Luganville, yang dipanggil oleh orang-orang Santo dari pulau-pulau Vanuatu utara yang menggunakan Luganville sebagai bandar besar mereka, dan turut dipanggil Kanal (dari Perancis Segond Canal) oleh penduduk luar bandar pulau besar Espiritu Santo. Luganville adalah bandar kedua terbesar di Vanuatu. Populasi penduduk adalah 13,167 orang.

Luganville
Kanal
Santo
Bandar Pelabuhan
Jalan utama di Luganville
Jalan utama di Luganville
Negara Vanuatu
Negeri/ProvinsiSanma
PulauEspiritu Santo
Penduduk
 (2009)
 • Jumlah13,167
Zon waktuUTC+11 (VUT)

Jalan berturap utama yang melalui Luganville mengandungi kebanyakan perniagaan komersil disini dan jalan ini adalah cukup luas untuk dilalui oleh 4 buah trak di sepanjang jalan. Jalan-jalan kecil dan jalan-jalan terpencil memenuhi zon perumahan dan penempatan. Jalan utama mengandungi pelabuhan di hujung jalan, manakala pasaraya dan bangunan majlis perbandaran berada di hujung jalan yang lain. Di tengah laluan ini terdapat kedai-kedai peruncitan, salon, butik pelancongan, dan kedai perkakasan.

Populasi sunting

Penduduk Luganville terdiri daripada pelbagai etnik. Ia terdiri daripada majoriti besar orang asli Ni-Vanuatu dan juga komuniti kecil penduduk berketurunan Cina dan Eropah. Terdapat juga penduduk tidak tetap yang tinggal di Luganville, datang dari bahagian-bahagian lain Santo atau pulau-pulau yang berbeza dalam Vanuatu.

Ekonomi sunting

Luganville telah berubah dengan perkembangan perniagaan dan kedai-kedai di bandar. Walau bagaimanapun pengkritik mendakwa Luganville mempunyai potensi yang lebih besar dan harus dibangunkan dengan lebih banyak aktiviti ekonomi sejak Vanuatu telah mencapai kemerdekaan dari Great Britain dan Perancis pada tahun 1980.

Luganville mempunyai hospital kedua terbesar di Vanuatu yang dipanggil Hospital Daerah Utara. Hospital ini menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di Luganville dan orang-orang di kawasan pedalaman Santo. Selain hospital Luganville juga mempunyai perkhidmatan lain untuk kemudahan penduduk di pulau-pulau utara yang lain. Perkhidmatan ini adalah seperti Bank-bank,[1]], [http://www.locate.anz.com/anz/international</ref> pusat internet dan klinik swasta. Ia selalu bergantung kepada bantuan daripada negara-negara di luar negara terutama Australia, New Zealand, dan China untuk membangunkan perkhidmatan disini kerana kekurangan modal insan tempatan.

Iklim sunting

Data iklim untuk Luganville
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 29
(85)
29
(85)
29
(84)
28
(83)
27
(81)
27
(80)
26
(79)
26
(79)
27
(80)
27
(81)
28
(83)
29
(84)
28
(82)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 24
(75)
24
(75)
24
(75)
24
(75)
23
(74)
23
(73)
22
(72)
22
(71)
22
(72)
23
(73)
23
(74)
23
(74)
23
(74)
Purata kerpasan, mm (inci) 330
(12.8)
340
(13.2)
340
(13.4)
310
(12.2)
210
(8.3)
200
(7.7)
160
(6.4)
130
(5.1)
160
(6.3)
190
(7.6)
220
(8.5)
270
(10.6)
2,860
(112.1)
Sumber: Weatherbase [2]

Bandar kembar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ National Bank of Vanuatu - http://www.nbv.vu
  2. ^ "Weatherbase: Historical Weather for Luganville, Vanuatu". Weatherbase. 2011. Retrieved on November 24, 2011.
  3. ^ "Government of Republic of Vanuatu chooses KK as its main office in Malaysia". New Sabah Times. 5 May 2013. Dicapai pada 15 May 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ "Sister city agreement reaping rewards". Vanuatu Daily Post. 6 May 2013. Dicapai pada 15 July 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ "Luganville and Honiara establish sister city relations". Vanuatu Daily Post. 21 March 2013. Dicapai pada 15 July 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ "Port Vila strengthens sister agreement with Luganville". Vanuatu Daily Post. 26 September 2012. Dicapai pada 15 July 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)