M. Rajoli
M. Rajoli (lahir Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain (7 April 1945 – 17 September 2010) merupakan seorang pelakon komedi lelaki Malaysia, yang kerjayanya melangkaui 2 dekad.
M. Rajoli | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain 7 April 1945 |
Meninggal dunia | 17 September 2010 Hospital Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 65)
Sebab kematian | penyakit barah otak |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam, Datuk Keramat, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1982–2010 |
Pasangan | Hashimah Md. Din Hajah Wan Chik Daud |
Anak | 1 |
KerjayaSunting
Beliau cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Beliau merupakan seorang pelakon, penghibur dan pelukis.
Pada awal kemunculannya pada lewat 80-an, beliau mengukir namanya dalam bidang seni lakonan dengan membintangi filem-filem dan juga drama tempatan sebagai watak pembantu. Kebanyakan watak yang beliau bawa adalah antogonis ataupun watak jahat dan sering kali juga menjadi watak komedi. Beliau juga sering membawa watak seorang datuk berpangkat yang kaya dan gatal. Selain komedi, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1982 | Esok Untuk Siapa | Imam | Filem pertama |
1983 | Mekanik | Detektif Polis | |
Darah Satria | |||
1984 | Azura | Pengurus Stesen Minyak | |
Tujuh Biang Keladi | |||
1986 | Bujang Lapok Kembali Daa | Perompak | |
Kembara Seniman Jalanan | Bapa Bujang | ||
1989 | Awang Spanar | Imam | |
Oh Fatimah | Pak Majid | ||
1992 | Fitty/Fitty | ||
1993 | Perempuan,isteri dan.....? | ||
1995 | Beyond Rangoon | ||
1998 | Badai Mentera | Tok Siarap | |
Puteri Impian 2 | |||
1999 | Senario The Movie | Pengunjung Funfair / Orang Kampung | |
2000 | Anaknya Sazali | Sazali | |
2002 | Idola | Dato’ Marzuki | |
Mr. Cinderella | Sultan | ||
2003 | Rabun | Pak Atan | |
Gila-Gila Pengantin | Bapa Wanda | ||
Diari Romeo | Jay | ||
Mr. Cinderella 2 | Sultan | ||
MX3 | Jiran Masdor | Penampilan khas | |
Lang Buana | Abg. Haji | ||
2004 | Bisikan Remaja | ||
Bintang Hati | Bapa Tasha | ||
2005 | Cinta Fotokopi | ||
Lady Boss | Hj. Wahab | ||
2006 | Castello | ||
Main-Main Cinta | |||
Persona Non Grata | |||
Man Laksa | Pak Lurah | ||
Diva Popular | |||
Cicak-Man | Menteri | ||
Misi:1511 | Datuk Mahfuz | ||
2007 | Cinta Yang Satu | ||
Impak Maksima | |||
2008 | Congkak | Pak Tua | |
Histeria | Bomoh | ||
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib | Prof. Dr. Taib Siron | ||
2009 | Skrip 7707 | ||
Lembing Awang Pulang Ke Dayang | Orang Kaya Aris | Filem terakhir |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1999 | Romeo & Juliet | TV3 | |
2000 | Mat Burger | TV1 | |
2001 | Madu Empat | TV3 | |
2007 | Dinasti Bilut | Imam Hassan | TV1 |
Salam Pantai Timur | Pelbagai | ||
Diari Ramadan Rafique (Musim 2) | Tok Imam | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1997 | Empat Bini Satu Rumah | ||
2001 | Ragam Menantu | ||
2002 | Mertua Oh Mertua | ||
2003 | Hang 2 | VCD | |
Pelakon Popular | |||
Putar Alam Shah | |||
Keranamu Durian | TV3 | ||
2004 | Quran Buruk | Astro Ria | |
Tanah Kubur | Pak Mat | ||
2007 | Liang Lahad | Pak Haji Dollah | |
2008 | Takbir Suci | ||
2009 | Takbir Suci 2 |
Keuzuran dan kematianSunting
Pada tahun 2008, negara dikejutkan dengan berita beliau jatuh sakit. Beliau telah dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota dan hanya bergantung kepada isteri-isteri beliau dalam menguruskan segala kelengkapan harian diri.
Menurut isteri beliau Hajah Wan Chik Daud, kesihatan beliau pada awal 2009 semakin pulih dan menjalani terapi setiap hari. Beliau yang kini hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda dijaga rapi oleh isteri pertama beliau Hashimah Md. Din di kediaman beliau di AU2, Keramat, Kuala Lumpur.[1]
M. Rajoli meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 malam, 17 September 2010 di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.[2] Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya,[3] Mohd. Arif. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur.[4]