Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab (lahir pada 4 Oktober 1980[1] di Kaherah, Mesir[2]) ialah seorang pelakon televisyen dan penyanyi Malaysia yang terkenal dengan peranan beliau sebagai watak utama dalam Impian Illyana. Oleh sebab watak Illyana yang remaja, tambahan pula dengan saiz badan beliau, pemegang ijazah Komunikasi Multimedia dari Universiti Malaya ini disalah sangka sebagai berusia remaja.[3]

Lydia Ibtisam
Kelahiran
Nur Lydia Ibtisam binti Abdul Wahab

(1980-10-04) 4 Oktober 1980 (umur 43)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2004-kini
Terkenal keranaImpian Illyana

Selain Impian Illyana, Lydia juga berlakon dalam siri sitkom Dunia Anita (sebagai Zaitun, kawan karib Anita lakonan Siti Fazurina), drama Realiti (sebagai Dayang, teman wanita Amir lakonan Zizan Nin) dan drama Natasha. Lydia turut menyanyikan lagu tema Impian Illyana dan Dunia Anita (Pilihlah Aku).

Lydia Ibtisam ialah anak kacukan Arab-Melayu. Nama "Ibtisam" dalam bahasa Arab bermaksud "senyuman".[2] Kini, beliau sedang sibuk menyiap album mini yang berjudul 'Bukan Main-main' bersama Beal. Ia memuatkan 5 buah lagu duet rentak pop masakini dan bakal menemui peminat awal tahun 2008.

Rujukan sunting

  1. ^ "koleksi gambar artis malaysia dan indonesia: Galeri Lydia Ibtisam". 20 November 2006.
  2. ^ a b http://miszmaliana.blogspot.com/2006/12/impian-ilyana.html
  3. ^ Radin Sri Ghazali (24 Februari 2006). "Bintang 'Impian Ilyana' mahu menyanyi". mSTAR Online.

Pautan luar sunting