Love Hard merupakansebuah filem komedi romantik Amerika Syarikat tahun 2021 yang diarahkan oleh Hernán Jiménez serta ditulis oleh Danny Mackey dan Rebecca Ewing. Filem yang dibintangi oleh Nina Dobrev, Jimmy O. Yang dan Darren Barnet ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang pergi menjejaki lelaki yang dicintainya dalam talian semasa Krismas, tetapi mendapati dia telah ditipu.

Love Hard diterbitkan oleh Wonderland Sound and Vision, dan difilemkan di Vancouver dari Oktober hingga November 2020. Filem ini telah disiarkan oleh Netflix pada 5 November 2021.

Plot sunting

Natalie Bauer ialah penulis kolum janjitemu Los Angeles yang sering menulis berkaitan janji temu malapetaka yang dia temui melalui aplikasi janji temu . Selepas memutuskan untuk mengembangkan radius carian, Natalie telah dipadankan dengan seorang lelaki bernama Josh Lin dan membentuk hubungan yang rapat dengannya melalui panggilan telefon yang panjang. Dia memutuskan untuk pergi ke kampung halaman Josh di Lake Placid, New York untuk membuat kejutan sempena Krismas. Natalie juga berjanji kepada bosnya ini akan menjadi penamat kepada bencana janji temunya. Bagaimanapun, dia kemudian mendapati bahawa dia telah ditipu oleh Josh, yang menggunakan gambar lelaki lain. Natalie marah, tetapi mengetahui bahawa lelaki yang gambar Josh adalah Tag Abbott iaitu bekas rakan Josh yang tinggal di bandar yang sama. Josh menawarkan untuk merapatkan mereka jika dia berpura-pura menjadi teman wanitanya semasa cuti, dan Natalie bersetuju untuk tinggal bersama keluarga Lin.


Pelakon sunting

  • Nina Dobrev sebagai Natalie Bauer
  • Jimmy O. Yang sebagai Josh Lin
  • Darren Barnet sebagai Tag
  • Harry Shum Jr. sebagai Owen Lin
  • Althea Kaye sebagai Nenek June Lin
  • James Saito sebagai Bob Lin
  • Rebecca Staab sebagai Barb Lin
  • Matty Finochio sebagai Lee
  • Heather McMahan sebagai Kerry
  • Mikaela Hoover sebagai Chelsea Lin
  • Sean Depner sebagai Chip

Rujukan sunting