Luka Di Hati Diya merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Eyra Rahman di bintangi oleh Isyariana, dan Niezam Zaidi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 bermula 28 November 2022 menggantikan Tunggu Dulu Cinta.[1]

Luka Di Hati Diya
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Luka Di Hati Diya Karya Hasliza Ismail
Ditulis olehFarah Alya
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Tempoh siaran45 minit
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 November 2022 – 15 Januari 2023

Sinopsis sunting

Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.

Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya. Apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Luka Di Hati Diya mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.