M. Amin

Pelakon, dan pengarah lelaki Malaysia

Muhammad Amin bin Haji Ihsan (1 September 1924 – 8 Januari 2003) atau lebih dikenali sebagai M. Amin merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Melayu. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru Polis di Perak. Sekitar tahun 50an, beliau telah berhijrah ke Singapura untuk memohon jawatan sebagai kelasi kapal. Tetapi, akhirnya beliau telah dipanggil berlakon di bawah arahan pengarah dari India di Malay Film Productions. Oleh kerana beliau pandai membaca, beliau juga telah berkhidmat sebagai guru untuk mengajar pelakon-pelakon Melayu untuk membaca, di syarikat Malay Film.

M. Amin
Kelahiran
Muhammad Amin bin Haji Ihsan

(1924-09-01)1 September 1924
Meninggal dunia8 Januari 2003(2003-01-08) (umur 78)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1950–2003
Terkenal kerana
PasanganWan Rahmah Embong (meninggal dunia)
Anak-anak9
Anugerah

Apabila berhijrah ke Cathay-Keris, beliau telah berlakon dan belajar mengarah filem dari pengarah terkenal, L. Krishnan, yang disifatkan sebagai mentor dan guru di dalam industri perfileman.

M. Amin adalah seorang pengarah dan penulis prolifik, yang menggunakan observasi sosio politik bangsa Melayu ketika itu sebagai ilhamnya. Di dalam Lanchang Kuning, yang mendapat sambutan box-office, beliau telah mengenengahkan anti-hero sebagai watak utamanya. Di dalam filem tersebut, beliau telah mengkritik pemerintah Melayu yang tidak berlaku adil kepada rakyat. Di dalam filem Chuchu Datok Merah, sekali lagi, anti-hero adalah watak utamanya. Di dalam filem ini, isu masyarakat Melayu yang malas dan hanya bermegah dengan keturunan menjadi bahan utama filem ini. Sindiran pedas ini ditujukan kepada bangsa Melayu Singapura yang hidup miskin tetapi bermegah dengan keturunan dan mnegkhayalkan bahawa mereka masih menjadi bangsa utama di Singapura. Sifat malas bangsa Melayu ini lah yang menjatuhkan orang-orang Melayu di Singapura.

Latar belakang

sunting

M. Amin dilahirkan pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak dengan nama penuh beliau ialah Mohamed Amin bin Haji Iksan. M. Amin berketurunan Jawa dan mempunyai darah campuran India, dari Jawa Timur Indonesia. Keturunannya berhijrah ke Tanah Melayu melalui Moyang ke-tiga teratas, "Marto Santono" yang beragama Hindu. Marto kemudiannya memeluk Islam sebelum berhihrah ke Tanah Melayu.

M. Amin adalah generasi ke-empat dari Marto Santono. M. Amin mempunyai 4 orang adik-beradik, yang kesemuanya menetap di Kuala Kangsar, Perak. Perkampungan Bendang Panjang telah diterokai oleh keluarga Marto Santono, dan dijadikan perkampungan bangsa Jawa di Perak. M. Amin fasih berbahasa Jawa Halus. Beliau juga pandai menulis jawi dan membaca Al Quran.

M. Amin bersekolah di Sekolah Rendah Clifford, sehingga darjah enam dan terpaksa berhenti kerana Perang Dunia ke-2. Sewaktu perang Jepun, beliau telah dipaksa menjadi penterjemah kepada askar Jepun di Perak, selain telah dilatih oleh askar Jepun untuk membaiki basikal. Oleh kerana latihan membaiki basikal, beliau akhirnya boleh berbahasa Jepun. Selepas Perang Dunia Ke-2, M.Amin memulakan karier pertamanya sebagai Pegawai Undang-Undang (School Inspector) di Polis Depoh Ipoh (+946-50). Polis Diraja Malaysia, Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu bernombor 4511, di Kuala Kangsar, Perak.

Pada tahun 1950, M. Amin telah berhijrah ke Singapura, untuk mencari pekerjaan sebagai kelasi kapal. Tetapi beliau akhirnya, bertukar fikiran dan menjadi seorang pelakon filem. Oleh kerana susuk badannya yang tinggi dan sasa, juga wajahnya yang mempunyai iras campuran Melayu/Arab, beliau banyak diberikan peranan sebagai watak Raja-raja Melayu atau Pahlawan Melayu di dalam filem-filem lakonannya. Filem lakonanya yang popular termasuk "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang", "Raden Mas", "Hang Jebat" dan "Cinta Gadis Rimba".

Pada tahun 1952, M. Amin telah berhijrah ke Cathay Keris Film dari Malay Film. Di Cathay Kris, M.Amin berlakon dan juga dilantik sebagai pengarah di Cathay Kris Film oleh mendiang Loke Wan Tho. Di Cathay Kris, M. Amin dilatih sebagai pengarah oleh L. Krishnan. Kedua-dua Loke Wan To dan L. Krishnan adalah mentor utama M. Amin di dalam industri perfileman.

Sebagai pengarah filem, M. Amin banyak menggarapkan karya seninya berilhamkan isu sosio-politik bangsa Melayu pada ketika itu. Kebanyakan filemnya melawan "trend" ketika itu yang selalu menjadikan hero mempunyai kebaikan terlampau, kerana dipengaruhi oleh filem-filem India. Perkara ini boleh ďilihat dari filem-filem lakonan P. Ramlee seperti "Penarek Becha" dan "Panggilan Pulau". Sebaliknya, filem-filem yang diarahkan oleh M. Amin rata-rata menjadikan "anti-hero" sebagai watak utamanya. Beliau juga banyak menjadikan wanita dan kekuatan wanita sebagai sebagai watak utama. Kebanyakan ilham M. Amin dipengaruhi oleh filem-filem Hong Kong.

Didalam filem Lanchang Kuning (Box-office 1962) beliau membidas pemimpin-pemimpin Melayu yang tidak adil kepada rakyat. Hero di dalam filem ini mengakkan kebenaran dengan melawan kezaliman Raja Melayu. Mesej yang dalam itu ditujukan kepada penggiat politik waktu itu, yang kebanyakannya mempertaruhkan masa depan bangsa Melayu untuk kesenangan politik.

Di dalam filem "Chuchu Datok Merah" (box-office), M. Amin menyampaikan sindiran dalam kepada bangsa Melayu yang lalai dibuai mimpi tentang kemegahan yang lampau. Watak utamanya, juga seorang "anti-hero" adalah protagonis yang bermegah dengan kerjaya datuknya yang bekerja di istana, sedangkan segala peninggalan harta datuknya, Datuk Merah, telah habis digadai untuk berjudi. Watak utamanya yang dipegang oleh Nordin Ahmad, melambangkan bangsa Melayu yang malas, tetapi sombong dan juga tidak berpelajaran dan miskin dibumi sendiri. Sindiran ini ditujukan kepada bangsa Melayu di Singapura yang memegang nama keturunan seperti Raja, Tengku, Wan, Syed, Sheikh dsb.

Di dalam filem "Patung Cendana", M.Amin telah memertabatkan wanita sebagai tunggak kekuatan dan kejayaan lelaki. Filem mengutarakan mesej tentang kekuatan seorang wanita yang berkorban untuk memastikan kekuatan suaminya. Walaupun filem ini diharamkan tayangan di Malaysia pada waktu ini, kerana unsur tahyulnya, ianya adalah sebuah filem yang mempunyai mesej yang dalam tentang di mana masyarakat meletakkan taraf wanita. Pengharaman Patung Chendana adalah berdasarkan intrepetasi yang cetek oleh pemerhati filem waktu ini.

Banyak lagi filem-filem M. Amin yang berunsurkan masyarakat yang patut dikaji oleh ahli sejarah moden dan ahli akademik filem.

Kerjaya filem

sunting

Disebabkan minat yang mendalam pada bidang lakonan, beliau ketika itu, sudah pun bekerja sebagai anggota polis, rela meletakkan jawatan untuk mengejar cita-citanya walaupun bermula sebagai pelakon tambahan untuk filem Bakti arahan L. Krishnan (1950) di Studio Malay Film Productions (MFP), kepunyaan Shaw Brothers di Singapura.

Mula berlakon disisi Mariam Baharum (Mariam tahi lalat) dalam filem Kembar yang diarah oleh S. Ramanathan 1950, dan Berbahagia di Singapura di bawah arahan Jaafar Wiryo bersama pelakon Siti Hanim dan Rohaya. Beliau turut berlakon dalam filem Aladdin (1952), Bakti (1950), Pembalasan (1950), Kembar (1950), Penghidupan (1951) dan Antara Senyum dan Tangis (1952). Setelah berkhidmat selama dua tahun di MFP, pada tahun 1952 M. Amin beralih angin ke Cathay-Keris Film Productions. Ini pun atas nasihat beberapa orang kawan dan ingin mencari pengalaman baru bekerja di syarikat filem lain. M. Amin berlakon dan juga diberi tanggungjawab sebagai penolong pengarah kepada beberapa orang pengarah yang sedia ada di studio tersebut. Di situ, dia tidak banyak menerima rintangan atau menghadapi cabaran sebagaimana yang ditempuhinya di MFP.

Apabila Hussain Haniff dilantik sebagai pengarah filem “Hang Jebat”, M. Amin diminta oleh Hussain Haniff menjadi penolong pengarahnya dan juga turut berlakon membawa peranan Hang Tuah. Bagaimanapun sebelum itu, dia menjadi penolong pengarah bersama A. B. Rahim untuk Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1961) arahan K. M. Basker. Filem arahan pertama M Amin adalah filem Lancang Kuning (1962) yang turut mengandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Filem ini mendapat sambutan Box-Office.

M. Amin juga pernah berlakon sebagai salah seorang penduduk pedalaman dalam filem Chinta Gadis Rimba, arahan L. Krishnan (1958). Selepas itu beliau menjadi pengarah filem di Cathay Keris dan mengarah sebanyak 28 buah filem Melayu. Dengan pengalaman berlakon dan mengarah lebih 60 judul filem, kebanyakannya di Studio Cathay Kris, Singapura, nama M. Amin begitu popular. Bakat dan minat juga menjadi punca kejayaan beliau sama ada sebagai pelakon mahupun pengarah. Kerjaya pengarahan bermula sebagai penolong pengarah sebelum duduk di kerusi pengarah. L. Krishnan yang banyak membantu dan memberi semangat kepada beliau dalam kerja pengarahan filem ini. Apabila Cathay Keris ditutup pada tahun 1972, M. Amin berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkhidmat pula dengan Merdeka Film Productions. Bagaimanapun, dia hanya mengarahkan tiga filem saja di studio tersebut dalam tahun yang sama – Penyamun Si Bongkok (1973), Satu Penentuan (1973) dan Pertiwi (1975). Selain itu, M. Amin sempat juga berlakon di studio tersebut satu filem di bawah arahan Nas Achnas, Rahsia Hatiku yang dibuat penggambarannya dalam warna (sebagai percubaan) berlakon bersama Sharifah Hanim, Mariati Abdul Rahman dan Maznah Ahmad. M. Amin juga pernah berkhidmat dengan Gaya Film dan Solid Gold dengan mengarah beberapa drama tv dan dokumentari, ini termasuk drama dokumentari mengenai Darurat 1948 - 1960, khas untuk Muzium Polis Diraja Malaysia, di mana beliau berlakon bersama Bell Ngasri.

Di Sabah Film Productions pula, M. Amin sempat mengarah tujuh filem – Hapuslah Air Matamu, Pendekar, Kisah Seorang Biduan, Sumpah Semerah Padi, Bertunang, Manis-Manis Sayang dan Di Ambang Kasih.

Selain itu, M. Amin turut terlibat dengan filem, Johnny Bikin Filem, Badai Mentera dan Silat Legenda.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2003. Atas kejayaan beliau dalam industri perfileman, beliau pernah di kurniakan Bintang Kebesaran Persekutuann, Ahli Mangku Negara (AMN).

Meninggal Dunia

sunting

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 8 Januari 2003 ketika berusia 78 tahun, di Kuala Lumpur. Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan Islam di Taman Ibu Kota bersama isterinya, Wan Rahmah dan anak lelakinya, Azman Hisham.[1]

Filemografi

sunting

Sebagai pengarah

sunting
Tahun Tajuk Pengarah Penulis Catatan
1958 Orang Minyak     Juga sebagai penolong pengarah
1960 Hantu Rimau    
1961 Sultan Mahmud Mangkat Dijulang    
1962 Lanchang Kuning     Filem arahan pertama
1963 Chuchu Datok Merah    
Tajul Ashikin    
1964 Air Mata Duyung    
Rumah Itu Dunia Aku    
Panglima Besi    
1965 Mata Dan Hati    
Muda Mudi    
Patung Cendana    
Ikan Emas    
Gurindam Jiwa    
1966 Anak Dara    
Dua Kali Lima    
1967 Mat Bond     Beliau mengarahkan bersama Mat Sentol
Dosa Wanita    
Mat Raja Kapor     Beliau mengarahkan bersama Mat Sentol
1968 Pop Muda    
1969 Serikandi    
Keris Emas    
Sial Wanita    
1970 Aku Mahu Hidup    
Puaka    
1971 Jahanam    
Semusim Di Neraka    
1972 Satu Titik Di Garisan    
Semangat Ular    
Harimau Jadian    
1973 Hati Batu    
Penyamun Si Bongkok    
Satu Penentuan    
1975 Pertiwi    
1976 Hapuslah Air Matamu    
1977 Pendekar    
1979 Kisah Seorang Biduan    
1981 Sumpah Semerah Padi    
1983 Bertunang    
Manis-Manis Sayang    
1984 Azura    
Di Ambang Kasih    
1991 Pendekar Helang     Filem arahan terakhir

Sebagai pelakon

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1950 Bakti Filem pertama, pelakon tambahan
Kembar[2]
Pembalasan
Dewi Murni
1951 Sejoli
Penghidupan Jaafar
1952 Antara Senyum dan Tangis Nasir
Aladdin
Setia
1953 Buloh Perindu
1954 Tangisan Ibu
Nafsu
Terang Bulan Di Malaya
Pertarohan
1955 Kasih Menumpang
Selamat Tinggal Kekasihku Muhammad
Mutiara Dari Malaya Rahman
Selamat Hari Raya
Irama Kasih
1956 Azan
Adam
Dondang Sayang
1957 Pontianak
1958 Chinta Gadis Rimba Asun
Orang Minyak
Serangan Orang Minyak Inspektor Dasuki
Orang Licin
Selendang Delima Dewa Laksana
1959 Rasa Sayang Eh Inspektor Dasuki
Raden Mas Raden Kesumo Joyo Diningran @ Gusti Pangeran Agong
1960 Che Mamat Parang Tumpul Puteh
Pak Pandir Moden Ahmad
1961 Hang Jebat Hang Tuah
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Sultan Mahmud Shah II
Siti Zubaidah
1962 Dang Anom Sang Rajuna Tapa
1964 Wan Perkasa Wan Perkasa
1975 Rahsia Hatiku
1991 Memory Alias
1993 Mumpung Ada Kesempatan Filem Indonesia
1995 Johnny Bikin Filem Pak Shariff Sutero
1998 Silat Legenda Tok Guru Pujangga (suara)
Badai Mantera Bomoh Pulau Tari 1897 Penampilan khas
2003 Paloh Penduduk Kampung Filem terakhir

Telefilem

sunting

Sebagai pelakon

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1993 Cahaya Fitri TV3 Telefilem pertama
1998 25 Tahun 5 Minit Telefilem terakhir

Rujukan

sunting
  1. ^ "M Amin: Pengarah filem yang berkaliber". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-04. Dicapai pada 2015-10-02.
  2. ^ M. AMIN - KASMA BOOTY PENYELAMAT KERJAYA FILEMNYA

Pautan luar

sunting