Love You Mr. Arrogant (novel)
Love You Mr. Arrogant ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Aliesha Kirana, dikeluarkan pada Mac 2012 oleh Penerbitan Karya Seni. Ia merupakan novel pertama yang ditulis oleh Aliesha, novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2013.[1][2]
Umum | |
---|---|
Pengarang | Aliesha Kirana |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Genre | Romantik |
Penerbitan | |
Penerbit | Penerbitan Karya Seni |
Tarikh penerbitan | Mac 2011 |
Jenis media | Cetakan (kulit keras) |
Halaman | 462 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9789670246185 |
Sinopsis
suntingZaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
Adaptasi
suntingDrama
suntingLove You Mr. Arrogant dikeluarkan pada 2011 oleh Penerbitan Karya Seni. Pada tahun 2013, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia dari 25 September 2013 hingga 7 November 2013 di TV3, dibintangi oleh Azlee Khairi dan Zara Zya.
Telefilem
suntingSebuah telefilem khas Aidilfitri, Love You Mr Arrogant Raya disiarkan pada 27 Julai 2014 di TV3.
Rujukan
sunting- ^ Aliesha Kirana (2011). Love You Mr. Arrogant. Penerbitan Karya Seni. ISBN 9789670246185.
- ^ Love You Mr. Arrogant by Aliesha Kirana Goodreads. Dicapai pada 31 Januari 2014.