Lusong Laku merupakan penempatan orang Penan yang terletak di daerah Belaga,Sarawak,Malaysia.Penempatan mereka berdekatan dengan projek Empangan Bakun. Perjalanan mengambil masa kira-kira sembilan jam perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda melalui denai balak dari Kapit.

Pada 29 Julai 2009, pasukan bergerak Jabatan Pendaftaran Negara berjaya meluluskan permohonan MyKad bagi 227 masyarakat Penan dan 125 permohonan bagi pendaftaran kelahiran yang lewat didaftarkan. Telekom Malaysia meluluskan pemasangan rangkaian Internet bagi Sekolah Kebangsaan Lusong Laku. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah juga meluluskan bantuan berjumlah RM100,000 untuk membeli bahan membina rumah bagi tiga penempatan Penan iaitu Lusong Laku (RM50,000), Long Abit dan Long Kajang (masing-masing RM25,000).

Pada 29 Julai 2009, petempatan ini dilawati VIP terkenal. Antaranya ialah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu dan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad dan Aaron Dagang (MP Kanowit) . Sementara Alexander Nanta Linggi (Kapit) dan Datuk Billy Abit Joo (Hulu Rajang) sebagai hos dan koordinator.

Masyarakat ini diibaratkan penyu yang datang secara rahsia ke pantai pada waktu malam untuk bertelur. Mereka bertelur beratus biji tanpa dilihat tidak sepertimana ayam yang bertelur sebiji tetapi riuh sekampung, semua orang tahu mengenainya. [1]

Rujukan

sunting