Lycaenidae merupakan famili kupu-kupu kedua terbesar, dengan sekitar 6000 spesies di seluruh dunia,[1] dikenali dengan jolokan kupu-kupu berkepak nipis. Lycaenidae membentuk 40% spesies kupu-kupu yang diketahui.[2]

Lycaenidae
Peablue
Lampides boeticus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
(tanpa pangkat):
Superkeluarga:
Keluarga:
Lycaenidae

Leach, 1815
Subfamili

Curetinae
Liphyrinae
Lipteninae
Lycaeninae
Miletinae
Polyommatinae
Poritiinae
Theclinae
dan rujuk teks

Famili ini lazimnya terbahagi kepada subfamili 'biru' (Polyommatinae), 'tembaga' (Lycaeninae), 'jalur bulu' (Theclinae) dan 'penuai' (Miletinae); tetapi juga terdiri daripada Lipteninae, Liphyrinae, Curetinae dan Poritiinae. Sesetengah pihak masuh menyertakan famili Riodinidae dalam Lycaenidae. Bekas subfamili monotip Styginae yang diwakili oleh Styx infernalis dari kawasan Andes Peru telah digolongkan dalam subfamili Euselasiinae[3] dalam famili Riodinidae.[4]

Kupu-kupu dewasanya kecil, lazimnya di bawah 5 cm, dan berwarna terang-terang, adakalanya berkilat. Kaki depan yang jantan agak kecil dan tiada cakar.

Larvanya lebih kepada bentuk leper berbanding silinder, dengan kelenjar yang boleh merembeskan bahan yang menarik dan menaklukkan semut. Kutikelnya agak tebal. Sesetengah larva mampu menghasilkan getaran dan bunyi halus yang dipancarkan melalui substrat yang didudukinya, untuk menarik semut.[5][6]

Kupu-kupu dewasa Lycaenidae selalunya mempunyai ekor berbulu seakan sesungut yang lengkap dengan rupa anulat hitam putih. Kebanyakan spesiesnya juga mempunyai tompok di tapak ekor, dan ada yang berpusing ketika mendarat untuk mengelirukan pemangsa daripada mengecam kedudukan kepalanya. Ini menyebabkan pemangsa mendekati kepala yang sebenar lalu dikesan awal-awal.[7]


Subfamili sunting

 
Mengawan (P. semiargus)
 
Beluncas Atala (Eumaeus atala)
 
Amblypodia anita dari Theclinae

Kebanyakan ahli taksonomi hanya merangkumkan Lycaeninae, Poritiinae, Miletinae dan Curetinae dalam Lycaenidae.[8][9]

Genus Chrysoritis disertakan dalam Lycaenidae tetapi belum ditentukan subfamilinya.

Pengelasan-pengelasan lain termasuklah Riodininae (cth., Abisara echerius).[10]

 

Curetinae

Poritiinae

Pentilini

Liptenini

Poritiini

Miletinae

Lacnocnemini

Liphyrini

Miletini

Spalgini

Lycaeninae

Aphnaeini

Lycaenini

Polyommatini

Theclini

Filogeni famili:[4]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fiedler, K. 1996. Host-plant relationships of lycaenid butterflies: large-scale patterns, interactions with plant chemistry, and mutualism with ants. Entomologia Experimentalis et Applicata 80(1):259-267 doi:10.1007/BF00194770[1][pautan mati kekal]
  2. ^ Venkatesha, MG. 2005. Why is homopterophagous butterfly,Spalgis epius (Westwood) (Lepidoptera: Lycaenidae) amyrmecophilous? Current Science 89 (2): 245-246. [2]
  3. ^ Hall J.P.W. & Harvey DJ. (2002) A survey of androconial organs in the Riodinidae (Lepidoptera). Zoological Journal of the Linnean Society, 136:171-197
  4. ^ a b Brower, Andrew V. Z. 2007. Riodinidae Grote 1895. Metalmarks, Erycinidae Swainson 1827 (see nomenclature section). Version 19 May 2007 [3] in The Tree of Life Web Project, [4]
  5. ^ Pierce NE, Braby MF, Heath A, Lohman DJ, Mathew J, Rand DB, Travassos MA. 2002. The ecology and evolution of ant association in the Lycaenidae (Lepidoptera.) Annual Review of Entomology 47: 733-771.[5]
  6. ^ DeVries, Philip J. 1992. Singing Caterpillars, Ants and Symbiosis. Scientific American, 267:76
  7. ^ Robbins, Robert K. 1981 The "False Head" Hypothesis: Predation and Wing Pattern Variation of Lycaenid Butterflies. American Naturalist, 118(5):770-775
  8. ^ Maddison, David R. 2003. Lycaenidae. Version 01 January 2003 (temporary). [6] in The Tree of Life Web Project, [7]
  9. ^ Ackery, P. R., R. de Jong, and R. I. Vane-Wright. 1999. The butterflies: Hedyloidea, Hesperioidea, and Papilionoidea. Pages 264-300 in: Lepidoptera: Moths and Butterflies. 1. Evolution, Systematics, and Biogeography. Handbook of Zoology Vol. IV, Part 35. N. P. Kristensen, ed. De Gruyter, Berlin and New York.
  10. ^ Scoble, MJ. 1992. The Lepidoptera: Form, Function and Diversity. Oxford University Press. ISBN 0-19-854952-0
  11. ^ [8], Site of Markku Savela
  12. ^ [9], Site of Markku Savela

Pautan luar sunting