Luqman Hafidz

Pelakon lelaki Malaysia

Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi (lahir 14 April 1991) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Ola Bola menerusi watak Ali. Sejak itu beliau muncul pelbagai drama mahupun telefilem dan juga dikenali sebagai pengacara menerusi beberapa rancangan TV iaitu Hadis, Rentak Juara, dan Selera Bajet.[2]

Luqman Hafidz
Kelahiran
Muhd Luqman Hafidz bin Mohd Fauzi[1]

(1991-04-14) 14 April 1991 (umur 33)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2016–kini
Ketinggian1.79 m (5 ka 10 in)
PasanganNurul Atiqah Mad Apandi (k. 2020; c. 2022)
Anak-anak1

Kerjaya sunting

Luqman Hafidz memulakan kerjaya lakonan profesional[3] menerusi filem drama sukan 2016 arahan Chiu Keng Guan, Ola Bola yang ditayangkan pada 28 Januari 2016.[4][5] Beliau membintangi bersama Johan As'ari dan Hanna Aqeela dalam drama Mr. Tanda Soal yang bersiaran di Slot Dahlia TV3, ia menjadi drama pertama lakonannya.

Kerjaya televisyen beliau bermula dengan mengacarakan rancangan Hadis di TV9. Luqman membuat penampilan teater sulungnya menerusi teater muzikal Ola Bola yang menyaksikan beliau kembali menjayakan watak Ali.[6][7]

Beliau merupakan salah seorang dari barisan pelakon drama Selafaz Cinta yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin dan Puteri Aishah. Selain itu, Luqman turut berlakon dalam drama hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia, Sembil9n yang mana beliau memegang watak sebagai Saduri.[8]

Kehidupan peribadi sunting

Luqman merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau juga seorang aktif dalam sukan bola sepak dan meminati pelakon Bollywood, Datuk Shahrukh Khan sebagai Idola dalam dunia lakonan serta pernah bergambar dengan ahli politik, Khairy Jamaluddin selepas beliau menyandang gelaran Pemain Terbaik di Kejohanan YB Khairy Jamaluddin.[9]

Beliau berkahwin dengan Nurul Atiqah Mad Apandi pada 20 Mac 2020. Majlis perkahwinan berlangsung secara ringkas dan mengikut garis panduan oleh pihak berkuasa sebagai langkah keselamatan terhadap pandemik COVID-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020.[10][11][12][13] Beliau mempunyai seorang anak perempuan dengan isterinya. Pada bulan Jun 2022, beliau telah bercerai dengan isterinya.[14]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Ola Bola Ali Filem pertama
2018 Busker Meor Penampilan khas
2019 Rise to Power: KLGU Bad
2021 J2: J Retribusi Sani
2022 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Laskar Udara Kanan Azran Ahmad / Gaban
Juang Pesakit Positif
2024 Rain Town
TBA Perisik Pra-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Mr Tanda Soal Zamir TV3
Tika Langit Terbuka: Jodoh Pasti Bertemu Azman Astro Oasis
2017 Sayang Papa Saya Tak Yusri Astro Ria
Megat Extend Iwan Astro Warna
Chor & Chah Azhar YouTube
Perempuan Paling Bahagia Rafi Astro Oasis
Saka Sisters Taqriz Astro Warna
2018 Chor & Chah 2 Azhar YouTube
Jangan Benci Cintaku Faris TV3
Selafaz Cinta Haris Astro Prima
2019 Ajari Playboy Itu Zack TV3
Tuan Danial Rizal TV3
Sembil9n Saduri Astro Citra
Sepenggal Puisi Billy
Dia Yang Ku Cinta Hafidz Andrew TV3
2019–2021 Black Ilya Hamid Viu
2020 Cinta Untuk Raf Raf TV1
Cinta Sekali Lagi Dr Izamel TV3
2021 Alif Ba Ta Ta Awesome TV
Ahli Bapak Bapak Club Bob Astro Ria
2022 Antara Ikhlas & Kaca Wazir Awesome TV
Ku Punya Hati Rezza TV3
Reen Putus Cinta Awesome TV
2023 Cinta Yang Tertangguh Adrish Haqiey TV1
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Astro Ria
Beautiful Love Revenge Farid

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Sabotaj Fadlan TV1
Alien Janda Baik Kadir Astro Citra
2017 Hisyam Dan 3 Hantutiyers Hisyam
Koma Raya Ghani TV1
Nurseri Sado Sadat TV2
2018 Roni World Cup Roni Astro Warna
Arafah Suami Arafah TV3
Bayang Yanz TV1
30 Hari Membunuh Cinta Wafie Astro Citra
2019 Lelaki Kelas Sebelah Bawan TV3
14 Hari Adam
2021 Cinta 24 Jam TV2
2022 Cinta Koma Zamri
Walimatul Tak Urus Irwanshah Awesome TV
2023 Seindah Kasih The Movie Khairul tonton
Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Nasir TV3
Hantu Musang King Hilman TV2
Dalang Zain tonton

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah
2018 Ola Bola The Musical Ali Tiara Jacquelina

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 Hadis Pengacara TV9
Rentak Juara TV2
Selera Bajet HyppTV

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Luqman Hafidz". encikshino.com. 10 November 2017.
  2. ^ Rozianah Risman (23 Jun 2018). Luqman serius dalam bidang seni Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  3. ^ Farhana Ab Rahman (22 Jun 2016). Luqman Hafidz sedia dalami ilmu lakonan Berita Harian. Dicapai pada 23 Jun 2016.
  4. ^ Madiha Abdullah (17 Oktober 2017). Tak sanggup tengok orang lain bawa watak Ali: Luqman Hafidz Astro Awani. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  5. ^ Farhana Ab Rahman (23 Oktober 2016). Luqman Hafidz tenggelam selepas Ola Bola? Berita Harian. Dicapai pada 23 Oktober 2016.
  6. ^ Syafiqah Jalal (30 Januari 2018). "Saya Tak Rela Lepaskan Watak Ali Pada Orang Lain"- Luqman Sanggup Pergi Uji Bakat Ola Bola Muzikal Astro Gempak. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  7. ^ Syafiqah Jalal (31 Januari 2018). Luqman Hafidz Cedera Ketika Latihan Ola Bola The Musical Astro Gempak. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  8. ^ Kamaruddin Razal (12 Oktober 2018). “Karya ini paling mencabar kerana..." - Luqman Hafidz Astro Gempak. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
  9. ^ Muhammad Adnan (10 Mei 2015). Gara-Gara Foto Selfie Bersama KJ, Luqman Jadi Pelakon MStar Online. Dicapai pada 6 September 2018.
  10. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 Mac 2020). Luqman Hafidz nikah ketika PKP Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2020.
  11. ^ Farihad Shalla Mahnud (20 Mac 2020). Luqman Hafidz patuhi syarat bendung COVID-19 sebelum nikah Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2020.
  12. ^ Qarami Hashim (21 Mac 2020). Luqman Hafidz kini suami orang, nikah secara tertutup kerana Covid-19 mStar Online. Dicapai pada 7 April 2020.
  13. ^ Zulhilmi Jalil (20 Mac 2020). Berkawan 4 Tahun, Luqman Hafidz Akhiri Zaman Bujang Dengan Wanita Pilihan Astro Gempak. Dicapai pada 7 April 2020.
  14. ^ Najiy Jefri (30 Disember 2022). Luqman mengaku sudah ceraikan isteri Berita Harian.

Pautan luar sunting