Lucera merupakan sebuah bandar Itali yang berpenghuni seramai 34,243 orang dan komun di Wilayah Foggia di Apulia, selatan Itali.

Lucera
Comune di Lucera
Lokasi Lucera di Wilayah Foggia
Lokasi Lucera di Wilayah Foggia
NegaraItali
DaerahPuglia
WilayahFoggia (FG)
FrazioniPalmori, Reggente, San Giusto
Kerajaan
 • Datuk BandarMichele Di Bari
Keluasan
 • Jumlah338.64 km2 (130.75 batu persegi)
Aras
250 m (820 ft)
Penduduk
 (30 June 2008)[1]
 • Jumlah34,605
 • Kepadatan100/km2 (260/batu persegi)
DemonimLucerini
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Poskod
71036
Kod pendailan0881
Penaung saintSanta Maria
Hari saintAugust 15
Laman sesawangTapak web rasmi

Terletak di pertemuan lembah-lembah Molise dan Campania di Tavoliere delle Puglie, Lucera merupakan ibu kota Capitanata dan Wilayah Molise dari 1579 hingga 1806.

Sejarah sunting

Zaman purba dan awal Zaman Pertengahan sunting

Lucera adalah sebuah kota purba yang diasaskan di Daunia, pusat wilayah Dauni (kini Apulia). Penggalian arkeologi menunjukkan kewujudan sebuah kampung Zaman Gangsa di dalam sempadan kota. Lucera berkemungkinan dinamakan sempena Lucius, seorang raja Dauno mitos, atau sebuah kuil yang ditujukan pada dewi Lux Cereris. Kemungkinan ketiga ialah kota itu diasaskan dan dinamakan oleh orang Etruskan, yang mungkin nama itu bermaksud Kayu Suci (luc = kayu, eri = suci).

Pada tahun 321 SM, tentera Rom tertipu dengan menyangkakan bahawa Lucera dikepung oleh orang Samnium. Hurrying to relieve their allies the army walked into an ambush and were defeated at the famous Battle of the Caudine Forks.Segera untuk menyelamatkan sekutu mereka, tentera Rom diserang hendap dan dikalahkan dalam Pertempuran Caudine Forks. Orang Samnium menawan Lucera tetapi diusir keluar selepas satu pemberontakan. Kota itu meminta perlindungan dari Rom dan pada tahun 320 SM permintaan itu diterima dengan status Colonia Togata yang bermaksud ia diperintah oleh Senat Rom. 2500 orang Rom berpindah ke Lucera untuk mengukuhkan ikatan antara kedua-dua kota. Sejak dari itu, Lucera terkenal sebagai penyokong tegar Rom.

Semasa perang saudara penghujung Republik, Pompey membuka markas besarnya di Lucera, tetapi meninggalkan kota itu apabila Julius Caesar menghampirinya. Lucera dengan pantas mengalihkan taat setianya dan belas kasihan Caesar mengelakkan kemusnahan daripada menimpa. Dalam perang saudara berikutnya antara Octavian dan Mark Anthony, kota itu tidak terlepas dengan mudah. Selepas perang itu, Octavian menempatkan ramai askar veteran di tanah-tanah kota yang musnah itu. Ini membantu Lucera pulih dengan pantas dan menandakan satu era kemakmuran yang baru. Banyak mercu tanda Rom yang masih tersisa berasal daripada zaman Augustus, antaranya gelanggang Lucera.

 
Gelanggang Lucera.

Dengan kejatuhan Empayar Rom Barat, kota Lucera mengalami kejatuhan. Pada tahun 663 ia ditawan daripada orang Lombard dan dimusnahkan oleh Maharaja Rom Timur Constans II.

Zaman Islam sunting

Pada tahun 1224 M, Maharaja Rom Suci Frederick II, sebagai membalas terhadap kebangkitan keagamaan di Sicily, telah menghalau semua orang Islam dari pulau itu, dengan memindahkan mereka ke Lucera - "Lugêrah" dalam sebutan bahasa Arab - selama dua dekad berikutnya. Di dalam persekitaran yang dikawal ini, mereka tidak mampu mencabar kekuasaan diraja dan mereka memberi manfaat kepada istana dengan cukai dan khidmat tentera. Bilangan mereka akhirnya mencecah antara 15,000 dan 20,000, lalu menyebabkan Lucera dipanggil Lucaera Saracenorum disebabkan ia mewakili benteng terakhir bagi kewujudan Islam di Itali. Semasa masa aman, orang Islam di Lucera sebahagian besarnya adalah petani. Mereka menanam gandum durum, barli, kekacang, anggur dan buah-buahan lain. Orang Islam juga memelihara lebah untuk mendapatkan madu.[2]

Koloni itu berkembang maju selama 75 tahun sehinggalah ia dijarah pada tahun 1300 oleh pasukan tentera Kristian di bawah perintah Charles II dari Naples. Penghuni bandar itu yang beragama Islam diusir atau dijual sebagai hamba,[3] dengan ramai yang mencari perlindungan di Albania di seberang Laut Adriatik.[4] Masjid-masjid mereka yang ditinggalkan diruntuhkan dan gereja-gereja biasanya dibina di atas tapak masjid-masjid itu, termasuklah Gereja Besar S. Maria della Vittoria.[5]

 
Gereja Besar Lucera pernah diubah menjadi sebuah masjid semasa penempatan Muslim Lucera yang singkat.

Setelah orang Islam dihalau dari Lucera, Charles cuba menempatkan orang Kristian di bandar itu. Orang Islam yang bertukar agama kepada Kristian memperoleh kembali harta mereka, namun tiada seorang pun yang dipulihkan kepada kedudukan politik atau pengaruh ekonominya sebelum ini. Semakin masa berlalu, pengeluaran bijirin di bandar itu jatuh, dan pada tahun 1339 bandar itu dilanda kebuluran. Sementara orang Kristian dibenarkan bertani sebagaimana orang Islam, kehilangan petani Muslim mungkin menjadi sebab kepada kebuluran itu.[6]

Penyumbangan genetik barat laut Afrika yang signifikan di kalangan penghuni masa kini berhampiran kawasan Lucera didedahkan oleh kajian genetik terbaru pada 2009[7].

 
Istana kota Hohenstaufen

Tempat-tempat menarik utama sunting

  • Gelanggang Rom, bertarikh pada masa Augustus dan salah satu yang terbesar di selatan Itali. Ia dijumpai pada 1932: semasa penggalian, sebuah patung Augustus ditemui di tapak itu. Ia berukuran c. 131 kali 99 meter (430 kali 325 ka), berbentuk elips, dan mampu memuatkan dari 16,000 hingga 18,000 orang penonton. Kawasan itu berukuran 75.2 x 43.2 m.[[:]] Gelanggang itu dapat dicapai dari dua buah portal besar, sebuah menghadap Lucera dan sebuah menghadap Foggia; laluan dua belah itu, dan juga dinding luar tidak lagi kelihatan. Ia mungkin dimusnahkan semasa penawanan kota itu oleh Maharaja Rom Timur Constans II pada 663.
  • Istana kota Zaman Pertengahan
  • Gereja S. Francesco
  • Gereja Besar, yang dibina pada 1300 di atas tapak masjid yang terakhir berdiri di Itali, yang dimusnahkan pada tahun yang sama
  • Gereja St. Antony the Abbot, yang kubahnya merupakan sebahagian daripada masjid bandar itu
  • Gereja Carmen
  • Gereja St. Dominic
  • Gereja St. John the Baptists

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ All demographics and other statistics from the Italian statistical institute (Istat)
  2. ^ Taylor, p.99
  3. ^ Julie Taylor. Muslims in Medieval Italy: The Colony at Lucera Diarkibkan 2010-08-19 di Archive-It. Lanham, Md.: Lexington Books. 2003.
  4. ^ Ataullah Bogdan Kopanski. Islamization of Shqeptaret: The clas of Religions in Medieval Albania.
  5. ^ Taylor, p.187
  6. ^ Taylor, p.190-4
  7. ^ "An inspection of Table 1 reveals a nonrandom distribution of Male Northwest African types in the Italian peninsula, with at least a twofold increase over the Italian average estimate in three geographically close samples across the southern Apennine mountains (East Campania, Northwest Apulia, Lucera). When pooled together, these three Italian samples displayed a local frequency of 4.7%, significantly different from the North and the rest of South Italy (...). Arab presence is historically recorded in these areas following Frederick II’s relocation of Sicilian Arabs", [1],Moors and Saracens in Europe estimating the medieval North African male legacy in southern Europe, Capelli et al., European Journal of Human Genetics, 21 January 2009

Sumber sunting

  • Alexander Knaak: Prolegomena zu einem Corpuswerk der Architektur Friedrichs II. von Hohenstaufen im Königsreich Sizilien 1220–1250, Marburg 2001. ISBN 3-89445-278-1 (For the medieval Lucera Castle of the Hohenstaufen see pp. 24–38)