Luca Antonini

pemain bola sepak Itali


Luca Antonini (lahir 4 Ogos 1982) ialah seorang pemain bola sepak Itali yang bermain sebagai pemain pertahanan bagi kelab A.C. Milan.

Luca Antonini
Maklumat peribadi
Nama penuh Luca Antonini
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Pemain Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
A.C. Milan
Nombor 77
Kerjaya remaja
1990–2001 A.C. Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000–2003
2001–2002
2002–2003
2003–2007
2004–2005
2005
2005–2006
2006–2007
2007–2008
2008–
A.C. Milan
A.C. Prato (dipinjamkan)
A.C. Ancona (dipinjamkan)
U.C. Sampdoria
Modena F.C. (dipinjamkan)
Delfino Pescara 1936 (dipinjamkan)
A.C. Arezzo (dipinjamkan)
A.C. Siena (dipinjamkan)
Empoli F.C.
A.C. Milan
0 (0)
26 (3)
17 (1)
3 (0)
15 (1)
22 (3)
39 (3)
32 (3)
32 (0)
56 (1)
Pasukan kebangsaan
1999
2000–2001
Itali Bawah 17 Tahun
Itali Bawah 18 Tahun
1 (0)
4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19 Mac 2011
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Ogos 2010
Antonini (berbaju hitam) dan Marouane Chamakh beraksi dalam Piala Emirates 2010

Kerjaya Bersama Kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Antonini memulakan kerjayanya di Milan, pada asalnya beliau bermain sebagai pemain sayap, bermain selama 11 tahun dalam pasukan belia.[1] Pada permulaan musim 2001-02, beliau dipinjamkan ke kelab Serie C2 iaitu Prato, di mana beliau melakukan penampilan professionalnya, diakhir dengan 26 penampilan dan menjaringkan 3 gol. Pada tahun berikutnya, beliau telah membuat 17 penampilan dan menjaringkan satu gol dalam liga Serie B semasa beliau dipinjamkan ke Ancona. Pasukan itu berjaya naik ke liga Serie A. Sumbangan Antonini sangat penting terutamanya ketika kelab itu mengharungi segala perlawanan, menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain tetap.[2]

Sampdoria (2003–2004) sunting

Pada bulan Jun 2003, beliau berpindah ke Sampdoria dalam perjanjian pemilikan bersama dengan Rossoneri,[3] sebanyak € 2 juta. Sebagai pertukaran, Ikechukwu Kalu berpindah ke Milan dalam perjanjian pemilikan bersama sebanyak € 1 juta.[4] Beliau tidak banyak bermain sebaliknya berkhidmat sebagai pemain sayap sokongan kepada Gasbarroni. Walau bagaimanapun, beliau membuat penampilan sulung dalam liga Serie A pada 14 Disember, dalam perlawanan menentang Perugia.

Dipinjamkan (2004–2007) sunting

Musim berikut, Antonini kembali bermain dalam liga Serie B, pada mulanya dipinjamkan ke Modena dan kemudiannya dipinjamkan pula ke Pescara semasa perpindahan bulan Januari. Beliau masih lagi mencari peluang untuk kerap kali bermain, maka dalam musim 2005-06, beliau berpindah ke Arezzo secara pinjaman, di mana beliau berjaya menjadi salah seorang daripada pemain utama, membuat 39 penampilan dan menjaringkan 3 gol.

Pada awal musim 2006-07, ketika itu berusia 24 tahun beliau telah dipinjamkan ke Siena, dan mengharungi cabaran liga Serie A kedua beliau yang terbukti lebih berjaya berbanding sebelum ini. Beliau membuat 32 penampilan dan menjaringkan 3 gol. [2] Gol pertama beliau menentang kelab-kelab berprofile tinggi datang pada 26 November, dalam permainan menentang Fiorentina.[5]

Empoli (2007–2008) sunting

Sebelum permulaan musim 2007-08, A.C Milan mengambil kembali Antonini dan menghantarnya ke Empoli untuk € 1 juta, bersama-sama dengan bakal rakan sepasukan Ignazio Abate (50% bernilai € 0.9 juta), dalam perjanjian baru pemilikan bersama.[6] Di Empoli, Antonini membuat penampilan sulungnya dalam pertandingan peringkat Eropah pada 20 September 2007, dalam satu perlawanan pusingan pertama Piala UEFA menentang Zürich, di mana beliau menjaringkan gol penalti.[7] Walaupun pasukannya tersingkir, beliau mengharungi musim bersama Empoli yang sangat baik dan serba boleh apabila jurulatih Alberto Malesani mula menggunakan dia sebagai pemain pertahanan.

Kembali ke Milan (2008–sekarang) sunting

Pada 9 Jun 2008, beliau telah kembali bersama Milan dan dimasukkan ke dalam skuad mereka untuk € 2.9million.[8] Dalam musim pertama dengan Rossoneri, beliau tidak banyak diturunkan, hanya melakukan 11 penampilan liga. Untuk musim 2009-10, Milan telah mengambil ketua jurulatih baru, Leonardo, yang pada mulanya seolah-olah tidak mahu menggunakan Antonini. Walau bagaimanapun, selepas beberapa perlawanan liga, kecederaan yang berlaku kepada pemain utama seperti Zambrotta dan Jankulovski mendorong Leonardo untuk meletakkan beliau dalam kesebelasan utama. Antonini tidak mensia-siakan peluang ini dengan menunjukkan prestasi yang sangat konsisten.[9] Prestasi beliau yang konsisten itu juga mendorong Milan untuk menawarkan kontrak sehingga tahun 2014, yang telah ditandatangani pada 11 Februari 2010.[10]

Kerjaya Bersama Negara sunting

Antonini telah melakukan sebanyak 5 caps bersama pasukan Itali Bawah 17 Tahun dan Itali Bawah 18 Tahun, antara tahun 1999 dan 2001. Walau bagaimanapun, beliau tidak menerima apa-apa panggilan untuk bermain bersama pasukan senior.

Sembilan tahun kemudian, Antonini mendapat pertama panggilan untuk bermain bersama pasukan senior; yang dikendalikan oleh jurulatih yang baru dilantik, Cesare Prandelli, menamakan beliau dalam skuad untuk perlawanan persahabatan menentang Côte d'Ivoire, pada 10 Ogos 2010. Walau bagaimanapun, beliau tidak digunakan dalam perlawanan tersebut.

Statistik sunting

Kemaskini terakhir 25 September 2010.

Pasukan Musim Liga
domestik
Piala
domestik
Peringkat
Eropah1
Lain-lain
pertandingan2
Jumlah
Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals
Milan 2000–01 0 0 0 0 0 0 0 0
Prato Serie C2 2001–02 26 3 0 0 4[11] 0 30 3
Ancona Serie B 2002–03 17 1 2 0 19 1
Sampdoria Serie A 2003–04 3 0 4 1 7 1
Modena Serie B 2004–05 15 1 0 0 15 1
Pescara Serie B 2004–05 22 3 0 0 22 3
Arezzo Serie B 2005–06 39 3 1 0 40 3
Siena Serie A 2006–07 32 3 2 0 34 3
Empoli Serie A 2007–08 32 0 2 1 2 1 36 2
Milan Serie A 2008–09 11 0 1 0 6 0 18 0
Serie A 2009–10 22 1 1 0 2 0 25 1
Serie A 2010–11 29 0 0 0 1 0 30 0
Total 38 1 2 0 9 0 0 0 49 1
Jumlah Besar 224 15 13 2 11 1 4 0 252 18

1Peringkat Eropah termasuk UEFA Champions League dan UEFA Cup
2Lain-lain pertandingan termasuk Coppa Italia Serie C

Rujukan sunting

  1. ^ Luca Rosato (6 November 2008). "Milan, Luca Antonini: il ritorno a casa di un rossonero doc". calcioblog.it (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 10 February 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Senarai perlawanan yang dimain Antonini semasa musim tersebut boleh didapati di sini.
  3. ^ Luca Valdiserri (17 June 2003). "Chievo costretto a cedere Roma e Inter all' attacco". Corriere della Sera (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 10 February 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ AC Milan Spa 2006 Annual Report (Itali)
  5. ^ "Siena vs. Fiorentina – 26 November 2006". soccerway.com. 26 November 2006. Dicapai pada 10 February 2010.
  6. ^ "Empoli raid Rossoneri for trio". uefa.com. Union of European Football Associations. 28 June 2007. Dicapai pada 6 February 2010.
  7. ^ "Empoli vs FC Zürich in UEFA Cup 2007/2008". football-lineups.com. 20 September 2007. Dicapai pada 6 February 2010.
  8. ^ "AC Milan Group 2008 Annual Report" (PDF). AC Milan (dalam bahasa Italian). ca. April 2009. Dicapai pada 11 June 2011. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Olivero Giovanni Battista (8 December 2009). "Leonardo: "Antonini e Abate, una crescita che mi fa felice"". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 10 February 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Abate and Antonini commit to Milan". uefa.com. Union of European Football Associations. 11 February 2010. Dicapai pada 11 February 2010.
  11. ^ "A.C. Prato stagione 2001–2002". TifosiPrato.TifoNet.it (dalam bahasa Italian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 14 February 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)