Lulu Tobing

Pelakon wanita Indonesia

Lulu Luciana Tobing atau lebih dikenali dengan nama Lulu Tobing (lahir di Medan, Sumatera Utara, 21 November 1977; umur 46 tahun) merupakan seorang pelakon sinetron dan filem Indonesia. Lulu merupakan gadis berketurunan Batak. Lulu berkahwin dengan cucu bekas Presiden Soeharto, iaitu anak kepada Mbak Tutut, iaitu Danny Bimo Hendro Utomo pada 16 September 2006. Sebelum menikah, Lulu pun menjadi memeluk Islam, mengikuti keyakinan Danny si suami. Semenjak mereka berkahwin pada 16 September 2006, Lulu tidak lagi muncul di dunia hiburan seperti sinetron. Namun pada tahun 2012, Lulu kembali berlakon , kali ini dalam filem Negeri 5 Menara.

Lulu Tobing
Kelahiran
Lulu Luciana Tobing

(1977-11-21) 21 November 1977 (umur 46)
Nama lainLulu Tobing
PekerjaanPelakon
Model
Tahun aktif1992–kini
PasanganDanny Bimo Hendro Utomo
Ibu bapaBasaruli Tobing (ayah)
Annie Rosniar (ibu)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2002 Aku Ingin Menciummu Sekali Saja Kasih C & T Productions, Prima Entertainment & SET Film Workshop
2012 Negeri 5 Menara Amak Million Pictures
2019 Dua Garis Biru Rika Starvision Plus & Wahana Kreator Nusantara
2021 Yang Tak Tergantikan Aryati Falcon Pictures
Persahabatan Bagai Kepompong Indah Frame Ritz Pictures & Max Pictures
Tersanjung the Movie Indah Besari muda Dapur Film & MVP Pictures

Drama lipur lara sunting

Rujukan sunting

Didahului oleh:
Clara Nelly Rumondang
Pemenang GADIS Sampul
1992
Digantikan oleh:
Ersa Mayori