M.A.I.D. ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Michael Ang, dibintangi oleh Ayda Jebat dan Zul Ariffin. Diadaptasi dari novel 2011 bertajuk sama karya Suri Ryana, siri ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria dari 1 Julai hingga 28 Julai 2015.[1][2] Ia merupakan drama kedua lakonan bersama Ayda dan Zul sejak Rindu Awak 200% (2014).

M.A.I.D.
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Suri Ryana
PenciptaSuri Ryana
Ditulis olehAyuni Zamani
PengarahMichael Ang
Pengarah kreatif
Azmir Affandi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Siapa Diriku" oleh Ayda Jebat
Lagu penutup"Siapa Diriku" oleh Ayda Jebat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Rafiena Ezanee Ramli
  • Cathereina Batrisya Taufik
  • Christina Zaraa Mazlan
Penerbit
Tempoh siaran23 minit
Syarikat penerbitan
Darkwave Pictures
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal1 Julai 2015 – 28 Julai 2015

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi Astro Gempak.[3]

SinopsisSunting

Noorul berkeja sebagai pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki kacak, Harris Tan Sri Hamdan. Harris sangat cerewet sehinggakan Noorul menggelarkannya sebagai Mr. F (fussy). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji.

Harris suka mengarah Noorul dengan meninggalkan nota di setiap ceruk rumahnya serta suka menengking. Harris kemudian menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani. Ini merupakan masalah besar buat Noorul kerana dia tidak tahu masak. Oleh itu dia menghadiri kelas masakan dengan Chef Aidil. Setelah lama berkerja dengan Harris, Noorul dalam diam mula jatuh hati terhadap majikannya.

Tiba-tiba sahaja Noorul dan Harris difitnah dan terpaksa dinikahkan untuk menjaga nama baik serta reputasi bisnes keluarga Harris. Noorul tidak yakin sama ada Harris boleh menerimanya sebagai isteri kerana dia hanya orang gaji. Dalam masa yang sama, mereka tertanya-tanya siapakan dalang disebalik menyebaran fitnah ini.

Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Harris melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Harris? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Harris pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Penampilan khasSunting

Lihat jugaSunting

  • Rindu Awak 200% (2014) – drama adaptasi novel lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin

RujukanSunting

  1. ^ "Drama M.A.I.D. gandingkan Ayda Jebat dan Zul Ariffin". Selebriti Online. 1 Julai 2015. Dicapai pada 1 Julai 2015.
  2. ^ "Zul dan Ayda digabung lagi dalam drama terbaru M.A.I.D". Berita Harian Singapura. 20 Jun 2015. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  3. ^ M.A.I.D. (2015): Episod Penuh. YouTube. Astro Gempak. Dicapai pada 27 Jun 2019.