehadiran mereka dan kumpulan mereka diserang. Gandalf bertarung dengan syaitan gergasi bawah tanah, Balrog, dan jatuh ke dalam gaung yang terang-terang akan menyebabkan kematiannya. Pada penghujung jilid pertama, Persahabatan tersebut berpecah dan dengan kematian dua orang ahli (Gandalf dan Boromir), lalu Frodo dan Sam memulakan perjalanan ke Mordor dengan hanya berdua.

Dalam jilid kedua, The Two Towers, kisah yang berlaku secara selari (cerita pada waktu yang sama di berlainan tempat dan di kisahkan dalam dua buku) memperincikan tentang Persahabatan yang tinggal membantu negara Rohan dalam peperangan menentang Saruman, ketua bagi kumpulan ahli sihir yang mana telah diracuni fikirannya. Gandalf kembali ke Bumi-tengah sebagai "Gandalf si Putih": Kita mengetahui yang dia membunuh Balrog, tetapi pertarungan tersebut ternyata turut tidak menyebelahi Gandalf dan kemudian dia telah "dilahirkan semula" dengan kuasa yang lebih hebat. Pada penghujung buku pertama jilid kedua, keempat-empat ahli Persahabatan (Gandalf, Aragorn, Legolas dan Gimli) membantu untuk menewaskan bala tentera Saruman di Pertarungan Helm's Deep. Buku kedua menunjukkan bagaimana Frodo dan Sam mampu menangkap dan "menjinakkan" Gollum. Gollum kemudian menunjukkan jalan ke Mordor (yang bertentangan dengan Pagar Hitam - Black Gate), walaupun terpaksa melalui negara Minas Morgul, wilayah Raja Sihir. Pada penghujung jilid, Gollum mengkhianati Frodo dengan membawanya kepada labah-labah gergasi, Shelob, dan dalam pada itu Sauron melancarkan serangan ke atas Bumi-tengah, dengan diketuai Raja Sihir yang membawa angkatan tentera Morgul untuk menentang Gondor,dalam Peperangan Cincin.

Dalam jilid ketiga, ''The Return of the King'', Sam mengalahkan Gollum dan menyelamatkan Frodo. Ketika mereka berhampiran dengan Gunung Doom, Persahabatan membantu dalam pertarungan terakhir menentang tentera Sauron, termasuklah menawan bandar menara Minas Tirith dan pertarungan sengit di hadapan Pagar Hitam Mordor, iaitu ketika Gondor dan Rohan terpaksa bersatu menentang askar Sauron untuk mengalihkan perhatian Sauron dari Cincin tersebut dengan harapan memberikan sedikit keluangan masa untuk Frodo memusnahkannya.

Menurut garis masa Tolkien, peristiwa tersebut berlaku antara pengumuman Bilbo dalam ulangtahun hari lahirnya pada Zaman Ketiga, 22 September 3001 dan kembalinya Sam ke Bag End pada Zaman Ketiga, 6 Oktober 3021. Kebanyakan peristiwa berlaku pada tahun 3018 dan 3019, iaitu dengan keluarnya Frodo dari Bag End pada Zaman Ketiga 23 September 3018 dan pemusnahan Cincin itu enam bulan kemudian iaitu 25 Mac 3019.

Latar masyarakat sunting

Makhluk yang wujud dalam alam cerita sunting

Dalam karya-karya fantasi J.R.R. Tolkien, satu hal yang paling menarik adalah kecintaannya terhadap bahasa. Hal ini tercermin dalam bahasa-bahasa buatannya: Quenya dan Sindarin. Kedua bahasa ini adalah bahasa yang digunakan oleh para Elf. Berikut adalah contoh singkat arti terjemahan dari istilah-istilah yang digunakan Tolkien dalam buku-bukunya.

  • Barrow-wight - menurut mitos "Legendarium", mereka disebut sebagai pengikut Sauron. tempat yang dinamai Barrow-Downs merupakan tanah kuburan nenek moyang orang-orang Numenorian. Setelah kehancuran kerajaan mereka di Arnor, raja penyihir dari Angmar memerintahkan supaya mereka menjaga kuburan itu dan tempat itu menjadi angker.
  • Dunedain: dikatakan tiga suku yang membantu para Elf memerangi Morgoth di zaman pertama; dari orang-orang inilah lahir Elrond dan Elros. Ayah mereka adalah Earendil, seorang pelaut hasil pernikahan antara elf dan manusia. Ibu mereka adalah Elwing, yang diturunkan dari Beren dan Tinuviel, sebuah cerita cinta antara elves dan manusia. Sebagai hadiah dan berkat, para penguasa Arda memberi mereka sebuah pulau yang dinamai Numenor, Westernesse, Elenach. Tapi karena pelanggaran manusia Numenor dihancurkan dan ditenggelamkan di laut. Sejak itulah Tol Eresea dipindahkan dari dunia kita. Dari Numenor datanglah Elendil dalam sembilan kapal kembali ke Middle-Earth, yang disebut Endor, The Hither shore, dunia kita ini. Di situ mereka membangun Arnor di utara, dan Gondor di selatan. Peperangan antara Dunedain dan Sauron berlangsung panjang, mungkin bisa dikatakan beribu-ribu tahun. Peperangan itu benar-benar berakhir dengan kehancuran cincin Sauron.
  • Kurcaci - bangsa yang mahir bertukang dan menempaan, dan tinggal di dalam gua-gua pergunungan yang mereka sendiri. Tokoh yang paling terkenal dalam kalangan mereka ini ialah Durin, raja yang pertama dan terkaya yang bersemayam di sebuah kerajaan bernama Khazad-dum. Berikutan berlakunya penghidupan suatu roh Maiar jahat yang berapi bernama Balrog, kaum ini melarikan diri dari situ. Orka menemui tempat ini dan menjarah sekitarannya sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tempat ini diberi nama baharu oleh kaum elf sebagai Moria: jurang hitam.
  • Elf - (diberi nama setempat eldar) dipercayai dalam mitologi "Legendarium" sebagai makhluk pertama yang diciptakan. Disebut "Eldar": anak-anak bintang. Mereka adalah Immortal yang berarti abadi. Elrond merupakan keturunan ras ini.
  • Hobbit - (diberi nama setempat Perianath). Makhluk ini berupa manusia yang berukuran lebih kecil dari bangsa kerdil. Mereka mempunyai kaki yang tebal dan keras serta berbulu.
  • Orka - menurut mitos "Legendarium", makhluk-makhluk gergasi ini ciptaan Morgoth (lembaga seumpama iblis) hasil rasa bencinya terhadap bangsa-bangsa elf dan manusia; hampir semua perbuatan jahat dan memusnahkan dilakukan oleh bangsa ini. Mereka senang tinggal di tempat-tempat gelap, dan bermusuhan dengan semua makhluk lain.
  • Ent - makhluk ini muncul di Middle-Earth setelah tibanya bangsa elf. Mereka merupakan ciptaan oleh Eru atas permohonan seorang Valar, Yavanna setelah dia mengetahui bahwa Dwarves akan menebang pohon-pohon hasil ciptaannya. Ents membalas dendam terhadap Saruman yang menduduki Isengard ketika mereka tahu sifat Asli Saruman.
  • Uruk-Hai - orka yang diciptakan Sauron namun disempurnakan oleh Saruman. Treebeard (Ent yang tertua) mengira bahwa Uruk-hai berasal dari Ork dan manusia disilangkan. Uruk-hai, yang digambarkan sebagai ork hitam yang sangat besar dan mempunyai kekuatan yang luar biasa, pertama muncul di Mordor sekitar tahun 2475 Zaman ke-3, ketika mereka dengan singkat mengambil alih Ithilien dan kota Osgiliath.

Watak-watak utama sunting

Persaudaraan Cincin sunting

  • Frodo Baggins, seorang Hobbit yang diwariskan Cincin dari pamannya yang bernama Bilbo Baggins
  • Samwise Gamgee, seorang Hobbit yang bekerja sebagai tukang kebun Frodo, juga sahabar Bilbo
  • Meriadoc Brandybuck (disebut juga Merry), saudara sepupu Frodo
  • Peregrin Took (disebut juga Pippin), saudara sepupu Frodo
  • Gandalf, seorang Maia yang menjelma sebagai Wizard untuk membantu penduduk Middle-Earth
  • Aragorn, keturununan Isildur dan pewaris tahta Kerajaan Gondor dan Arnor
  • Legolas, Pangeran Elf Mirkwood yang diutus Elrond untuk mewakili para Elves
  • Gimli, anak dari Glóin. Ia diutus Elrond untuk mewakili para Dwarves
  • Boromir, anak sulunh dari Denethor dan Kapten Menara Putih

Latar belakang dan sejarah penulisan sunting

Penulisan sunting

The Lord of the Rings dimulakan sebagai penyambung kepada The Hobbit, kisah fantasi yang ditulis dan dibacakan Tolkien kepada anak-anaknya dan diterbitkan pada 1937. Kepopularan The Hobbit telah menambahkan permintaan untuk membuat kisah tentang Hobbit, dan pada tahun yang sama, ketika berumur 45, Tolkien mula menulis cerita yang kemudiannya menjadi kisah The Lord of the Rings. Cerita tersebut tidak siap sehinggalah 12 tahun kemudian iaitu pada 1949, dan tidak diterbitkan hinggalah pada tahun 1955, iaitu ketika Tolkien berumur 63 tahun.

J. R. R. Tolkien pada asalnya tidak terfikir untuk menulis sambungan bagi The Hobbit, malah menulus beberapa cerita kanak-kanak seperti Roverandom. Apabila sudah menjadi kerja utamanya, Tolkien mula menulis turutan sejarah Arda, lipur lara Silmarils, dan banyak lagi kisah bagaimana sesuatu kaum dan keadaan boleh terjadi seperti yang kita baca dalam the Lord of the Rings. Tolkien meninggal sebelum dia menyiap dan mengumpulkan The Silmarillion, tetapi anaknya, Christopher Tolkien menyunting hasil kerja bapanya, mengisi kekosongan dan menerbitkannya pada 1977.

Tolkien berhasrat untuk menulis tentang mitologi England, terutamanya selepas pengalamannya yang dahsyat dalam Perang Dunia Pertama. Maka, untuk memahami penulisannya, kita harus sedar bagaimana kesarjanaannya mempengaruhi karangannya. Penulis ini adalah ahli falsafah Oxford yang biasa dengan Sastera Zaman Pertengahan Eropah Utara termasuklah kerja mitos yang hebat seperti saga Hervavar, saga Völsunga, pengaruh Beowulf dan Teks Norse Kuno, Inggeris Pertengahan dan Kuno. Beliau juga diilhamkan oleh epik rakyat Finland, Kalevala, yang memberinya banyak tema untuk digunakan dalam Lord of the Rings. Tolkien juga mengasaskan bahasa elf Quenya dari Bahasa Finland. Tolkien bersetuju dengan satu dari ahli lain kumpulannya C.S. Lewis, yang jika tiada mitos yang mencukupi bagi England, maka mereka akan akan menulisnya sendiri

Setelah dipujuk oleh penerbitnya, beliau memulakan cerita 'Hobbit baru'nya ini pada Disember 1937. Setelah beberapa permulaan yang salah, kisah tentang Cincin yang Satu mula muncul dan buku berubah dari sambunngan The Hobbit, menjadi lebih kepada sekuel Silmarillion yang masih belum diterbitkan. Ilham bagi bab pertama, Parti yang Ditunggu-tunggu (A Long-Expected Party) tiba dalam bentuk yang sempurna, walaupun sebab di sebalik kehilangan Bilbo, kepentingan Cincin dan tajuk The Lord of the Rings masih belum muncul sehinggalah Musim Bunga 1938. Pada asalnya, beliau merancang untuk menulis kisah lain iaitu Bilbo kehabisan hartanya dan ingin mengembara lagi untuk mencari yang lain; tetapi beliau teringat akan cincin dan kuasanya lalu memutuskan untuk menulis tentangnya. Beliau memulakan dengan Bilbo sebagai watak utama tetapi beliau memutuskan yang cerita tersebut terlalu serius untuk watak yang Hobbit yang gemarkan lawak lalu Tolkien menggunakan ahli keluarga Bilbo yang lain. Beliau terfikir untuk mencipta watak Bilbo tetapi muncul pula persoalan seperti — Di mana isterinya? Kenapa Bilbo sanggup membiarkan anaknya pergi ke tempat bahaya? — maka beliau mencari watak lain untuk membawa cincin tersebut. Dalam legenda Yunani, lazimnya anak saudara hero akan menerima barang berkuasa, lalu si Hobbit Frodo pun wujud.

Menulis adalah lambat menurut sifat kesempurnaan Tolkien dan sering terganggu dengan kerja akademik dan tugasnya sebagai pemeriksan kertas peperiksaan, Ayat pertama The Hobbit sebenarnya ditulis di atas kertas kosong yang ditinggalkan pelajarnya dalam kertas peperiksaan ketika Tolkien sedang menanda — "Di dalam lubang dalam tanah tinggalnya satu hobbit".Beliau meninggalkan The Lord of the Rings ketika 1943 dan hanya memulakan kembali pada April 1944.

Perikaian dengan penerbit Allen & Unwin menyebabkan buku tersebut ditawarkan kepada Collins pada 1950. Beliau harap agar diterbitkan bersama The Lord of the Rings, tetapi A&U tidak mahu. Selepas berhubungan dengan Collins, Milton Waldman, menyatakan yang The Lord of the Rings 'sangat perlu dipotong', lalu beliau minta mereka menerbitkan buku tersebut pada 1952. Mereka tidak melakukannya lalu Tolkien menulis kepada Allen & Unwin, mengatakan "Saya tak kisah pertimbangkan untuk menerbitkan mana-mana bahagian daripadanya ".

Penerbitan sunting

Penerbitan manuskrip Tolkien dibahagikan kepada 3 jilid akibat keadaan kekurangan kertas selepas berlalunya Perang Dunia Kedua dan untuk memastikan harga bagi keluaran pertama tidak tinggi:

  1. Persahabatan Cincin (The Fellowship of the Ring): Buku I dan II,
  2. Dua Menara (The Two Towers): Buku III dan IV,
  3. Kembalinya Raja (The Return of the King): Buku V dan VI disertakan 6 lampiran.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit penundaan dari tarik asal hinggalah diterbitkan masing-masing pada 29 Julai 1954, 11 November 1954 dan 20 Oktober 1955 di United Kingdom, dan kemudian lewat sedikit di Amerika Syarikat.

Edisi Millennium British 1999 (ISBN 0-261-10387-3) set kotak 7-jilid mengikut edisi 6 buku yang dikarang Tolkien, dengan Lampiran dari penamat The Return of the King yang dijilid sebagai jilid yang berasingan. Surat Tolkien juga ada di belakang set kotak tersebut bersama CD. Sempena dengan filem yang dikeluarkan, versi baru bagi edisi yang popular ini menyertakan sekali imej dari filem, seperti:

  • I - Frodo memanjat tangga ke Bag-end
  • II - Aragorn dan Arwen di Rivendell
  • III - Gandalf di Moria
  • IV - Bot swan dari Lothlórien
  • V – Penunggang Gelap dari turutan 'Flight to the Ford'
  • VI - Menara Cirith Ungol
  • Lampiran – Tangan Frodo memegang Cincinn yang Satu

Cetakan baru (ISBN 0-007-63555-9) juga mempunyai CD. Maka, terdapat juga judulnya masing-masing seperti:

  • T Buku I: Kepulangan Bayangan (The Return of the Shadow)
  • O Buku II: Persahabatan Cincin (The Fellowship of the Ring)
  • L Buku III: Pengkhianatan Isengard (The Treason of Isengard)
  • K Buku IV: Perjalanan ke Mordor (The Journey to Mordor)
  • I Buku V: Peperangan Cincin (The War of the Ring)
  • E Buku VI: Kepulangan Raja (The Return of the King)
  • N Lampiran

Judul Kepulangan Bayangan, Pengkhianatan Isengard and Peperangan Cincin telah digunakan oleh Christopher Tolkien dalam The History of The Lord of the Rings. Sesetengah lokasi dan watak diinspirasikan oleh zaman kanak-kanak Tolkien.

Adaptasi sunting

Filem sunting

Tiga filem telah diadaptasi dari buku tersebut:

Usaha awal sunting

Hak ke atas The Lord of the Rings telah dipegang oleh Walt Disney selama sepuluh tahun tetapi syarikat Disney tidak berbuat apa-apa. Terdapat rancangan untuk the Beatles membuat versi The Lord of the Rings tetapi tidak mendatangkan hasil. Pada 1977, studio Rankin-Bass menerbitkan filem adaptasi The Hobbit beserta rancangan animasi bagi televisyen.

Filem animasi sunting

 
The Lord of the Rings arahan Ralph Bakshi

Pada 1978, selepad Rankin-Bass menerbitkan filem animasi televisyen The Hobbit, Saul Zaentz menerbitkan adaptasi animasi The Fellowship of the Ring dan bahagian The Two Towers. The Lord of the Rings Part 1 (kemudian J.R.R. Tolkien's The Lord of the Rings), pada asalnya dilancarkan oleh United Artists arahan Ralph Bakshi menggunakan teknologi rotoskop.

Filem tersebut adalah bahagian pertama daripada apa yang dirancang asalnya adalah adaptasi dua bahagian di mana bahagian ini ditamatkan selepas pertarungan Helm's Deep, tetappi sebelum Sam, Frodo dan Gollum merentasi Paya Maut, dan Bahagian II menyambungkan kejadian selepas itu. Dengan bajet minimum AS$8 juta, filem tersebut mengaut keuntungan lebih dari AS$30 juta. Walau bagaimanapun, United Artists melihat filem tersebut sebagai suatu projek yang tidak berjaya dan enggan menaja Bahagian II, perkara tersebut membuka peluang buat Rankin-Bass melakukan kerjanya sendiri dengan versi animasi televisyen 1980 The Return of the King.

Filem New Line Cinema sunting

Miramax Films mengembangkan adaptasi yang penuh aksi bagi The Lord of the Rings, dengan Peter Jackson sebagai pengarahnya. Akhirnya, dengan Miramax tidak berapa senang dengan projek tersebut, Jackson diberi peluang untuk mencari studio lain untuk mengambil alih. Pada 1998, New Line Cinema mengambil alih. Ketiga-tiga filem dirakamkan serentak. Mereka banyak menggunakan imej janaan computer termasuk pertarungan besar. The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring dilancarkan pada 19 Disember 2001, The Lord of the Rings: The Two Towers pada 18 Disember 2002 dan The Lord of the Rings: The Return of the King pada 17 Disember 2003. Ketiga-tiganya memenangi Anugerah Hugo bagi Persembahan Drama (Panjang) Terbaik bagi tiap-tiap tahun.

Filem adaptasi Jackson tersebut telah mendapat tujuh belas Oscars, empat bagi The Fellowship of the Ring, dua bagi The Two Towers, dan sebelas bagi The Return of the King; yang melibatkan banyak kategori anugerah. Malah, The Return of the King memenangi semua kategori yang dicalonkan termasuklah Filem Terbaik. Dengan 30 pencalonan, trilogy filem ini telah menjadi filem yang paling banyak pencalonan dalam sejarah Anugerah Akademi, melepasi siri The Godfather sebanyak 28. 11 Oscar pada malam Anugerah Akademi yang ke-76 pada 2004 itu menyaksikan filem The Return of the King seri dengan Titanic enam tahun sebelumnya dan filem 1959, Ben-Hur. Ia juga mecatatkan rekod "sapu bersih" dengan menewaskan Gigi dan The Last Emperor (yang menang 9 dari 9 kategori). Filem tersebut juga mencatatkan sejarah dalam mengaut keuntungan kasar pada pembukaan hari Rabu dan filem kedua selepas Titanic yang mengaut lebih AS$1 billion seluruh dunia.

Penerbitan drama pentas sunting

Tiga adaptasi penuh The Fellowship of the Ring (2001), The Two Towers (2002), dan The Return of the King (2003) telah dipentaskan di Cincinnati, Ohio. Produksi pertamanya gagal kerana masalah kewangan. Walau bagaimanapun, sekuelnya menerima sambutan yang baik. Ketiga-tiga adaptasi tersebut ditulis oleh Blake Bowden, dan orkestra penuh dikarang oleh calon Grammy Steve Goers dan grafiknya dibuat oleh Jay Nungesser (inspired by Tolkien's original artwork). Aretta Baumgartner mengarahkan kerja patung dan dianugerahkan Anugerah Hiburan Cincinnati bagi penampilan Gollum. Kemudian diarahkan oleh pelakon, pengarah dan ahli koreografi Gina Cerimele-Mechley. Ketiga-tiganya disahkan oleh Persatuan Hobbit Amerika (The American Hobbit Association) dan diterima oleh Tolkien Enterprises.

Penerbit teater London, Kevin Wallace dan rakannya, Saul Zaentz, mewakili Tolkien Estate, dengan kerjasama pemilik teater, David Mirvish dan pempromosi konsert Michael Cohl, juga menerbitkan teater muzikal yang diadaptasi dari The Lord of the Rings yang melibatkan 55 orang pelakon dan membelanjakan hampir 30 juta dolar Kanada (AS$26.9 juta). Persembahan tersebut ditulis oleh Shaun McKenna and Matthew Warchus, dengan muzik karangan A. R. Rahman dan Värttinä, bersama Christopher Nightingale. Pengarahnya adalah Matthew Warchus; koreografi pula oleh Peter Darling; set dan rekaan kostum pula oleh Rob Howell. Penerbitan tersebut bermula pada 4 Februari 2006, dan tayangan bagi akhbar pada 23 Mac 2006 di Princess of Wales Theatre, Toronto, sehari sebelum tayangan perdana.

Permainan sunting

Terdapat permainan Kad Terkumpul dan pelbagai permainan video yang mengambil tempat di Bumi-tengah, dan watak dari The Lord of the Rings.

Dari buku, telah banyak permainan video yang dihasilkan selama dua dekad ini Pertama sekali pada 1982 cabaran teks The Hobbit. Oleh kerana mendapat tarikan, beberapa permainan yang hampir sama dikeluarkan pada dekad yang sama seperti Melbourne House's Lord of the Rings, Shadows of Mordor, War in Middle-earth dan juga Interplay's Lord of the Rings Vol. 1 dan Lord of the Rings Vol. 2. Oleh kerana kepopularan buku tersebut merudum, tiada permainan video The Lord of the Rings yang dikeluarkan sejak 1991 hingga filem dikeluarkan pada 2001-2003.

Electronic Arts memperoleh lessen bagi filem manakala Sierra Entertainment memperoleh lesen untuk mengeluarkan permainan berdasarkan buku dari Tolkien Enterprises. Hasilnya, EA menghasilkan adaptasi bagi The Two Towers dan The Return of the King, manakala Sierra menghasilkan "trilogi lengkap" bagi permainan. Kebanyakan maklum balas memberikan komen yang biasa kepada mereka walaupun Peter Jackson mengkritik EA kerana mengabaikannya ketika proses tersebut dan mengumumkan yang beliau tidak gembira dengan kualitinya.

Bacaan lanjut sunting

  • (Inggeris) Carpenter, Humphrey (2000). J. R. R. Tolkien: A Biography, Houghton Mifflin. ISBN 0-618-05702-1
  • (Inggeris) Ready, William (1981). The Tolkien Relation, New York: Warner Bukus. ISBN 0-446-30110-8

Pautan Luar sunting

Laman rasmi
Ensiklopedia
Berita dan lama peminat
Biasiswa dan analisis
Maklumat