Luncur papan selaju di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Luncur papan selaju di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 25 Julai hingga 5 Ogos 2021 di Taman Sukan Bandar Ariake, Tokyo. Perlawanan ini merupakan penampilan utama sukan luncur papan selaju dalam Sukan Olimpik. Sebanyak empat acara dipertandingkan melibatkan 80 peserta dari 25 negara.

Luncur papan selaju
di Sukan Olimpik XXXII
TempatTaman Sukan Bandar Ariake
Tarikh25 Julai – 5 Ogos 2021
Bil. acara4
Pesaing80 dari 25 negara
2024 →

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Pengenalan sunting

Luncur papan selaju ialah suatu sukan lasak yang melibatkan penunggangan papan selaju serta aksi helah daripadanya. Luncur papan selaju mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada edisi tahun 2020. Sebanyak 80 peserta menyertai acara ini menjadikan mereka sebagai kumpulan peserta pertama yang bertanding dalam sukan ini. Sebanyak empat acara dipertandingkan melibatkan dua disiplin iaitu luncur taman dan luncur jalan.

Yuto Horigome dari Jepun menjadi peserta pertama yang meraih pingat emas dalam sukan ini iaitu dalam acara jalan lelaki. Jepun menjadi negara yang paling banyak merangkul pingat iaitu lima pingat terdiri daripada tiga emas, satu perak dan satu gangsa.[2]

Jadual sunting

Kata kunci
K Kelayakan A Akhir
Jadual[3]
Tarikh
Acara
25 Jul 26 Jul 4 Ogo 5 Ogo
Lelaki
Jalan K A
Taman K A
Wanita
Jalan K A
Taman K A

Pungutan pingat sunting

Jadual pingat sunting

  *   Tuan rumah (Jepun)

KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1  Jepun*3115
2  Australia1001
3  Brazil0303
4  Amerika Syarikat0022
5  Great Britain0011
Jumlah (5 NOC)44412

Pemenang pingat sunting

Acara Emas Perak Gangsa
Taman lelaki Keegan Palmer
  Australia
Pedro Barros
  Brazil
Cory Juneau
  Amerika Syarikat
Taman wanita Sakura Yosozumi
  Jepun
Kokona Hiraki
  Jepun
Sky Brown
  Great Britain
Jalan lelaki Yuto Horigome
  Jepun
Kelvin Hoefler
  Brazil
Jagger Eaton
  Amerika Syarikat
Jalan wanita Momiji Nishiya
  Jepun
Rayssa Leal
  Brazil
Funa Nakayama
  Jepun

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Skateboarding at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Februari 2022.
  3. ^ "Schedule - Skateboarding Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2020.