Luca ialah sebuah filem animasi-komputer Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan dan diterbitkan oleh Walt Disney Pictures dan Pixar Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini diarahkan oleh Enrico Casarosa dalam penampilan sulung arahannya, ditulis oleh Mike Jones dan Jesse Andrews, dan diterbitkan oleh Andrea Warren. Filem ini menampilkan lakonan suara oleh Jacob Tremblay, Jack Dylan Grazer, Emma Berman, Maya Rudolph, Marco Barricelli, Jim Gaffigan dan Saverio Raimondo. Luca dijadualkan akan ditayangkan pada 18 Jun 2021.[1]

Luca
PengarahEnrico Casarosa
PenerbitAndrea Warren
Penulis
  • Mike Jones
  • Jesse Andrews
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
PengedarWalt Disney Studios
Motion Pictures
Mula ditayangkan
18 Jun 2021 (2021-06-18)(Amerika Syarikat)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

PremisSunting

Di sebuah bandar tepi pantai di Riviera Italia, seorang kanak-kanak lelaki bernama Luca berkongsi pengembaraan dengan sahabat barunya, Alberto.[2] Tapi Luca dan Alberto menyembunyikan rahsia: mereka berdua ialah raksasa laut dari dunia di bawah permukaan air.[3][4][5]

PelakonSunting

  • Jacob Tremblay sebagai Luca Paguro, raksasa laut berusia 13 tahun yang ingin tahu dengan dunia di atas laut[6]
  • Jack Dylan Grazer sebagai Alberto Scorfano, raksasa laut remaja yang berminat menjelajahi dunia manusia[6]
  • Emma Berman sebagai Giulia, seorang gadis Itali yang berkenalan dengan Luca dan Alberto[6]
  • Maya Rudolph sebagai Daniela, ibu Luca[6]
  • Marco Barricelli sebagai Massimo, bapa Giulia[6]
  • Jim Gaffigan sebagai Lorenzo, bapa Luca[6]
  • Saverio Raimondo meminjamkan suara penjahat dari bandar.[7]

PenerbitanSunting

Pada Julai 2020, Pixar mengumumkan filem baru berjudul Luca, dengan pengarah Enrico Casarosa dan diterbitkan oleh Andrea Warren.[8] Casarosa menyatakan bahawa filem tersebut akan diinspirasi dari zaman kanak-kanakya di Genova dan menggabungkan unsur arahan Federico Fellini dan Hayao Miyazaki.[9] Untuk mempersiapkan pembikinan filem, Pixar menghantar beberapa seniman filem ke Riviera Italia untuk tujuan penyelidikan, yang mana mereka mengambil foto pemandangan dan masyarakat di daerah tersebut.[10]

PenulisanSunting

Pada Julai 2020, penulis Soul, Mike Jones mengumumkan bahawa beliau akan menulis skrip filem ini bersama Jesse Andrews.[11]

AnimasiSunting

Sewaktu penyelidikan, Deanna Marsigliese, penata seni filem, mencatat bahawa mereka ditonton oleh penonton yang ingin tahu dan memilih untuk memasukkannya dalam reka bentuk watak. Sosok tanah liat raksasa laut Luca direka untuk membantu proses reka bentuk watak.[10]

KeluaranSunting

Luca dijadualkan akan dikeluarkan pada 18 Jun 2021 oleh Walt Disney Studios Motion Pictures.[3]

RujukanSunting

  1. ^ "Luca Image: New Look At Main Characters In Pixar's Next Original Film". ScreenRant (dalam bahasa Inggeris). January 19, 2021. Diarkib daripada yang asal pada January 23, 2021. Dicapai pada January 22, 2021.
  2. ^ The Walt Disney Company [Disney] (December 10, 2020). "Pixar's next feature film is Luca. It's a celebration of the friendship between a boy named Luca and his best friend Alberto during their unforgettable summer. You won't want to miss Luca, diving into theaters June 2021" (Tweet). Diarkib daripada yang asal pada December 11, 2020. Dicapai pada December 16, 2020 – melalui Twitter.
  3. ^ a b Rubin, Rebecca (July 30, 2020). "Pixar Shares Details About Next Original Film 'Luca'". Variety. Diarkib daripada yang asal pada August 18, 2020. Dicapai pada August 3, 2020.
  4. ^ Romano, Nick (July 30, 2020). "Pixar sets coming-of-age sea monster movie Luca as next title: See a first look". Entertainment Weekly. Diarkib daripada yang asal pada August 1, 2020. Dicapai pada December 16, 2020.
  5. ^ "Upcoming". Pixar. Diarkib daripada yang asal pada January 30, 2021. Dicapai pada January 22, 2021.
  6. ^ a b c d e f Evans, Greg (February 25, 2021). "'Luca' Teaser: Disney And Pixar Announce Voice Cast, Unveil Trailer For Upcoming Animated Feature". Variety. Dicapai pada February 25, 2021.
  7. ^ "Pixar's Luca teaser trailer gives Jacob Tremblay a sun-soaked Italian summer with sea monsters". Entertainment Weekly (dalam bahasa Inggeris). February 25, 2021. Dicapai pada February 26, 2021.
  8. ^ Grater, Tom (July 30, 2020). "Pixar Unveils Italy-Set Coming Of Age Story 'Luca' From 'La Luna' Director & 'Lava' Producer". Deadline Hollywood. Diarkib daripada yang asal pada August 18, 2020. Dicapai pada July 30, 2020.
  9. ^ Travis, Ben (January 18, 2021). "Luca: The Inspiration Behind Pixar's Mythical Coming-Of-Age Adventure - Exclusive Image". Empire. Diarkib daripada yang asal pada February 10, 2021. Dicapai pada February 11, 2021.
  10. ^ a b "Inspired: Deanna Marsigliese, The Art of the Pivot ", Inside Pixar, season 1, episode 2, Disney, 2021.
  11. ^ Jones, Mike [whereisjones] (July 30, 2020). "Proud to write this with @_jesse_andrews_" (Tweet). Diarkib daripada yang asal pada July 30, 2020. Dicapai pada December 16, 2020 – melalui Twitter.

Pautan luarSunting