Buka menu utama

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

Popia
LunBhia.jpg
Gambaran dari dekat balutan kulit popia dengan isi taugeh dan bahan-bahan yang lain.
Nama alternatifBaobing, Runbing, Bopijuan
Tempat asalFujian, China
KawasanTaiwan, Burma (Myanmar), Malaysia, Singapore (Teochew dan kawasan yang bertutur bahasa Hokkien)
Bahan utamakulit popia, sengkuang, lobak merah, tauhu goreng (yang didadukan), kacang panjang, taugeh, udang kering
di Wikibuku Buku Masakan: Popia  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Popia

Variasi IntiSunting

SayurSunting

Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun,lobak merah, tauhu, taugeh,dan sengkuang yang dihiris-hiris.

SerundingSunting

Serunding yang sering digunakan adalah dari daging ikan tenggiri dan ikan bilis. Hasil laut yang lain ialah udang kering. Boleh juga dibuat dari daging lembu dan ayam.

IkanSunting

Ikan sardin dalam tin selalu menjadi pilihan untuk dijadikan inti popia. Manakala, industri makanan beku di Malaysia telah memperkenalkan popia berinti otak-otak.

Jenis popiaSunting

Tidak BergorengSunting

  • Popia Basah

BergorengSunting

  • Popia Goreng
  • Popia Bersira
  • Popia Mini
  • Simpul Kasih
  • Popia Otak-otak

GaleriSunting