Lotus 2-Eleven
Lotus 2 Eleven
Maklumat
PengilangLotus Cars
Pengeluaran2007–sekarang
Reka letakRMR
Enjin1.8 L 2ZZ-GE 4 sebaris dengan pengecas super
PenghantaranManual 6 kelajuan
Jarak roda2300 mm
Panjang3822 mm (kereta jalanan)
Lebar1735 mm
Tinggi1112 mm
Berat Curb670 kg (kereta jalanan)
BerkaitLotus Elise
Lotus Exige
Lotus 2-Eleven di Pertunjukan Kereta Tokyo.

Lotus 2-Eleven merupakan sebuah kereta yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta British, Lotus. Ia berasaskan model Lotus Exige S, maka ia turut menggunakan enjin 2ZZ-GE dilengkapi pengecas super yang sama. Dengan berat 670 kg dan kuasa enjin 252 bhp, model 2-Eleven memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 241 km/j.[1] Dibina sebagai kereta kegunaan litar, ia berharga £39,995 (di UK) manakala tambahan £1,100 diperlukan untuk menjadikan kereta tersebut dibenarkan untuk digunakan di atas jalan raya.

Sedikit perbezaan antara versi litar dengan versi jalanan ialah kereta versi litar lebih panjang sedikit, iaitu 3872 mm[2] serta lebih ringan iaitu 666 kg[1].

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Performance Data". Group Lotus PLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-03-12.
  2. ^ "Dimensions". Group Lotus PLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-03-12.

Pautan luar sunting