Lucas François Bernard Hernández (Perancis: [lukas ɛʁnɑ̃dɛz, - ɛʁnandɛs];[4][5] lahir 14 Februari 1996) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Bundesliga, Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Perancis.[6]

Lucas Hernández
Loko-AM2018 tren (4).jpg
Hernandez bersama Atlético Madrid pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Lucas François Bernard Hernández[1]
Tarikh lahir (1996-02-14) 14 Februari 1996 (umur 24)[2]
Tempat lahir Marseille, Perancis
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)[3]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich
Nombor 21
Kerjaya remaja
2005–2007 Rayo Majadahonda
2007–2014 Atlético Madrid
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2015 Atlético Madrid B 21 (1)
2014–2019 Atlético Madrid 67 (1)
2019– Bayern Munich 11 (0)
Pasukan kebangsaan
2012 Perancis B16 1 (0)
2014 Perancis B18 2 (0)
2014–2015 Perancis B19 13 (0)
2015 Perancis B20 3 (0)
2016–2017 Perancis B21 9 (0)
2018– Perancis 17 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:24, 8 Mac 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:55, 14 Oktober 2019 (UTC)

Hernández memulakan kerjayanya bersama kelab Atlético Madrid sebelum beliau tampil melakukan 100 kemunculan untuk kelab itu termasuklah beraksi di perlawanan akhir Liga Europa dan Piala Super UEFA pada tahun 2018. Beliau juga merupakan pemain antarabangsa skuad senior Perancis sejak tahun 2018 dan sebahagian daripada pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2018.

Kerjaya kelabSunting

Atlético MadridSunting

Hernández menyertai kelab belia Atlético Madrid dari CF Rayo Majadahonda pada tahun 2007 semasa beliau berusia sebelas tahun.[7][8] Pada 9 November 2013, ketika masih remaja, beliau telah dipanggil oleh pengurus Diego Simeone untuk menghadapi perlawanan La Liga menentang Villarreal[9] tetapi beliau tidak digunakan dalam aksi itu yang berlangsung pada keesokan harinya.[10]

Hernández melakukan penampilan sulungnya pada 26 April 2014 untuk pasukan simpanan Atlético ketika menentang Real Sociedad B dalam aksi Segunda División B yang berakhir dengan kekalahan 0-1.[11] Beliau juga muncul dalam tiga perlawanan berikutnya pada musim itu apabila pasukan beliau hampir-hampir berada di zon penyingkiran. Beliau juga menandatangani rundingan baru dengan kelab pada bulan Jun yang berlanjutan sehingga tahun 2018.[12]

Hernández melakukan kemunculan pertamanya untuk pasukan pertama pada 3 Disember 2014 dengan beraksi selama 90 minit ketika menentang CE L'Hospitalet dalam kempen Copa del Rey yang berkesudahan pasukannya menang 3-0.[13] Kemunculan sulungnya dalam divisyen pertama Sepanyol pada 21 Disember apabila beliau menggantikan pemain Guilherme Siqueira pada lewat permainan semasa pasukannya membenam Athletic Bilbao 4-1.[14]

Pada 10 Ogos 2015, Hernández telah memperbaharui kontraknya sehingga tahun 2019 dan beliau telah progres ke skuad utama.[15] Penampilan pertamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada 15 Mac 2016 apabila beliau menggantikan pemain tercedera, Diego Godín pada masa tambahan dalam pusingan 16 sewaktu menentang PSV Eindhoven.[16] Seterusnya, beliau juga tampil pada aksi final Liga Juara-Juara dalam keadaan yang sama tetapi pasukannya tewas kepada musuh tradisi, Real Madrid menerusi penentuan penalti di San Siro pada 28 Mei.[17]

Pada 6 Ogos 2016, Hernández telah melanjutkan kontraknya bersama Atlético sehingga 30 Jun 2020.[18] Beliau telah memainkan peranan penting semasa musim 2016-17. Hernández telah beraksi dalam 22 perlawanan sepanjang kejohanan pada musim itu. Daripada 20 perlawanan itu, beliau telah diletakkan ke dalam kesebelasan utama.

Hernández menjaringkan gol pertamanya pada 19 Januari 2019 ketika menewaskan Huesca 3-0.[19]

Pada 27 Mac 2019, Atlético mengesahkan bahawa Hernández akan meninggalkan kelab pada musim panas tahun 2019. Di samping itu, Atlético telah mengesahkan bahawa pihak mereka telah menawarkan kontrak lanjutan kepada Hernández tetapi beliau memutuskan untuk menandatangani kontrak dengan kelab Bundesliga, Bayern Munich. Atlético juga menyatakan kelab Jerman itu mengaktifkan klausa pelepasan Hernández bernilai 80 juta euro.[20] Semasa beliau melakukan ujian kesihatan yang dijalankan oleh staf perubatan Bayern, kesan cedera di ligamen kolateral medial pada bahagian lutut kanan Hernández telah dikesan. Kecederaan itu memerlukan rawatan pembedahan. Pada 28 Mac 2019, beliau berjaya menjalani pembedahan pada lutut kanannya. Pembedahan itu telah menamatkan tempoh Hernández bersama Atlético.[21]

Hernandez beraksi dalam 14 perlawanan La Liga dan menjaringkan satu gol. Dalam semua kejohanan, beliau telah beraksi dalam 22 perlawanan dan menghasilkan satu gol.

Pada 12 Oktober 2019, bekas jurulatih Hernández di Atlético, Diego Simeone berkata dalam satu temu ramah bersama akhbar Marca bahawa pemergian pemain pertahanan itu ke Bayern sangat menyakitkan.[22]

Bayern MunichSunting

Pada 27 Mac 2019, Bayern Munich mengumumkan bahawa Hernández akan menyertai kelab itu pada 1 Julai 2019 dengan satu rekod perpindahan kelab (termasuk memecahkan rekod perpindahan Bundesliga) bernilai 80 juta euro dan beliau telah menandatangani kontrak itu selama lima tahun sehingga tahun 2024.[23][24] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Bayern pada 10 Ogos pada pusingan pertama DFB-Pokal menentang Energie Cottbus sebagai pemain gantian pada minit ke-89.[25]

Kerjaaya antarabangsaSunting

 
Hernández beraksi untuk Perancis pada tahun 2018.

Hernández melakukan penampilan pertamanya untuk Perancis pada 6 Mac 2012 semasa beliau mewakili pasukan bawah-16 menentang Itali dalam perlawanan persahabatan yang mana beliau beraksi selama 90 minit. Pada tahun 2014, beliau tampil beraksi untuk pasukan bawah-18 dan bawah-19. Pada tahun berikutnya, beliau terpilih dalam Pasukan Terbaik Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-19 UEFA 2015.[26]

Pada Mac 2018, Hernández telah dipanggil oleh pengurus skuad senior, Didier Deschamps untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Colombia dan Rusia.[27] Beliau melakukan kemunculan sulungnya ketika menentang Colombia selepas beliau menggantikan Lucas Digne pada 14 minit terakhir yang berakhir dengan kekalahan Perancis 2-3 di Paris.[28]

Hernández terpilih untuk mewakili Perancis ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia pada 17 Mei 2018.[29] Beliau melakukan kemunculan sulungnya dalam kejohanan itu pada 16 Jun dengan beraksi sehingga wisel penamat pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Australia.[30] Seterusnya, beliau tampil dalam setiap perlawanan Perancis dalam kejohanan itu sehinggalah pasukannya merangkul trofi Piala Dunia.[31][32]

Kehidupan peribadiSunting

Hernández telah dilahirkan di Marseille semasa ayahnya, Jean-François beraksi untuk kelab Olympique de Marseille. Hernández berpindah ke Sepanyol ketika berusia empat tahun. Hal ini menyebabkan beliau berbahasa Perancis dengan sedikit loghat Sepanyol.

Bapa Hernández, Jean-François merupakan pemain bola sepak yang bermain di posisi bek tengah. Berasal daripada keturunan Sepanyol,[33] beliau juga merupakan pemain Atlético Madrid.[34] Adik Hernandez, Theo juga progres dari kelab itu dan bermain di posisi yang sama.[35]

Pada 3 Februari 2017, Hernández telah ditahan kerana disyaki menyerang teman wanitanya[36] yang juga telah dipanggil menghadap ke mahkamah.[37]

Dalam satu temu ramah bersama Marca pada Oktober 2018, beliau menyatakan bahawa keluarganya sudah tidak mendengari berita ayahnya selama 12 atau 13 tahun lamanya.[38]

Statistik kerjayaSunting

KelabSunting

Sehingga 8 Mac 2020.[39]
Kelab Musim Liga Piala[a] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Atlético Madrid 2014–15 1 0 3 0 0 0 0 0 4 0
2015–16 10 0 2 0 4 0 16 0
2016–17 15 0 5 0 4 0 24 0
2017–18 27 0 6 0 11 0 44 0
2018–19 14 1 2 0 5 0 1[b] 0 22 1
Jumlah 67 1 18 0 24 0 1 0 109 1
  Bayern Munich 2019–20 11 0 1 0 2 0 0 0 14 0
Jumlah kerjaya 78 1 19 0 26 0 1 0 123 1
  1. ^ Termasuk Copa del Rey dan DFB-Pokal.
  2. ^ Penampilan di Piala Super UEFA.

AntarabangsaSunting

Sehingga 14 Oktober 2019.[40]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2018 15 0
2019 2 0
Jumlah 17 0

PencapaianSunting

KelabSunting

Atlético Madrid

AntarabangsaSunting

Perancis

IndividuSunting

CatatanSunting

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 19 June 2018. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ "Lucas Hernández". FC Bayern Munich. Dicapai pada 7 March 2020.
  4. ^ "Equipe de France – Lucas Hernandez: "Une année incroyable"" [French team – Lucas Hernandez: "An incredible year"] (dalam bahasa Perancis). YouTube. Dicapai pada 13 July 2018.
  5. ^ "Suivez la conférence de presse avec N'Golo Kanté et Lucas Hernandez" [Follow N'Golo Kanté and Lucas Hernandez's press conference] (dalam bahasa Perancis). YouTube. Dicapai pada 13 July 2018.
  6. ^ "Atlético-Bayern: de la Youth League au dernier carré de la C1, la folle ascension de Lucas Hernandez" [Atlético-Bayern: from the Youth League to the C1's last stages, the mad rise of Lucas Hernandez] (dalam bahasa Perancis). Eurosport. 26 April 2016. Dicapai pada 29 March 2018.
  7. ^ "Lucas Hernández: el 'jefazo' de la cantera" [Lucas Hernández: the 'big boss' of the defence]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Sepanyol). 14 June 2013. Dicapai pada 6 December 2014.
  8. ^ "Fútbol: el nuevo fichaje "Rodri" (At. Madrid) y Lucas jugaron juntos en Majadahonda" [Football: the new signing "Rodri" (At. Madrid) and Lucas played together at Majadahonda] (dalam bahasa Sepanyol). Majadahonda Magazin. 22 December 2017. Dicapai pada 31 July 2018.
  9. ^ Lechuga, Juan Ignacio (9 November 2013). "Lucas Hernández: "Es un sueño poder estar en la convocatoria del primer equipo"" [Lucas Hernández: "It is a dream to be in the first team's list] (dalam bahasa Sepanyol). Vavel. Dicapai pada 6 December 2014.
  10. ^ Liceras, Ángel (10 November 2013). "El Atlético saca provecho de su manual de supervivencia" [Atlético take advantage of their survival guide]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 6 December 2014.
  11. ^ "El Atlético B cayó de penalti en Zubieta" [Atlético B fell from the penalty spot at Zubieta] (dalam bahasa Sepanyol). Atlético Madrid. 26 April 2014. Diarkib daripada yang asal pada 11 December 2014. Dicapai pada 6 December 2014.
  12. ^ Aznar, Luis (11 October 2014). "Lucas, primer 'fichaje'" [Lucas, first 'signing']. Marca (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 6 December 2014.
  13. ^ "L'Hospitalet 0–3 Atletico Madrid: Griezmann and Gabi grind out the win". Goal. 3 December 2014. Dicapai pada 6 December 2014.
  14. ^ Malagón, Manuel (21 December 2014). "Griezmann fue Diego Costa" [Griezmann was Diego Costa]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 21 December 2014.
  15. ^ "Lucas Hernández renueva hasta el 2019" [Lucas Hernández renews until 2019] (dalam bahasa Sepanyol). Atlético Madrid. 10 August 2015. Diarkib daripada yang asal pada 5 March 2016. Dicapai pada 10 August 2015.
  16. ^ "Atlético Madrid overcome PSV in lengthy shoot-out". UEFA. 15 March 2016. Dicapai pada 15 March 2016.
  17. ^ "Spot-on Real Madrid defeat Atlético in final again". UEFA. 28 May 2016. Dicapai pada 30 May 2016.
  18. ^ "Lucas Hernández renews until 2020". Atlético Madrid. Dicapai pada 5 April 2019.
  19. ^ "El Atleti se repone en Huesca" [Atleti pull it together in Huesca] (dalam bahasa Sepanyol). Europa Press. 19 January 2019. Dicapai pada 19 January 2019.
  20. ^ "Agreement with Bayern Munich over the transfer of Lucas Hernandez for the amount of his buyout clause". Atlético Madrid. Dicapai pada 5 April 2019.
  21. ^ "Lucas Hernández operation successful". FC Bayern Munich. Dicapai pada 5 April 2019.
  22. ^ "Simeone: Lucas' departure was more painful than Griezmann's". 11 October 2019. Dicapai pada 13 October 2019.
  23. ^ "FC Bayern sign Lucas Hernandez". FC Bayern Munich. 27 March 2019. Dicapai pada 27 March 2019.
  24. ^ "Lucas Hernandez: Bayern Munich sign Atletico Madrid's World Cup-winning defender". BBC Sport. 27 March 2019. Dicapai pada 27 March 2019.
  25. ^ "Energie Cottbus vs FC Bayern match report". FC Bayern Munich. Dicapai pada 19 August 2019.
  26. ^ "Under-19 - Technical report - Team of the Tournament". UEFA. 2015-07-20. Dicapai pada 2019-04-02.
  27. ^ "Wissam Ben Yedder and Lucas Hernandez handed France call-ups". Kwesé Sports. 15 March 2018. Dicapai pada 16 March 2018.
  28. ^ "Lucas Hernández hizo su debut con Francia" [Lucas Hernández made his debut with France]. El Economista (dalam bahasa Sepanyol). 23 March 2018. Dicapai pada 24 March 2018.
  29. ^ Charles, Andy (17 May 2018). "Alexandre Lacazette and Anthony Martial on standby for France World Cup squad and Dimitri Payet out". Sky Sports. Dicapai pada 17 May 2018.
  30. ^ Sutcliffe, Steve (16 June 2018). "France 2–1 Australia". BBC Sport. Dicapai pada 16 June 2018.
  31. ^ Nabet, Sacha (15 July 2018). "Coupe du monde 2018: Lucas Hernandez, le combattant" [2018 World Cup: Lucas Hernandez, the fighter] (dalam bahasa Perancis). Le Point. Dicapai pada 15 July 2018.
  32. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC Sport. Dicapai pada 15 July 2018.
  33. ^ Barrère, Sébastien (21 March 2018). "Lucas Hernandez, l'Espagnol à l'accent français" [Lucas Hernandez, the Spaniard with the French accent]. La Dépêche du Midi (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 1 April 2018.
  34. ^ "Lucas, el futuro jefe de la defensa" [Lucas, the future boss of the defence]. ABC (dalam bahasa Sepanyol). 5 December 2014. Dicapai pada 6 December 2014.
  35. ^ G. Fuente, Chema (6 February 2016). "Theo y Lucas, dos hermanos del Atlético sobre el campo 60 años después" [Theo and Lucas, two brothers from Atlético on the field 60 years later]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 21 July 2016.
  36. ^ "Atletico Madrid defender Lucas Hernandez arrested". BBC Sport. 3 February 2017. Dicapai pada 3 February 2017.
  37. ^ "Así fue la pelea entre Lucas Hernández y su pareja" [This is how the fight between Lucas Hernández and his partner went down]. Sport (dalam bahasa Sepanyol). 7 February 2017. Dicapai pada 9 February 2017.
  38. ^ "Lucas Hernandez speaks about his father: We've not heard from him for 12 years". Marca. 17 October 2018. Dicapai pada 17 October 2018.
  39. ^ "L. Hernández". Soccerway. Dicapai pada 1 May 2017.
  40. ^ "Lucas Hernández". European Football. Dicapai pada 29 March 2018.
  41. ^ Hafez, Shamoon (16 May 2018). "Marseille 0–0 Atlético Madrid". BBC Sport. Dicapai pada 17 May 2018.
  42. ^ Sanders, Emma (15 August 2018). "Real Madrid 2–4 Atlético Madrid". BBC Sport. Dicapai pada 16 August 2018.
  43. ^ "France 4–2 Croatia: Line-ups". FIFA. Dicapai pada 17 June 2019.
  44. ^ name="Legion"

Pautan luarSunting