Lori Lightfoot

Lori Elaine Lightfoot (lahir pada 4 Ogos 1962) adalah seorang peguam dan ahli siasah Amerika Syarikat. Beliau merupakan Datuk Bandar Chicago ke-56 sejak dipilih dalam pilihan raya pada 2 April 2019. Lightfoot juga adalah wanita Afrika-Amerika pertama dan individu LGBT pertama yang terpilih untuk jawatan tersebut.[3]

Lori Lightfoot
Lori Lightfoot D5 p2fKXoAArRkZ.jpg
Datuk Bandar Chicago ke-56
Memegang jawatan
20 Mei 2019
TimbalanTom Tunney
Didahului olehRahm Emanuel
Butiran peribadi
Lahir (1962-08-04) 4 Ogos 1962 (umur 58)
Massillon, Ohio, U.S.
Parti politikDemokratik[1][2]
PasanganAmy Eshleman
Anak-anak1
PendidikanUniversiti Michigan (BA)
Universiti Chicago (JD)
Tandatangan

Kehidupan awalSunting

Lightfoot dilahirkan di Massillon, Ohio. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Michigan, Ann Arbor dan Universiti Chicago. Beliau pernah bekerja untuk ahli Kongres Ralph Regula dan Barbara Mikulski.

Kerjaya undang-undangSunting

Lightfoot mempunyai beberapa pekerjaan berbeza semasa bekerja untuk pemerintah di Chicago.Beliau pernah menjadi Ketua Kakitangan dan Peguan Am Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Kecemasan Chicago (OEMC). Beliau juga pernah menjadi Timbalan Pertama di Jabatan Perkhidmatan Pemerolehan Chicago. Lightfoot adalah Presiden Lembaga Polis Chicago dan Ketua Pasukan Petugas Kebertanggungjawaban Polis Chicago.

Sebagai seorang peguam, beliau juga pernah bekerja untuk Rakan Kongsi Ekuiti Kanan di Kumpulan Penyelesaian Litigasi & Konflik di Mayer Brown LLP.[4]

Datuk Bandar ChicagoSunting

KempenSunting

Pada 10 Mei 2018, Lori Lightfoot mengumumkan pencalonannya untuk Datuk Bandar Chicago dalam pilihan raya datuk bandar 2019.[5] Lightfoot merupakan calon lesbian terbuka pertama dalam sejarah Chicago.[6] Beliau bersama-sama dengan Toni Preckwinkle, mara ke pemilihan akhir pada 2 April.[7] Beberapa aktivis menentangnya menjadi datuk bandar kerana beliau bekerja bersama dengan polis.[8]

Pada 2 April 2019, Lori Lightfoot memenangi pilihan raya tersebut, menjadi wanita Afrika-Amerika dan individu lesbian terbuka pertama yang terpilih menjadi datuk bandar Chicago.[9] Beliau mendapat 77% undi manakala Preckwinkle memperoleh 23%.

TempohSunting

Lightfoot memegang jawatan pada 20 Mei 2019.[10] Beberapa hari kemudian, Lightfoot memilih Tom Tunney sebagai Naib Datuk Bandar.[11] Orang ramai terus membantahnya, terutama semasa gerakan Black Lives Matter menjadi lebih besar setelah George Floyd terbunuh.[12]

Kehidupan peribadiSunting

Lightfoot menetap di kejiranan Logan Square di North Side, Chicago[13] dan berkahwin dengan Amy Eshleman. Mereka mempunyai anak perempuan angkat bernama Vivian yang berusia sebelas tahun ketika Lightfoot terpilih.[14]

RujukanSunting

  1. ^ "The Latest: Lightfoot says election is a movement for change" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 2 April 2019. Dicapai pada 3 April 2019 – melalui The Washington Post.
  2. ^ "New Face and Longtime Politician Vying for Chicago Mayor" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 1 April 2019. Dicapai pada 3 April 2019 – melalui WTTW.
  3. ^ "Chicago elects Lori Lightfoot as first gay and first black female mayor in city's history" (dalam bahasa Inggeris). USA Today. 4 April 2019.
  4. ^ Dardick, Hal. "Lightfoot on Emanuel challenge: She'll be progressive candidate who makes City Hall serve everyone". chicagotribune.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Lori Lightfoot running for Chicago mayor". ABC7 Chicago (dalam bahasa Inggeris). 10 Mei 2018. Dicapai pada 21 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Staff, GoPride com News. "Lightfoot to become first openly lesbian candidate for Chicago mayor". ChicagoPride.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 January 2019.
  7. ^ "Live updates: Bill Daley concedes in Chicago mayoral race, as Lori Lightfoot and Toni Preckwinkle emerge from crowded field". The Chicago Tribune (dalam bahasa Inggeris). 26 Februari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ Donovan, Lisa. "The Spin: Activists against Lightfoot | Four years after Rahm vs. Chuy | Police plan Foxx protest". chicagotribune.com (dalam bahasa Inggeris). The Chicago Tribune. Dicapai pada 27 Oktober 2020.
  9. ^ CNN, Madison Park dan Steve Almasy. "The first African-American female mayor in Chicago history will be Lori Lightfoot". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2019.
  10. ^ Silets, Alexandra (17 September 2018). "Could Another Daley Become Mayor of Chicago?". WTTW News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2019.
  11. ^ Spielman, Fran (17 Mei 2019). "Lightfoot shakes up the City Council" (dalam bahasa Inggeris). Chicago Sun-Times. Dicapai pada 2 Februari 2020.
  12. ^ CNN, Madeline Holcombe, Brad Parks dan Ryan Young. "Chicago protesters rally at mayor's house a day after clashes with police". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Oktober 2020.
  13. ^ "Lori Lightfoot: A Potential Mayor Out of a Logan Square Resident". LoganSquarist (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2019.
  14. ^ https://chicago.suntimes.com/columnists/lori-lightfoot-plans-to-tap-lgbt-voting-bloc-to-make-history-and-reach-city-hall/