Lu Yi (dilahirkan pada 6 Januari 1976) ialah seorang pelakon dan penyanyi China. Dia adalah lulusan Shanghai Theatre Academy pada tahun 1999. Lu memulakan kehidupan sebagai pelakon ketika berusia lima tahun. Pada tahun 1999, dia meningkat masyhur disebabkan siri TV Never Dies Content. Untuk selama beberapa tahun mendatang selepas debutnya pada tahun 1999 dalam Never Dies Content, dia mengambil bahagian dalam banyak siri TV dan filem seperti Boy&Girl,[1] Confucius, sebagainya. Lu mengahwini aktres Bo Lei (鲍蕾)[2] pada 2006. Selepas dua tahun, anak perempuan mereka dilahirkan.

Lu Yi
Nama Cina陸毅 (Tradisional)
Nama Cina陆毅 (Ringkas)
PinyinLù Yì (Mandarin)
Lahir (1976-01-06) 6 Januari 1976 (umur 48)
Shanghai, China
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1990-an-kini
PasanganBao Lei (2006-)
Anakseorang anak perempuan

Kehidupan awal sunting

Lu dilahirkan di Shanghai, dalam sebuah keluarga biasa. Kehidupannya sebagai pelakon bermula ketika dia masih kanak-kanak lagi. Bagaimana pun, dia belum terkenal pada ketika itu. Lu memegang satu watak dalam movie "Spring Ding-dong" ketika berusia lima tahun. Dari usia lima hingga 18 tahun, dia berlakon secara purata satu hingga dua movie setahun. Ketika Tingkatan Satu, Lu mula mempelajari Opera Peking dan kung fu Cina. Selepas tiga tahun, dia mengambil bahagian lebih daripada 700 buah drama. Selepas satu tempoh masa mengasah yang panjang, dia menyertai krew siri TV, Never Dies Content, pada tahun 1999. Lu menjadi salah seorang pelakon top di China.

Karier sunting

1999-2005 sunting

Untuk selama beberapa tahun mendatang selepas debutnya pada tahun 1999 dalam Never Dies Content, para audien mula mengenalinya. Tempoh masa ini merupakan tahun-tahun paling aktif dalam kehidupan karier Lu. Lu telah mengambil bahagian dalam 14 siri TV dan filem, dan semua siri TV dan filem itu menarik perhatian ramai orang di China. Dia bukan sahaja menerbitkan dua buah buku,[3][4] tetapi juga melancarkan dua buah album[5][6] dalam tempoh masa ini. Pada tahun 2004 dan 2005, Lu memenangi tempat ke-13 dan ke-11 dalam Senarai Selebriti China Forbes.[7] Movienya, Seven Swords menjadi movie pembukaan di Festival Filem Venice pada tahun 2005. Pada tahun yang sama, Seven Swords mendapat tujuh pencalonan di Kuda Emas, dan dua pencalonan di Anugerah Filem Hong Kong.

2006 sunting

Pada tahun 2006, dia mengahwini aktres Bao Lei.[8] Mereka adalah rakan sekelas ketika belajar di Shanghai Theatre Academy, dan saling mengenali lebih daripada 10 tahun.[9] Lu mengambil cuti selepas perkahwinannya.

2007-kini sunting

Lu kembali dari percutiannya pada tahun 2007, dan dia memegang watak dalam filem-filem seperti Anna&Anna, Fit Lover, Tangshan Dadizhen[10] dan sebagainya. Pada tahun 2010, movienya, The Stool Pigeon mendapat empat pencalonan di Anugerah Filem Hong Kong. Pada tahun berikutnya, satu lagi movienya, Three Kingdoms,[11] memenangi dua anugerah di Korea dan Jepun. Lu sentiasa aktif di layar perak filem dan siri TV sehingga kini.

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Judul Watak Catatan
1993 First Attraction
第一诱惑
Xiaohao
2001 Fidelity
兄弟
2002 Fall in Love at First Sight
一见钟情
Lao Bu
2004 Sex and the Beauties
性感都市
Gutsie
2004 Love Trilogy
30分钟恋爱
Mr Liu
2004 Jasmine Women
茉莉花开
Zou Jie
2005 A Time to Love
情人结
Hou Jia
2005 Seven Swords
七剑
Han Zhibang
2007 Anna & Anna
安娜与安娜
Ouyang
2008 Fit Lover
爱情左灯右行
Peguam
2010 Confucius
孔子
Ji Sunfei
2010 Beauty on Duty!
美丽密令
Lu Chi-on
2010 The Stool Pigeon
线人
Barbarian
2010 Aftershock
唐山大地震
Yang Zhi
2010 My Ex-wife's Wedding
跟我的前妻谈恋爱
Zhang Qi
2012 The Sino-Japanese War at Sea 1894
一八九四·甲午大海战
Deng Shichang
2012 Tears in Heaven
新妈妈再爱我一次
Mi Yifan
2013 The Palace
2014 Fighting

TV sunting

Tahun Judul Watak Catatan
1994 Xuese Tongxin
血色童心
Xie Liaosha
1996 Tianxia Diyi Qing
天下第一情
Yuan Fang
1999 Never Dies Content
永不瞑目
Xiao Tong
2000 Spring in Summer
夏日恋语录
Ban Jun
2000 Love Story in Shanghai
像雾像雨又像风
Li Yingqi
2001 Young Justice Bao II
少年包青天II
Bao Zheng
2001 Haiyang Guan De Yuehui
海洋馆的约会
Du Wei
2002 Network Love Story
E网情深
Tao Kan
2002 Wulong Prince
乌龙闯情关
Sarjana
2002 Field of Dreams
壮志雄心
Ou Li
2002 Fu Hua Beihou
浮华背后
Luo Liang
2003 Pink Ladies
粉红女郎
Bai Yutang
2003 The Blue Lotus
花样的年华
Zhou Zihao
2003 Boy & Girl
男才女貌
Qiu Shi
2004 A Chance of Sunshine
向左走向右走
Sheng Shitao
2006 Eight Heroes
八大豪侠
Ping Chang
2006 Library
天一生水
Lin Chong
2006 Fast Track Love
车神
Zhang Jiaxiang
2007 Da Huaishu
大槐树
Lin Qian
2007 Jia
Gao Juehui
2008 Yemu Xia De Harbin
夜幕下的哈尔滨
Wang Yimin
2008 Su Dongpo
苏东坡
Su Dongpo
2009 Wo De Qingchun Shei Zuozhu
我的青春谁做主
Zhou Jin
2010 Three Kingdoms
三国
Zhuge Liang
2010 Iron Masked Singer
铁面歌女
Bai Yiming

Rujukan sunting

  1. ^ Boy, &Girl. "Boy&Girl". Chinesemov.com.
  2. ^ Chinese, website. "Bo Lei". baidu.com.
  3. ^ BOOK, Chinese. "The imagination of silence". Chinawriter. Dicapai pada 5 July 2005.
  4. ^ 七剑随笔. "七剑随笔". Lu Yi. Dicapai pada 25 July 2005.
  5. ^ 毅犹未尽, Chinese. "毅犹未尽". Baidu. Dicapai pada 7 March 2005.
  6. ^ http://baike.baidu.com/view/851733.htm, Chinese. "Special". baidu. Dicapai pada 18 June 2003.
  7. ^ Lu, Yi. "Forbes Chinese Celebrities List". weekcc.com.
  8. ^ Pictures. "Lu Yi and Bo Lei". CHINA ENTERTAINMENT NEWS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-04. Dicapai pada October 16, 2012.
  9. ^ (Cina) Bao Lei Interview: Her and Lu Yi's Love Story Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine. Accessed 18 January 2010.
  10. ^ Tangshan, Dadizhen. "Tangshan Dadizheng". imdb.com. Dicapai pada 22 July 2010.
  11. ^ Movie. "Three Kingdoms". imdb.com.

Pautan luar sunting