Luna Fantasiku ialah sebuah siri drama Internet yang disiarkan di gua.com.my selepas berakhirnya Kerana Karina 2. Siri drama ini merupakan percubaan sulung Aziz M. Osman di platform hiburan Internet setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia hiburan.[1] Barisan pelakon utama siri drama yang diilhankan dari seni anime ini semuanya merupakan wajah-wajah serba baru, iaitu Sahee Shamsudin, Miera Leyana, Samsul Ariffin Muktar, Scha Al-Yahya dan Shahz Jaszle.

Luna Fantasiku
GenreDrama, Komedi, Romantik
Dibangunkan oleh
Anjung Saujana
Ace Motion Pictures
PengarahAziz M. Osman
Dibintangi oleh
Sahee Shamsudin
Miera Leyana
Samsul Ariffin Muktar
Scha Al-Yahya
Shahz Jaszle
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim1
Bilangan episod20 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitAzly Shah Mohd Khalid
Aziz M. Osman
PenyuntingAben Othman
LokasiKuala Lumpur
Singapura
Tempoh siaranLebih kurang 5 minit per episod
Penyiaran
Saluran asalgua.com.my
Siaran asal11 Julai 200822 Ogos 2008
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Luna Fantasiku mengisahkan pencarian Midus untuk seorang kekasih yang mirip watak wanita utama di dalam anime kegemarannya. Kehidupan Midus terumbang-ambing apabila kekasih hatinya, Sarah, memutuskan hubungan mereka apabila wujud orang ketiga. Sebagai seorang animator, dunia Minus lebih cenderung ke arah legar siber lantar menimbulkan kesunyian yang menyebabkan dirinya ingin mencari kekasih baru. Kerana minatnya yang mendalam kepada anime Final Fantasia, Midus nekad mencari seorang yang mirip Luna, salah seorang watak utama di dalam anime kegemarannya itu. Keputusan Midus mendapat sokongan mantap daripada sahabat karibnya, Nico. Usaha menemui kekasih idamannya di laman web GUASPACE disulami pelbagai insiden yang melucukan. Tetapi akhirnya Midus berjaya menemui seorang gadis yang juga bernama Luna. Namun, percintaan mereka yang baru memutik diganggu apabila Sarah muncul kembali dalam kehidupan Midus. Dugaan Midus ditambah apabila Luna terpaksa pulang ke Singapura atas urusan keluarga.[2]

Watak sunting

Midus (Sahee Shamsudin)
Watak utama siri Luna Fantasiku. Mula-mulanya, dia bekerja sebagai animator di Singapura, tetapi setelah diberhentikan kerja atas sebab ekonomi, dia berpindah kembali ke Kuala Lumpur untuk mengambil kerja pelukis komik. Midus asyik mengidam-idamkan teman wanita yang seayu watak Luna dari siri anime Final Fantasia, sehingga pada suatu hari hajatnya tertunai apabila bertemu dengan gadis seayu watak anime tersebut yang kebetulan namanya Luna. Nama Midus dipetik dari "Tidus", seorang watak permainan video Final Fantasy X; begitu juga dengan nama Final Fantasia sendiri yang diilhamkan oleh nama siri permainan video berkenaan.
Luna (Miera Leyana)
Gadis Singapura yang menepati ciri-ciri wanita yang diidamkan Midus. Pertama kali mereka bertemu di Singapura masa Midus baru kehilangan kerja, mereka belum saling berkenalan lagi. Sejak itu, Midus berhubung dengan seorang bernama "Luna" melalui GUASPACE tanpa menyedari memanglah dia itu Luna yang pernah ditemuinya di Singapura dahulu, sehingga mereka bertemu di KL atas janji yang diluahkan di ruang siber, lalu semakin rapat sesama sendiri. Luna diilhamkan oleh Yuna dari Final Fantasy X.
Nico (Samsul Ariffin Muktar)
Kawan karib Midus yang "lurus bendul" kerana terlalu mudah percaya orang di ruang siber tanpa meneliti siapa mereka yang sebenar. Dialah yang memperkenalkan GUASPACE kepada Midus di mana Midus berhubung dengan Luna sebelum jatuh hati kelak.
Sarah (Scha Al-Yahya)
Bekas teman wanita Midus yang materialistik sampai sanggup berpecah dengannya agar bersama Fendi di awal siri, tetapi setelah hubungannya dengan Fendi kian renggang, dia cuba menawan kembali hati Midus pula, padahal Midus tengah bercinta dengan Luna.
Fendi (Shahz Jaszle)
Watak jahat siri ini yang disifatkan mementingkan diri sendiri. Dia pernah memikat Sarah untuk satu tempoh yang singkat.

Penerbitan sunting

Drama Luna Fantasiku banyak menampakkan usnur siber dan pengaruh manga dan anime (komik dan animasi Jepun). Kata Aziz, mula-mulanya beliau ragu-ragu untuk membikin drama Internet, tetapi setelah melakukan penyelidikan barulah beliau lebih yakin untuk membuat karya sedemikian. Tambahan pula, skrip yang diterimanya cukup menarik kerana beliau dan anaknya amat meminati manga. Luna Fantasiku ditulis oleh Khairul Shah Hassan, yang juga bekerja sebagai seorang eksekutif transkoder di Alt Media. [1]

Dengan penggabungan beberapa efek khas, penonton bakal menikmati sepenuhnya drama yang diolah secara kreatif. Tambah Aziz lagi, “Amat mudah bagi penonton untuk menghayati karakter-karakter yang terdapat dalam Luna Fantasiku kerana karakter-karakter ini menggambarkan aktiviti remaja masa kini yang cenderung dengan cyber-chatting, pesanan ringkas SMS dan juga temu janji siber.”[3]

Episod sunting

# Tarikh keluaran Ringkasan
1 11 Julai 2008 Midus seorang animator yang berkerja di Singapura dan juga peminat setia Final Fantasia. Impiannya hanya satu untuk bertemu Luna iaitu wanita di samping Midus di dalam Final Fantasia. Sarah kekasih Midus tiba di Singapura untuk memutuskan hubungan mereka. Midus tertekan atas perpisahan itu.
2 14 Julai 2008 Setelah perpisahan bersama Sarah, Midus cuba mencari wanita misteri mirip wajah Luna di beberapa pameran anjuran animator seluruh dunia di Singapura. Midus diberhentikan kerja kerana faktor kegawatan ekonomi. Tekanan yang dihadapi Midus terhadap masalah peribadi membuatkan dia cuba mencari ketenangan. Luna hadir secara tiba-tiba dan Midus cuba menggunakan peluang sebaik boleh untuk mendampingi gadis idamannya.
3 16 Julai 2008 Midus pulang ke Kuala Lumpur. Dia masih terkenang Luna gadis misteri. Nico, rakan baik Midus ingin berjumpa gadis idamannya Nita di laman web Guaspace. Midus menemani Nico untuk bertemu Nita seorang yang menarik dan cantik di dalam Guaspace tetapi sebenarnya…
4 18 Julai 2008 Midus melalui hari-hari membosankan dengan kerenah rakan-rakan sekerja. Midus berangan-angan menumpaskan Fendi di alam fantasi untuk menghilangkan dendam terhadap Sarah dan Fendi. Midus telah mendapat kad jemputan yang tak di sangka...
5 21 Julai 2008 Suasana sepi dan kemurungan dirasai Midus setelah mengetahui Sarah akan melangsungkan perkahwinan bersama Fendi. Nico memberi motivasi kepada Midus untuk mencari pengganti Sarah dan mengajak beriadah bermain bola keranjang. Nico telah mendekati seorang gadis misteri. Siapakah dia?
6 23 Julai 2008 Jambu rakan sekerja Midus telah bertemu seorang teman wanita cantik dari Guaspace. Midus teruja untuk mencari pasangan di laman web dengan mendaftar laman web Guaspace.Midus telah berchating dengan seseorang yang dikenalinya.
7 25 Julai 2008 Nico hairan Midus tidak bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya kerana sibuk melayari Guaspace. Midus teruja untuk berjumpa Luna setelah sekian lama bersembang bersama. Nico cuba menghalang niat Midus untuk bertemu Luna. Midus nekad bertemu Luna tetapi…
8 28 Julai 2008 Midus dan Luna melalui hari-hari yang mengembirakan serta sering bersama seperti pasangan kekasih. Nico rasai keceriaan dan perubahan kawan karibnya. Nico terperanjat setelah mengetahui siapa Luna.
9 30 Julai 2008 Midus memperkenalkan Luna kepada Nico. Nico segan kepada Luna kerana pernah mengacaunya. Luna berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan Midus. Midus mendapat panggilan seseorang yang membuatkan Luna cemburu.
10 1 Ogos 2008 Sarah ingin berjumpa Midus untuk meluahkan masalahnya, dalam masa yang sama Midus memperkenalkan Luna kepada Sarah untuk tujuan provoke . Midus memanggil Fendi bersama dalam pertemuan itu untuk mengelak salah sangka antara pasangan masing-masing. Nico kesepian dan cuba mencari pasangan di Guaspace setelah mengetahui Midus.
11 4 Ogos 2008 Sarah buntu untuk mencari Midus dan meminta Nico untuk membantunya. Nico memberitahu bahawa Midus gembira hidupnya sekarang di samping Luna dan berharap Sarah menjauhi darinya. Nico menasihatkan Midus supaya berhati - hati atas tingkah laku Sarah.
12 6 Ogos 2008 Midus telah di kejutkan dengan kehadiran Sarah dan memberi pandangan cemburu terhadap Luna. Berlaku Konflik antara Luna dan Midus dalam hubungan mereka. Midus bingung setelah Luna menjauhi darinya.
13 8 Ogos 2008 Midus cuba memujuk Luna dengan berbagai cara untuk mendapat hati Luna. Luna simpati usaha yang di lakukan Midus terhadapnya. Nico dan Midus berpakat untuk mendapatkan kepercayaan Luna dengan melakukan aksi menghiburkan, adakah mereka berjaya?
14 11 Ogos 2008 Midus menerima kejutaan setelah di naikkan pangkat oleh majikannya. Sarah masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Midus kembali dengan berbagai cara. Hubungan Midus dan Luna kembali baik tetapi Luna terpaksa membuat keputusan untuk balik ke Singapura untuk menyambung pengajian.
15 13 Ogos 2008 Midus dan Luna saling merindui antara satu sama lain, mereka terpaksa menerima hakikat situasi keadaan mereka. Sarah cuba mempengaruhi Midus untuk menjalin ikatan yang lebih serius.
16 15 Ogos 2008 Midus menjalin hubungan yang baik bersama Sarah, tetapi hatinya masih kepada Luna. Midus terpaksa mengikut cara hidup Sarah untuk lebih kasual dan mewah. Midus meminta pendapat Nico keputusan yang di lakukan selama ini terbaik atau silap.
17 18 Ogos 2008 Sarah cuba mengubah penampilan Midus secara paksaan, membuatkan Midus rimas tingkah laku Sarah. Sikap tidak ada persamaan antara mereka membuatkan hubungan mereka menjadi dingin. Fendi kembali hadir dalam kesusutan hubungan antara Midus dan Sarah, sememangnya untuk menawan balik hati Sarah.
18 20 Ogos 2008 Sarah dan Midus membuat persiapan perkahwinan dalam suasana hambar. Luna hadir dalam keadaan Midus di dalam dilema. Midus terpaksa menjauhi dari Luna atas tindakannya untuk mengawini Sarah.
19 22 Ogos 2008 Nico cuba memberi pandangan terhadap pendirian Midus selama ini, malah Midus terpukul dengan pandangan Nico bahawa selama ini dia telah membuat kesilapan dan etika peribadi. Sarah dan Fendi berlaku curang di depan Midus di gim.
20 22 Ogos 2008 Midus ke Singapura untuk mencari Luna. Akhirnya mereka bertemu di Singapore Flyer, maka berbahagialah mereka berdua.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Li Ee Kee (2008-07-09). "Saksikan 'Luna Fantasiku' Jumaat Ini". gua.com.my. Dicapai pada 2008-07-11.
  2. ^ Li Ee Kee (2008-07-07). "'Luna Fantasiku' Drama Online Terbaru Gua". gua.com.my. Dicapai pada 2008-07-11.[pautan mati kekal]
  3. ^ Budiey Isma (2008-07-09). "Sekitar Pelancaran Drama Online Pertama Arahan Aziz M Osman". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20008-07-11. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar sunting