Mitsubishi Triton, salah satu model lori pikap.

Lori pikap atau dipanggil trak pikap merupakan sejenis lori ringan dengan ruang kargo terbuka di bahagian belakang dan ruang kabin berasingan di hadapan.[1] Di Malaysia, maksud pikap yang difahami kebanyakan ialah apa saja kenderaan yang mempunyai ruang kargo terbuka di belakang tidak kira sama ada bentuk kereta seperti Proton Arena atau 4x4 (disebut four-by-four) seperti Toyota Hilux.[1] Ia banyak digunakan untuk kegunaan komersial, tetapi sejak akhir-akhir ini lori pikap semakin menarik perhatian pengguna bukan komersial sebagai kenderaan gaya hidup berikutan reka bentuk model-model terkini yang semakin menarik, seperti Isuzu D-Max, Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Ford Ranger dan Nissan Navara. Di Malaysia lori pikap tidak memerlukan pemandu memiliki lesen memandu kelas E (kenderaan berat), memadailah dengan lesen kelas D (kereta) sahaja.

Sejarah lori pikap bermula dengan penciptaan lori pikap berasaskan Ford Model T pada tahun 1925.

RujukanSunting

  1. ^ a b "Segalanya Pikap [SIRI 1]: Pikap, Trak atau Trak Pikap? Terma Asas yang Perlu Anda Tahu". www.pandulaju.com.my. 2016-02-23. Dicapai pada 2020-02-20.