Love, Supermoon merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2015 arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan Grand Brilliance Ia dibintangi Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini dan Anne Ngasri. Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) selama 20 tahun yang penuh dengan suka duka. Ia memaparkan saat-saat penting kehidupan seperti cinta monyet zaman persekolahan, konvokesyen, kerja, alam berumah tangga dan seterusnya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 22 Oktober 2015.

Love, Supermoon
PengarahWan Hasliza Wan Zainuddin
PenerbitTengku Iesta Tengku Alaudin
Lakon layar olehWan Hasliza Wan Zainuddin
Cerita olehWan Hasliza Wan Zainuddin
Dibintangi oleh
Muzik olehKuncidemak
Disunting olehJohan Bahar
Anand R
Syarikat
penerbitan
PengedarPrimeworks Studios
Mula ditayangkan
22 Oktober 2015
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1 Juta[1]
Pecah panggungRM 336,362.15[2]

PlotSunting

Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) yang menjadi abang dan adik angkat dalam masa yang singkat ketika menemani rakan masing-masing Nina (Rita Rudaini)) dan Sulayman (Zain Hamid) bertemu janji ketika zaman persekolahan. Namun menginjak dewasa, Razak dan Triz saling tidak bertegur sapa dan hanya mengetahui perkembangan masing-masing melalui Nina dan Sulayman yang berkahwin selepas Nina selamat bergraduasi.Razak, merupakan seorang doktor, yang tidak mengetahui dan tidak yakin akan apa yang dia mahu dalam hidupnya.Dia merupakan seorang ‘playboy’ yang sering bertukar–tukar pasangan dan tidak berhasrat untuk berkahwin seperti rakan–rakannya yang lain.

Triz pula bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat penerbitan.Triz pernah bercinta dengan pelajar Master UK, Fakrul (Zain Saidin), namun jarak memisahkan meerka.Triz telah memasangkan Tiha dengan bapa saudaranya yang baharu sahaja kematian isteri, Ayah Cu (Razak Hamdan). Dia kemudiannya bercinta pula dengan Azman (Azhar Sulaiman), seorang kerani di tempat kerja yang sama.Azman dianggap tidak sesuai untuk Triz oleh Nina dan Tiha (Anne Ngasri). Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.Konflik berlaku menyebabkan Triz meningalkan Azman.

Razak telah mengahwini Nora (Diana Johor), seorang pramugari yang cantik.Mereka telah membuka sebuah klinik bersama-sama. Namun, dek kerana kegagalan Razak untuk keluar dari lembah nafsunya, dia dan Nora telah bercerai kerana orang yang ketiga. Razak dan Triz bertemu dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.Triz telah berhenti kerja dan menjadi seorang penulis. Triz dan Razak mulai menyemai semula bibt-bibit persahabatan namun begitu, Razak kembali mencari wanita cantik yang lain. Triz, yang kecewa, membawa diri ke Johor Bahru dan bercinta dengan anak rakan ibunya.

Nina dan Sulayman kemalangan menyebabkan Razak dan Triz bertemu semula. Selepas mereka melihat fenomena Supermoon, mereka mulai sedar bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain. Mereka bertemu semula disekolah lama mereka.


PelakonSunting

 
Farid Kamil memegang watak sebagai Razak dalam filem ini.

PenerbitanSunting

Filem ini merupakan filem pertama lakonan Nadiya Nisaa dan filem romantik pertama Wan Hasliza. Proses penulisan skrip telah bermula pada tahun 2010.[3] Penerbitan filem ini telah dilakukan di bulan Ramadhan 2012 di sekitar Kuala Lumpur.[4] Zain Hamid dan Rita Rudaini mengakui faktor skrip menyebabkan mereka berdua bersetuju untuk melakonkan pasangan suami isteri di dalam filem ini.[5][6] Tajuk asal filem ini ialah Pengapit sebelum ditukar kepada Love, Supermoon. Proses pasca-produksi filem ini mengambil masa tiga tahun.[7]

TayanganSunting

Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan pada 21 Oktober 2015 di Cathay eCurve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 22 Oktober 2015.Selepas 21 hari ditayangkan di pawagam, filem ini hanya berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 336,362.15.

Ulasan kritikalSunting

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif.Aqmar Mustaza dari Sinar Harian dan Nazri Ahmadeus dari portal hiburan, Backstage.my memuji lakonan Nadiya Nisaa sebagai Triz.[8][9]Hafizan Mohd dari portal kehidupan, Stail.my pula memberi rating 3.5 dari 5.[10]

Anugerah dan pencapaianSunting

Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-28 Pengarah Terbaik Wan Hasliza Wan Zainudin Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Nadiya Nisaa Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anne Ngasri Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016 Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin, Mohamad Anizan Sarif dan Shah Hassan Dicalonkan
Pengarah Terbaik Wan Hasliza Wan Kamarudin Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Nadiya Nisaa Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anne Ngasri Dicalonkan
Anugerah Skrin 2016 Filem Terbaik Wan Hasliza Dicalonkan
Pengarah Terbaik (Filem) Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Menang
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Nadiya Nisaa Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Anne Ngasri Dicalonkan

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "'Love, Supermoon' filem romantik Grand Brilliance". Perak Today. Dicapai pada 2016-09-05.
  2. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE". FINAS. Dicapai pada 2016-09-05.
  3. ^ Dzulkifly, Siti Athirah. "Love, Supermoon yang di depan mata". Utusan Malaysia.
  4. ^ Ab Rahman, Farhana. "Filem Love, Supermoon berjaya hiburkan penonton". Berita Harian.
  5. ^ Mohamad, Zaidi. "Rita masih menyendiri, teruja dalam lakonan Love, Supermoon". Berita Harian.
  6. ^ (Inggeris)Naseer, Ashraf. "Zain Hamid: "Love, Supermoon" reminds me of school life". Cinema.com.my. Dicapai pada 2016-09-05.
  7. ^ Fuad, Farhana. "Love, Supermoon Bersaing Dengan Polis EVO". EH!. Dicapai pada 2016-09-05.
  8. ^ Mustaza, Aqmar. "Love, Supermoon, santai & menghiburkan". Sinar Harian.
  9. ^ "LOVE, SUPERMOON". Dicapai pada 2016-09-05.
  10. ^ "REVIEW: LOVE, SUPERMOON". Stail.my. Dicapai pada 2016-09-05.

Pautan luarSunting