Lotte Corporation

(Dilencongkan dari Lotte)

Lotte Corporation (Hangul롯데 그룹), ialah konglomerat multinasional Jepun dan Korea. Lotte memulakan sejarahnya pada 28 Jun 1948 di Tokyo oleh ahli perniagaan Jepun-Korea Shin Kyuk-ho. Shin memperluaskan Lotte ke negara leluhurnya, Korea Selatan dengan penubuhan Lotte Confectionery di Seoul pada 3 April 1967. Lotte akhirnya berkembang menjadi konglomerat perniagaan kelima terbesar di Korea Selatan.[2]

Lotte Corporation
Nama asli
  • ロッテグループ 롯데 그룹
Dinamakan sempenaCharlotte Buff Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiKRX: 004990
IndustriKonglomerat
PendahuluLotte Confectionery
Ditubuhkan24 Mac 1967; 57 tahun yang lalu (1967-03-24)
PengasasShin Kyuk-ho
Ibu pejabatDaerah Songpa, Seoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatan
Tokoh penting
  • Shin Kyuk-ho
  • Shin Dong-bin
Perkhidmatan
Hasil67,418,470 juta[1] (2011)
Pendapatan kendalian
  • ₩3,639,000,000,000 (2014)
  • ₩5,626,487,000,000 (2011)[1]
Pendapatan bersih₩3,289,570 juta[1] (2011)
Bilangan kakitangan60,000 Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukLotte Holdings Sunting ini di Wikidata
Anak syarikat
  • Lotte Confectionery
  • Lotte Shopping
  • dsb.
Tapak webwww.lotte.co.kr
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Lotte Corporation
Nama bahasa Korea
Hangul롯데 그룹

Lotte terdiri daripada lebih daripada 90 unit perniagaan yang mempekerjakan 60,000 orang yang terlibat dalam pelbagai industri seperti pembuatan gula-gula, minuman, hotel, makanan segera, peruncitan, perkhidmatan kewangan, bahan kimia berat, elektronik, IT, pembinaan, penerbitan dan hiburan. Lotte menjalankan perniagaan tambahan di China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, India, Amerika Syarikat, United Kingdom,Rusia, Filipina, Pakistan dan Poland (Lotte membeli syarikat konfeksioneri terbesar Poland, Wedel dari Kraft Foods pada Jun 2010). Hari ini, Lotte merupakan pengeluar biskut terbesar di Korea Selatan.

Sejarah sunting

Lotte ditubuhkan pada Jun 1948 di Tokyo, oleh ahli perniagaan Korea Shin Kyuk-ho, dua tahun selepas beliau tamat belajar di Sekolah Tinggi Waseda Jitsugyo (早稲田実業学校). Pada asalnya dikenali sebagai Lotte Co., Ltd, syarikat itu telah berkembang dari menjual gula-gula getah kepada kanak-kanak di pasca perang Jepun untuk menjadi sebuah syarikat multinasional utama.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "LOTTE". www.lotte.co.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-12. Dicapai pada 19 August 2017.
  2. ^ "Chaebol rankings seesaw over 2 decades". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-19.

Pautan luar sunting