Lotte Chemical Titan

Lotte Chemical Titan Holdings Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Titan Chemicals Corp. Bhd.) ialah sebuah syarikat pengeluar petrokimia (olefin) dan polimer (poliolefin) berintegrasi yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan pengeluar poliolefin yang kedua terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini diasaskan sebagai usaha sama di antara Datuk T.T. Chao daripada Chao Group International dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui anak syarikatnya, PNB Equity Resources Corporation (PERC).[1]

Lotte Chemical Titan Holdings Sdn. Bhd.
Nama dahuluTitan Chemicals Corp Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSendirian Berhad
IndustriKimia, pengilangan
Ditubuhkan1989; 35 tahun yang lalu (1989)
Ibu pejabat6th Floor, Bangunan Malaysian Re, No. 17, Lorong Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingLee Dong-Woo, Presiden & CEO
Keluaranplastik
PemilikLotte Chemical Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan1,000
Syarikat indukLotte Chemical Corporation
Tapak webwww.lottechem.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Logo Titan Chemicals

Titan Chemicals membina kilang pertamanya di Pasir Gudang, Johor pada tahun 1989. Kini, syarikat ini mempunyai lapan kilang pemprosesan yang berintegrasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di Johor yang mempunyai kapasiti keluaran sehingga 2,000,000 MTA untuk olefin, polyolefin dan produk-product berkaitan.

Poliolefin Titan Chemicals, yang terdiri daripada polietilena (PE) and polipropilena (PP), termasuk diguna oleh pelanggan-pelanggan konsumer dan perindustriaan. Kegunaannya termasuk:

Poliolefin menggantikan bahan-bahan biasa seperti logam, kaca, kertas dan kayu.

Rujukan sunting

  1. ^ "Founding Shareholders". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2012. Dicapai pada 24 July 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting