Lungsin dan pakan merujuk kepada dua komponen utama yang digunakan untuk menganyam benang menjadi suatu kain atau fabrik. Lungsin atau loseng merujuk kepada benang anyaman yang memanjang pada kain yang ditenun[1] manakala pakan ialah benang anyaman yang mendatar dan menyilang merentasi benang lungsin itu.[2][3]

Gambarajah tenunan benang dalam kain;
merah - benang pakan
benang biru yang melingkar - benang lungsin

Benang pakan cederung kurang kuat berbanding benang lungsin kerana ia tidak perlu diregangkan sekuat-kuatnya ketika ditenun. Ia dahulunya ditenunnya menggunakan akik tangan namun cuban atau jet udara khas kini lebih digunakan untuk tujuan tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ "'lungsin' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Julai 2018.
  2. ^ "'pakan' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Julai 2018.
  3. ^ "Weft". The George Washington University Museum and The Textile Museum (dalam bahasa Inggeris). Washington, DC: George Washington University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-10. Dicapai pada 10 Ogos 2017.