Luncur papan selaju

Luncur papan selaju ialah suatu sukan lasak melibatkan penunggangan papan selaju serta aksi helah daripadanya. Sukan ini boleh dianggap sebagai suatu aktiviti rekreasi, kerjaya, atau kaedah pengangkutan.[1]

Sukan ini mendapat pengiktirafan terbesarnya selepas pengumuman dibuat pada tahun 2016 bahawa sukan ini dimasukkan sebagai acara dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Ocean Howell (2003). "Extreme Market Research". Topic Magazine. Topic Magazine. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
  2. ^ "Skateboarding Is Officially an Olympic Sport. What Now?". 6 Ogos 2016. Dicapai pada 8 Ogos 2016.