Love You Mr. Arrogant

Love You Mr. Arrogant ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Eoon Shuhaini, adaptasi dari novel 2011 dengan judul sama nukilan Aliesha Kirana terbitan Karya Seni.[1] Siri ini disiarkan di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 25 September 2013 hingga 7 November 2013, menggantikan Cinta Jannah.[2] Dibintangi oleh Zara Zya dan Azlee Khairi, drama ini mencatat sejarah tersendiri apabila mengumpul jumlah penonton keseluruhan seramai 4.6 juta sepanjang siarannya.[3][4]

Love You Mr. Arrogant
Poster Love You Mr. Arrogant.jpg
GenreDrama, komedi, romantik
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Aliesha Kirana
PenciptaAliesha Kirana
Ditulis olehPGR'S Team
Lee Chonz
Chinta Nadeesha
Mahbob
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Zara Zya
Azlee Khairi
Lagu pembukaan"Tetap Menanti" oleh Nomad
Lagu penutup"Tetap Menanti" oleh Nomad
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal25 September 2013 – 7 November 2013
Kronologi
MengikutiCinta Jannah
Diikuti olehPlayboy Itu Suami Aku

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5]

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.

Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.

Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.

Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.

Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.

Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Pelakon kanak-kanakSunting

  • Adik NurFateha Iman sebagai Dania
  • Adik Adam Iman sebagai Danish

Runut bunyiSunting

Lagu tema drama ini, "Tetap Menanti" dipersembahkan oleh Nomad.

No. TajukArtis Masa
1. "Tetap Menanti"  Nomad 3:24
Jumlah masa:
3:24

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (24 September 2013). Drama bersiri Love You Mr. Arrogant Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Februari 2014.
  2. ^ ‘Love You Mr. Arrogant’ gantikan Cinta Jannah mulai hari ini Rotikaya (25 September 2013). Dicapai pada 12 Februari 2014.
  3. ^ "Finale Love You Mr. Arrogant cecah 4.6 juta penonton". Sinar Harian. 8 November 2013. Dicapai pada 11 Februari 2014.
  4. ^ Drama Love You Mr. Arrogant Raih 4.6 Juta Oh! Bulan (12 November 2013). Dicapai pada 12 Februari 2014.
  5. ^ Love You Mr. Arrogant (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Jun 2018.

Pautan luarSunting

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7.00 petang
Sebelumnya Love You Mr. Arrogant Berikutnya
Cinta Jannah Playboy Itu Suami Aku