Lu Pikirlah Sendiri de Movie

Filem komedi Malaysia 2010 arahan Aminah Rhapor

Lu Pikirlah Sendiri de Movie ialah sebuah filem sulung arahan Aminah Rhapor yang ditayangkan pada 11 Februari 2010. Filem ini hasil lakonan Nabil, Mila Jirin, Puteri Sarah Liyana dan Zizan Razak.

Lu Pikirlah Sendiri de Movie
LPSdM010.jpg
Poster film Lu Pikirlah Sendiri de Movie.
PengarahAminah Rhapor[1]
PenerbitDato’ Suhaimy Othman
Dibintangi oleh
Muzik olehTaja[5]
SinematografiKhalid Zakaria
PengedarGrand Brilliance
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.73 juta[6]
Pecah panggungRM 2.15 juta[7]

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Natasya (Puteri Sarah) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri demi keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.

Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan.[9]


PelakonSunting

 
Nabil memegang watak dirinya sendiri dalam filem ini.

Runut BunyiSunting

UlasanSunting

Menurut laman web [1], mereka memberi 1 bintang bagi keseluruhan filem ini. Menurut mereka, filem ini tersasar dari genre sebenar filem tersebut. Selain itu, terlalu banyak adegan yang membabitkan band indie terkenal, Meet Uncle Hussain, dalam filem ini menimbulkan kejengkelan kepada penonton untuk melihat filem ini. Plot penceritaan yang mengelirukan mungkin akan memberi sedikit kepeningan kepada penonton. Selain itu, watak utama yang dibawakan oleh pendatang baru,Puteri Sarah Liyana sebagai Natasya, mempunyai sedikit kelemahan. Sebagai filem pertama beliau, hal ini boleh dimaafkan.

Pujian harus diberikan kepada tenaga kerja yang ingin membangunkan sebuah filem yang bermutu. Tetapi, usaha perlu dilakukan bagi melihat filem Malaysia keluar negara. Filem ini menarik perhatian ramai pihak atas segala kontroversi semasa penayangan filem tersebut.[10][sumber lebih baik diperlukan] Selain itu, pujian harus diberikan kepada Meet Uncle Hussain kerana berjaya memasukan muzik-muzik yang sedap didengar untuk penonton supaya penonton tidak bosan semasa menonton filem ini.[Penjelasan diperlukan]

KontroversiSunting

Kritikan PelakonSunting

Kontroversi tercipta apabila pelakon utama filem ini, Ahmad Nabil Ahmad mengkritik filem lakonan sendiri. Ini telah menjejaskan sesi promosi filem tersebut. Pihak syarikat penerbitan dan pengarah filem tersebut telah mengambil tindakan undang kepada beliau atas ketelanjuran kata-katanya.[11] Kesanya, beliau disaman sebanyak RM 2 juta. Hampir sama dengan hasil kutipan filem terebut.

Pergaduhan KecilSunting

Selain itu, pergaduhan pelakon utama filem ini, Puteri Sarah Liyana dengan teman lelakinya telah sedikit melonjakkan kutipan filem ini. Pihak syarikat penerbitan filem tersebut telah menasihatkan kepada para pelakon agar tidak membawa kekasih ke majlis tayangan perdana filem tersebut. Kekusutan ini telah diselesaikan oleh teman lelaki Puteri Sarah Liyana tentang perkara yang berlaku semasa majlis tayangan perdana filem tersebut.[petikan diperlukan]

RujukanSunting

Pautan luarSunting