Luxembourg
Rencana ini perlu dikemas kini.(Ogos 2022) |
Luxembourg -disebut [luk sĕm.burg] atau [lak.sĕm.bĕrg] - atau nama rasminya Kadipaten Agung Luxembourg (bahasa Perancis: Grand-Duche de Luxembourg, bahasa Jerman: Großherzogtum Luxembourg, bahasa Luxembourg: Groussherzogtum Lëtzebuerg) adalah sebuah negara yang tidak bersempadan dengan laut di Eropah bahagian barat laut, bersempadan dengan Perancis (sempadan panjang 73 km), Jerman (panjang sempadan 138 km) dan Belgium (panjang sempadan 148 km). Merupakan negara dengan luas 2,586 kilometer persegi.
Kadipaten Agung Luxembourg کأديڤاتين اڬوڠ لوكسمبورڬ Groussherzogtum Lëtzebuerg Grand-Duché de Luxembourg Großherzogtum Luxemburg | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Mir wëlle bleiwe wat mir sinn" Kami ingin mengekalkan diri sendiri | |||||
Lagu kebangsaan: Ons Heemecht Tanah Airku | |||||
![]() | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Bandar Luxembourg | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Luxembourg, Perancis, Jerman | ||||
Kerajaan | Monarki unitari berparlimen | ||||
• Monarki | Henri | ||||
Xavier Bettel | |||||
• Naib Perdana Menteri | Etienne Schneider | ||||
Badan perundangan | Dewan Perundangan | ||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada Empayar Perancis dan penaiktarafan kepada negara "Duchy Besar" | 15 Mac 1815 | ||||
• Kemerdekaan dengan kesatuan persendirian bersama Belanda (Perjanjian London) | 19 April 1839 | ||||
• Pengesahan kemerdakaane Perjanjian London | 11 Mei 1867 | ||||
• Penamatan kesatuan bersama Kerajaan Belanda | 23 November 1890 | ||||
• daripada Jerman Nazi | 1944 / 1945 | ||||
24 October 1945 | |||||
• Mengasas Komuniti Ekonomi Eropah[note 1] | 1 Januari 1958 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 2,586.4 km2 (998.6 bt2) (ke-168) | ||||
0.60% | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Januari 2018 | ▲ 602,005[1] (ke-164) | ||||
• Bancian Penduduk 2001 | 439,539 | ||||
233.7/km2 (605.3/sq mi) (ke-58) | |||||
KDNK (PPP) | 2017 | ||||
• Jumlah | $64 billion[2] (ke-94) | ||||
$109,192[2] (ke-3) | |||||
KDNK (nominal) | 2017 | ||||
• Jumlah | $64 billion[2] (ke-71) | ||||
$105,803[2] (Pertama) | |||||
Gini (2014) | ![]() rendah · ke-19 | ||||
HDI (2015) | ▲ 0.898[4] sangat tinggi · ke-20 | ||||
Mata wang | Euro (€)b ( EUR ) | ||||
Zon waktu | CET (UTC+1) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Bahagian memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +352 | ||||
Kod ISO 3166 | LU | ||||
DPT internet | .luc | ||||
|
GeografiSunting
Luxembourg adalah salah satu negara terkecil di Eropah. Ia berada pada kedudukan ke-167 dalam ukurannya berbanding negara-negara lain. Negara ini luasnya sekitar 2,586 km². Luxembourg bersempadan dengan wilayah Luxembourg milik Belgium di sebelah barat, yang luasnya sebesar 4,443 km², hampir dua kali luas negara ini.
Di utara, bahagian-bahagian dari Ardennes, berbukit-bukit dan gunung-gunung dengan ketinggian rendah, dengan Buurgplaatz sebagai titik tertinggi pada 559 m. Bahagian lain dari negara ini juga berbukit-bukit.
Sempadan timur Luxembourg dibentuk oleh tiga sungai, Moselle, Sauer/Sure dan Our.
EkonomiSunting
Ekonomi yang stabil, berpendapatan tinggi mencirikan pertumbuhan yang sederhana, inflasi rendah, dan kadar pengangguran yang rendah pula. Sektor industri, yang hingga kebelakangan ini didominasi oleh baja, kini semakin beranekaragam dan merangkumi pula kimia, getah, dan produk-produk lain. Dalam beberapa dekad terakhir, pertumbuhan dalam sektor kewangan telah lebih dari menggantikan penurunan dalam baja. Sektor perkhidmatan, khususnya perbankan, menyumbangkan perkadaran yang bertumbuh dari ekonomi. Agrikultur berdasarkan pada pertanian kecil yang dimiliki keluarga-keluarga. Luxembourg secara khusus mempunyai hubungan dagang dan kewangan yang rapat dengan Belgium dan Belanda, dan sebagai ahli Kesatuan Eropah juga menikmati keuntungan-keuntungan dari pasaran Eropah yang terbuka. Luxembourg mempunyai KDNK per kapita tertinggi di dunia, sebanyak USD 87,955 (2005). Tingkat pengangguran 4.4% dari seluruh angkatan kerja pada Julai 2005.
Lihat jugaSunting
NotaSunting
- ^ Kini Kesatuan Eropah since 1993.
RujukanSunting
- ^ "Population" (PDF). Dikemaskini pada 19 April 2018
- ^ a b c d "Luxembourg". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
- ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income (source: SILC)". Eurostat Data Explorer. Dicapai pada 4 Disember 2015.
- ^ "2016 Human Development Report". Rancangan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 2016. Dicapai pada 25 Mac 2017.