Lu Pikir La, Nabil

Lu Pikir La, Nabil! ialah siri animasi pendek Malaysia yang dicipta oleh Nabil Ahmad, dan diterbitkan oleh Ed-Online Technologies Sdn. Bhd. dan Astro. Siri ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Nabil yang penuh dengan angan-angan, kisah persahabatan, serta kekalutan perangai orang kampung. Ia diterbitkan di saluran YouTube MeleTOP. Konsep animasi ini mengambil latar belakang kampung Nabil iaitu Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan. Ia turut mengetengahkan dialek tempatan sebagai perantara dialog utama. Nama dan watak-watak di dalam siri animasi ini juga mengambil inspirasi dari kehidupan kanak-kanak Nabil.

Lu Pikir La, Nabil
GenreKomedi
Format1080i
PenciptaNabil Ahmad
Dibangunkan oleh
Ed-Online Technologies
dan Astro
Ditulis olehNabil Ahmad
Ila Maarof
PengarahNabil Ahmad
Amin Daud (Pengarah Seni)
Syukur Majid (Pengarah Animasi)
Pelakon suara
Nabil Ahmad,
Didi,
Azizi,
Khairul,
Hakeem,
Nora
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu Negeri Sembilan
(Dialek Negeri Sembilan)
Bilangan musim2
Bilangan episod9 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyazly Sharkawi
Sim Yao Low
PenerbitTan Chiang Loong
PenyuntingElok
Tempoh siaran4 min/episod
Penyiaran
Saluran asalMusim 1
Astro Ceria
Astro Prima
Musim 2
Astro Warna
Julung kali ditayangkan di
Malaysia
Siaran asal14 Oktober 2021 – 10 November 2023
Statusmasih berakhir
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan


Mulai Mac 2022, siri animasi ini boleh ditonton di saluran YouTube khas Lu Pikir La Nabil dengan kemunculan musim ke dua, dan watak-watak baharu. Ia juga boleh ditonton di kaca TV mulai 12 Mac ini pada setiap Sabtu 3 petang di Astro Ceria & Setiap Ahad jam 3 petang di Astro Prima & mulai 7 April setiap Khamis jam 10 malam di Astro Warna.

Ringkasan sunting

Nabil, seorang kanak-kanak yang penuh dengan angan-angan menempuhi kehidupan sehariannya bersama keluarga, rakan-rakan dan kekalutan orang kampungnya.

Watak-watak sunting

Nabil

Seorang kanak-kanak yang cergas dan bersemangat. Beliau ingin menjadi adiwira demi membantu orang kampungnya.

Fahmi

Sabahat karib Nabil, sentiasa bermain bersama Nabil

Mok

Sabahat karib Nabil, sentiasa bermain bersama Nabil

Mak

Ibu kepada Nabil. Seorang ibu yang penyayang, dan gemar bertutur Bahasa Inggeris di rumahnya. Beliau merupakan Guru Bahasa Inggeris di tadika

Abah

Ayah kepada Nabil. Adakalanya beliau geram dengan perangai dan kerenah Nabil

Pak Abu

Sahabat kepada ayah Nabil. Beliau dalam diam meminati Makcik Senah

Cik Ambros

Ketua Kampung yang sentiasa curi tulang


Penerbitan sunting

Siri animasi ini diterbitkan oleh Ed-Online Technologies Sdn. Bhd. dan Astro. Ia ditayangkan melalui platform media sosial saluran MeleTOP di YouTube. Penonton boleh menonton animasi ini di pautan https://www.youtube.com/c/astromeletop/.

Episod sunting

Berikut merupakan senarai episod yang telah diterbitkan.

Senarai Episod
Episod Tajuk Tarikh Tayangan Sinopsis
001 Superhero Kampung 14 Oktober 2021 Nabil amat meminati watak adiwira Spiderman. Beliau bertindak menjadi Spenda-man sehingga menimbulkan huru hara di rumahnya.
002 Misi Mencari Labah-labah 21 Oktober 2021 Nabil meneruskan impiannya untuk menjadi Spiderman demi menolong orang. Beliau bersama Fahmi dan Mok berusaha mencari labah-labah dengan harapan dapat menjadi Spiderman sebenar. Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi, dan akhirnya Fahmi mencadangkan cara lain untuk menolong orang.
003 Serahkan Jawatan 28 Oktober 2021 Cik Ambros Ketua Kampung terlalu banyak kerja sehingga mengabaikan urusan pembaikan masjid. Nabil, Fahmi dan Mok mengikuti Cik Ambros sepanjang hari untuk mengetahui aktiviti seharian beliau.
004 Dikejar Hantu 4 November 2021 Makcik Senah meminta Pak Abu dan ayah Nabil agar membantu mencarikan anaknya Leman, pemuda yang berperangan kebudak-budakan. Pak Abu yang menyimpan hati dengan Makcik Senah berusaha mencari Leman namun usaha mereka gagal setelah dikejar hantu. Nabil, Fahmi dan Mok berjaya membongkar siapakah hantu yang menakutkan orang kampung.
001 Piah Baliklah... 7 April 2022 Semalam...Besok puasa Nabil esok puasa tapi sedih, dan Cik Ambros Sedih tapi Pak Abu esok kita polis ya. Cik Ambros ingat cari Piah tapi Nabil nak Cari Dulu, dia tak cari Piah!!. Apa tu ke Piah, Cik Ambros kesediaan Piah. Abah mana Nabil lepatu Leman cakap hutan jadi ha... Ini Cari Lagi, Pak Abu bahaya harimau. Cik Ambros mana pergi, Nabil dah Tengok Kucing, Nabil Dapat Kucing, Ini Baru Kawan.
002 Rayo Kensel Animasi ini menceritakan gambaran keterlaluan tentang zaman kanak-kanak Nabil yang membesar di kampung halamannya. Rancangan itu akan mengetengahkan dialek Negeri Sembilan dan menampilkan watak yang diilhamkan oleh kisah silam Nabil.
003 Murtabak Viral Animasi ini menceritakan gambaran keterlaluan tentang zaman kanak-kanak Nabil yang membesar di kampung halamannya. Rancangan itu akan mengetengahkan dialek Negeri Sembilan dan menampilkan watak yang diilhamkan oleh kisah silam Nabil.
004 Fitnah Akhir Zaman Animasi ini menceritakan gambaran keterlaluan tentang zaman kanak-kanak Nabil yang membesar di kampung halamannya. Rancangan itu akan mengetengahkan dialek Negeri Sembilan dan menampilkan watak yang diilhamkan oleh kisah silam Nabil.
005 Dia Dah Lama Rancang,

Kita Je Yang Lalai

Sehari Raya...
WIP
Animasi ini menceritakan gambaran keterlaluan tentang zaman kanak-kanak Nabil yang membesar di kampung halamannya. Rancangan itu akan mengetengahkan dialek Negeri Sembilan dan menampilkan watak yang diilhamkan oleh kisah silam Nabil.
Super Nabil
001 Super Jaguh Kampung? 25 Ogos 2023 Nabil ingin menyertai pertandingan Super Jaguh Kampung kerana tertarik dengan hadiah yang lumayan tetapi diperlekehkan oleh rival sejati, Budak Poser dan D'Geng.
002 Kehadiran Teman Baru 1 September 2023 Nabil membawa kucing misteri yang diberi nama Piah untuk dirawat. Kemudian, Nabil dan rakan-rakan menyertai pertandingan Super Jaguh Kampung dimana pertandingan ini dimulai dengan perlawanan bola beracun.
003 Balingan Balas Cakaran Meow! 8 September 2023 Apabila kumpulan Nabil hampir kalah, Nabil mendapat ‘super power’ secara tiba-tiba dan mengejutkan orang kampung dengan aksi yang hebat untuk melayakkan kumpulannya ke pusingan seterusnya.
004 Power, Keluarlah! 15 September 2023 Kini Nabil merasakan dia mempunyai ’super power’ tetapi dituduh penipu oleh Budak Poser dan D’Geng lalu Nabil berjanji untuk membuktikan kuasanya pada perlawanan kedua iaitu Galah Panjang.
005 Super Nabil? 22 September 2023 Nabil berjaya menunjukkan kuasanya yang semakin luar biasa sehingga orang kampung menggelarnya Super Nabil tetapi Piah pengsan secara tiba-tiba dan terbongkarlah rahsia Piah.
006 Kebenaran Datang! 29 September 2023 Budak Poser mengajak D’Geng untuk membongkar rahsia Piah dengan mencari bukti yang ada tetapi terjumpa ketua alien, Ketua Jeneral dan meraka telah membuat satu perjanjian yang melibatkan Piah.
007 Piaaahhhh!!! 6 Oktober 2023 Budak Poser dan D’Geng mula bertindak melaksanakan perjanjiannya dengan Ketua Jeneral untuk menjatuhkan Nabil ketika perlawanan konda-kondi berlangsung.
008 Jangan Putus Asa! 13 Oktober 2023 Disebabkan tindakan Budak Poser, Nabil telah kehilangan Piah dan juga kuasanya sehingga menyebabkan dia ingin tarik diri dari perlawanan tetapi dihalang oleh rakan-rakannya.
009 1.. 2.. Tarik! 20 Oktober 2023 Nabil mula bangkit untuk mengalahkan Budak Poser dan D’Geng tetapi Budak Poser menggunakan muslihat yang menyebabkan kumpulan Nabil menjadi goyah.
010 Balingan Turbo? 27 Oktober 2023 Nabil dan rakan-rakan kembali bersatu dan semangat Nabil juga mula pulih walaupun kehilangan Piah tetapi tipu muslihat serta provokasi dari Budak Poser menyukarkan mereka untuk menang.
011 Mencari Kekuatan 3 November 2023 Sikap Budak Poser yang melampau mula tidak disenangi oleh D’Geng. Mereka beralih arah dan mula menolong Nabil dan rakan-rakan dengan membawa mereka menuntut ilmu untuk perlawanan seterusnya.
012 Kuasa Kita, Adalah Kita! 10 November 2023 Disebabkan terdapat kesilapan teknikal pada hadiah yang dijanjikan, kini perlawanan bertukar dari kumpulan kepada individu dan ini menyebabkan Nabil perlu bergantung kepada usaha sendiri untuk menang.

Reaksi sunting

Penonton animasi ini memberikan reaksi positif. Terhibur, best dan kelakar antara komen yang diberikan terhadap animasi ini. Malah ada yang menyatakan ianya mengingatkan memori penonton kartun 90an suatu ketika dahulu[1]. Reaksi ini memberikan gambaran bahawa animasi ini mempunya potensi yang tinggi untuk dibangunkan dengan skala yang lebih besar.

Rujukan sunting

https://gempak.com/berita-terkini/macam-tengok-kartun-petangpetang-duludulu-netizen-puji-nabil-ahmad-lahirkan-animasi-lu-pikir-la-nabil-67522

https://bm.syok.my/lokal/terbaru-nabil-ahmad-tampil-dengan-siri-animasi-lu-

https://www.mediahiburan.my/menceritakan-kembali-zaman-kanak-kanak-dalam-siri-animasi-nabil-ahmad-tampilkan-lu-pikir-la-nabil/

https://www.astroawani.com/video-malaysia/lu-fikir-la-nabil-guna-nama-dan-watak-sebenar-1932441

https://era.je/interaktif/gosip-mossip-mak-jemah-gmmj/nabil-ahmad-hasil-karya-animasi-lu-pikir-la-nabil

https://www.keluarga.my/nabil-berkongsi-kisah-kanak-kanaknya-dalam-animasi-lu-pikir-la-nabil-rugi-tak-tengok-memang-best/