Lorong motosikal merujuk kepada lorong khas motosikal di jalan raya atau lebuh raya. Ia dibina bertujuan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di kalangan penunggang motosikal di Malaysia. Lebuhraya Persekutuan adalah laluan pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan lorong motosikal.

Ciri-ciri lorong motosikal

sunting
 
Di Indonesia, lorong pengumpul di tepi lebuh raya turut berfungsi sebagai lorong motosikal seperti contoh di Jakarta Pusat.

Di Malaysia, lorong motosikal di lebuh raya adalah diasingkan sepenuhnya daripada aliran utama kenderaan. Secara kasarnya, lebar bagi lorong motosikal adalah lebih kurang separuh daripada lebar lorong di lebuh raya (lebih kurang 2 ~ 3 meter). Lebuh raya yang dilengkapi dengan lorong motosikal adalah Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Lebuhraya Koridor Guthrie dan beberapa laluan utama di Putrajaya.

Sepanjang lorong motosikal biasanya ditempatkan tempat berteduh daripada hujan, biasanya terletak di bawah jejambat, tetapi terdapat juga pondok khas untuk berteduh.

Sesetengah laluan persekutuan juga turut dilengkapi dengan lorong motosikal. Tidak seperti lorong motosikal di lebuh raya, lorong motosikal di jalan-jalan persekutuan hanya dipisahkan daripada laluan utama oleh jalur belang hitam-putih sahaja, membolehkan penunggang memotong motosikal yang lebih perlahan serta keluar dari lorong motosikal untuk membelok ke kanan.

Di Indonesia pula, secara umumnya motosikal tidak dibenarkan melalui lebuh raya (dipanggil sebagai jalan tol di Indonesia). Walau bagaimanapun, sesetengah lebuh raya di kawasan bandar raya seperti di Jakarta menyediakan lorong pengumpul yang turut berfungsi sebagai lorong motosikal.

Kritikan

sunting

Walaupun reka bentuk lorong motosikal di laluan persekutuan dianggap memadai, lorong motosikal di lebuh raya telah menerima beberapa kritikan daripada pengguna dan pemerhati industri, khususnya berkaitan aspek keselamatan dan penyelenggaraan.

Antara isu yang sering dibangkitkan termasuk:

  • Kelebaran lorong yang terhad: menyebabkan sukar bagi ambulans untuk memasuki kawasan tersebut sekiranya berlaku kemalangan, selain menyukarkan penunggang untuk memotong kenderaan lain.[1]
  • Reka bentuk susur keluar dan masuk yang sempit: yang memerlukan penunggang memberikan perhatian penuh kepada laluan sekeliling sebelum keluar atau masuk ke lorong, sekali gus meningkatkan risiko pelanggaran daripada kenderaan lain.[2]
  • Selekoh tajam di kawasan persimpangan bertingkat: yang boleh menjadi bahaya jika diambil pada kelajuan melebihi 35 km/j.
  • Keadaan lorong yang tidak diselenggara dengan baik: termasuk kewujudan lubang, pasir, serta pencahayaan yang tidak mencukupi, yang boleh membahayakan pengguna.[3]
  • Risiko keselamatan pengguna, terutamanya pada waktu malam: berikutan lorong motosikal yang sunyi dan terasing daripada aliran trafik utama, yang meningkatkan kemungkinan kejadian jenayah.[4]
  • Insiden penaburan paku oleh sindiket: yang dilaporkan menipu penunggang dengan mengenakan caj pembaikan tayar yang tidak munasabah selepas tayar mangsa pancit akibat paku.[4]

Kritikan-kritikan ini telah mendapat perhatian pihak berkuasa dan mencetuskan perbincangan mengenai keperluan penambahbaikan lorong motosikal di lebuh raya.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Laluan Motosikal Tak Ikut Spesifikasi Dunia – Lando - Berita Kereta | Carlist.my". Carlist.my - Portal Automotif No.1 di Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 2025-06-02.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Lorong motosikal masuk, keluar plaza tol sempit, tidak praktikal". Careta (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-29. Dicapai pada 2025-06-02.
  3. ^ AbangNara (2016-12-07). ""Lebuh Raya Di Malaysia Tak Mesra Penunggang Motosikal" – Fomca". Beautifulnara -Terkini dan Sensasi | Beautifulnara -Terkini dan Sensasi, Gosip, Berita, Informasi & Video Viral Selebriti Malaysia Tempatan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-02.
  4. ^ a b Squall-shinoda (2016-09-01). "Blog Jalan Raya Malaysia (Malaysian Highway Blog): Lebuh Raya ke Neraka: Reviu lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan FT2 oleh BJRM & Brotherhood / Highway to Hell: Federal Highway FT2 motorcycle lane review by BJRM & Brotherhood". Blog Jalan Raya Malaysia (Malaysian Highway Blog). Dicapai pada 2025-06-02.

Pautan luar

sunting