Lumba basikal di Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Lumba basikal pada Olimpik Musim Panas 2012 telah dijadualkan untuk diadakan di lima lokasi berbeza, iaitu London Velopark untuk acara lumba balapan dan BMX,[1] dan Hadleigh Farm di Essex untuk acara lumba basikal gunung.[2] Acara lumba jalanan akan menggunakan laluan bermula dan berakhir di The Mall[3] dan menuju ke Surrey, dan acara uji masa akan diadakan di Hampton Court Palace.

Lumba basikal
di Sukan Olimpik XXX
Piktogram acara lumba basikal pada Olimpik 2012
TempatLondon Velopark
Tarikh28 Julai - 12 Ogos
← 2008
2016 →

18 acara akan dipertandingkan dan 500 atlet dijangka akan bertanding.

Berbanding dengan acara lumba basikal pada Olimpik 2008, terdapat banyak perubahan dalam acara berbasikal balapan untuk Olimpik 2012. Acara kejar-mengejar lelaki dan wanita, dan acara Madison lelaki telah dikeluarkan daripada program Olimpik. Pecut berpasukan dan keirin telah ditambah ke dalam acara wanita, dan acara omnium akan menjadi acara baru untuk kedua-dua lelaki dan wanita.[4]

Penggunaan sukan sunting

Acara lumba jalanan di Sukan Olimpik Paralimpik asalnya dijadualkan untuk diadakan di Regent's Park dan Hampstead Heath. Sebaliknya, lumba jalanan Olimpik akan bermula dan berakhir di The Mall di tengah London dan menuju ke arah barat daya yang melibatkan beberapa pusingan di Box Hill, Surrey.[5] Lumba jalanan bagi sukan Paralimpik pula akan diadakan di Brands Hatch.[6] Acara lumba basikal gunung akan diadakan di Hadleigh Farm setelah UCI mengatakan laluan di Weald County Park[7] adalah "terlalu mudah" pada Julai 2008.[8] Ada yang mengatakan bahawa trek acara tersebut boleh dibuat di Wales.[9] Satu lokasi di Kent juga turut dipertimbangkan.[10]

Kelayakan sunting

Jadual pertandingan sunting

H Bahang/permulaan ¼ Suku akhir ½ Separuh akhir F Akhir
BMX, lumba basikal gunung and lumba basikal jalanan[11][12][13]
Acara↓/Tarikh → Sab 28 Aha 29 Rab 1 Rab 8 Kha 9 Jum 10 Sab 11 Aha 12
BMX (lelaki) H ¼ ½ F
BMX (wanita) H ½ F
Lumba basikal gunung
Merentas desa (lelaki) F
Merentas desa (wanita) F
Lumba basikal jalanan
Lumba jalanan (lelaki) F
Uji masa (lelaki) F
Lumba jalanan (wanita) F
Uji masa (wanita) F
Lumba basikal balapan[14]
Tarikh → Kha 2 Jum 3 Sab 4 Aha 5 Isn 6 Sel 7
Acara ↓ A A M A M A A M A
Keirin (lelaki) H ½ F
Omnium (lelaki) FL PR ER IP SR TT
Pecut (lelaki) H ¼ ½ F
Kejar-mengejar pasukan (lelaki) H ½ F
Pecut pasukan (lelaki) H ½ F
Keirin (wanita) H F
Omnium (wanita) FL PR ER IP SR TT
Pecut (wanita) H ½ F
Kejar-mengejar pasukan (wanita) H ½ F
Pecut pasukan (wanita) H ½ F
M = Sesi pagi, A = Sesi tengah hari
FL = Pusingan terbang (Flying lap), PR = Lumba mata, ER = Lumba penyingkiran, IP = Kejar-mengejar perseorangan, SR = Lumba tarik diri (Scratch race), TT = Uji masa

Rujukan sunting

  1. ^ "VeloPark". Diterima pada 11 Disember 2009.
  2. ^ "Hadleigh Farm, Essex". Diterima pada 11 Disember 2009.
  3. ^ "The Mall | Venues". London 2012. Diterima pada 25 Oktober 2011.
  4. ^ "IOC approves new events for London 2012". IOC. Diterima 11 Disember 2009.
  5. ^ "Laman London 2012 tentang lumba basikal jalanan". London2012.com. Diterima 25 Oktober 2011.
  6. ^ "BBC Sport – Brands Hatch to host London 2012 Paralympic cycling". BBC News, 20 Mei 2011. Diterima 25 Oktober 2011.
  7. ^ "BBC SPORT | Olympics | London 2012 | Essex venue to host 2012 biking". BBC News, 11 Ogos 2008. Diterima 25 Oktober 2011.
  8. ^ "BBC SPORT | Olympics & Olympic sport | London 2012 | Mountain bike course 'too easy'". BBC News, 1 Februari 2008. Diterima 25 Oktober 2011.
  9. ^ "UK | Wales | Coe dampens mountain bike hopes". BBC News, 1 Julai 2008. Diterima 25 Oktober 2011.
  10. ^ Keith Bingham (15 Ogos 2008). "Lord Coe selects Hadleigh in Essex as 2012 Olympic mtb venue | Olympics 2012". Cycling Weekly. Diterima 25 Oktober 2011.
  11. ^ "Olympic sport competition schedule". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-08. Dicapai pada 28 March 2012. |first= missing |last= (bantuan)
  12. ^ "Olympic sport competition schedule". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-04. Dicapai pada 28 March 2012. |first= missing |last= (bantuan)
  13. ^ "Olympic sport competition schedule". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-06. Dicapai pada 28 March 2012. |first= missing |last= (bantuan)
  14. ^ "Olympic sport competition schedule". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-03. Dicapai pada 28 March 2012. |first= missing |last= (bantuan)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.