M.A.I.D. ialah novel 2011 oleh penulis novel Malaysia, Suri Ryana, dikeluarkan pada 2011 oleh Kaki Novel.[1] Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk sama oleh Astro Ria pada 2015.[2]

M.A.I.D.
Umum
PengarangSuri Ryana
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitKaki Novel
Tarikh penerbitan
April 2011
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman753
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789675067778

Sinopsis sunting

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F. Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Adaptasi drama sunting

M.A.I.D. telah diadaptasikan sebagai siri drama pada 2015, yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 1 Julai 2015 hingga 28 Julai 2015, dibintangi oleh Ayda Jebat dan Zul Ariffin.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "M.A.I.D. by Suri Ryana". Goodreads. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  2. ^ "Drama M.A.I.D. gandingkan Ayda Jebat dan Zul Ariffin". Selebriti Online. 1 Julai 2015. Dicapai pada 1 Julai 2015.
  3. ^ "Zul dan Ayda digabung lagi dalam drama terbaru M.A.I.D". Berita Harian Singapura. 20 Jun 2015. Dicapai pada 20 Jun 2015.

Pautan luar sunting